‹ 13 ›

211 12 1
                                    

                                  "PALA hotak kau!" Hamun Dahliah dengan lantang. Dia mengancing gigi menahan amarah yang membuak. Apa pasal budak putih ni memandai buat perjanjian tanpa persetujuannya!? 

Kesemua mereka terdiam. Bukan apa, tak mungkin mereka akan berlumba dengan Kenshin dengan motor kapcai sementara lelaki itu mengendalikan superbike. Tak payah berlumba, fikir guna dek logik akal semestinya Kenshin yang akan menang dan mereka tidak akan dapat apa-apa melainkan malu yang harus ditanggung.

"Mana asik juga kalau ko guna motor besar, kami guna motor kecik! Ndak pikir ka!?" Kencang salah seorang dari mereka dengan loghat Sabah yang pekat. 

Yang lain mengangguk setuju sementara Kenshin tenang tidak beriak sambil mensilangkan tangan di dada.

"Siapa cakap aku nak guna motor aku?" Soalnya sinis lalu mendiamkan yang lain.

Kenshin menggeleng beberapa kali. Bengap sungguh budak-budak rempit ini di matanya. Dia juga tahu jikalau dia berlumba menggunakan Kawasaki, tidak dijangkal lagi bahawa dia yang menjadi sang pemenang dan terdapat ketidakadilan di situ.

Dia mula berjalan menghampiri motor-motor yang terpakir di pinggir jalan. Diperhati dan dibelek setiap satu, sehinggalah langkahnya terhenti sekaligus tumpuannya tertarik pada sebuah motor kapcai yang cantik berkilat berwarna biru tua. Aksesori dan stiker padanya mendambatkan hati lelaki Jepun ini. Perlahan-lahan bibir mengorek senyuman sinis lalu kembali berhadap kepada para penunggang itu.

"Aku suka yang ni. Boleh bagi pinjam?" Pintahnya lembut. Mata melilau mencari empunya motor tersebut.

Selang beberapa minit kemudian, seorang lelaki berhoodie kelabu dan bertopi keledar setona dengan motor miliknya datang menghampiri Kenshin. Tangan menyeluk poket kemudian membaling kunci motor kapcai yang dipilih oleh lelaki tersebut kepadanya.

Kenshin menyambut balingan tersebut lalu sipi-sipi bibirnya menguntum senyuman penuh sinis. Kepala kembali memandang ke arah Dahliah dan lelaki yang masih utuh menggenggam tangan gadis tersebut. Keduanya masih pegun tanpa suara.

"So? Amacam? Berani tak?" Cabar Kenshin lagi. Siap tunding kunci tersebut kepada lelaki tadi.

Lambat-lambat bibir menguntum senyuman sinis. Jikalau lelaki ini turut menggunakan motor kapcai sama sepertinya, mungkin ada sinar harapan baginya untuk memenangi perlumbaan ini?

"Ko ndak kenal aku siapa. Aku ndak pernah kalah lumba motor ni kau tau?" Katanya sinis lalu melepaskan pegangan pada tangan Dahliah.

Kenshin mengangguk kepala sambil tangan berpeluk tubuh.

"Aku pun tak pernah kalah sebelum ni. Mesti perlumbaan kali ni lebih menarik dari aku sangkakan. Champion versus champion."

Diam diantara mereka. Hanya mata yang galak memerhati dan senyuman yang menyinis dari tadi. Sedang beradu ego siapa lebih tinggi. Habis juling mata ke atas Dahliah dibuatnya.

Heh- biar betul lelaki ni taste aku?

"Jadi di mana laluannya?" Kenshin memecahkan keheningan.

Lelaki tadi hanya diam sambil berfikir. Ia tak iya juga, di jalan manakah mereka akan lalui untuk tiba ke sini semula?

"Ada sebuah jambatan lebih kurang 800 meter dari sini, kita mesti lalu jambatan tu lepastu nanti kita jumpa jalan untuk tiba pi sini semula," lelaki tersebut mengeluarkan kata putus dan disepakati oleh Kenshin.

Sudah puas main beradu ego, masing-masing mula mengorak langkah menuju ke arah motor masing-masing.

Kenshin melompat naik di atas motor kapcai yang menjadi pilihannya, begitu juga dengan lelaki tadi.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now