‹ 24 ›

96 7 0
                                    

                 SANGGUL siapa yang tinggi menjulang kalau bukan kakak aku. Bintang Qirana. Aku nampak tubuhnya keluar dari kereta Proton Saga sambil merapikan rambutnya.

Di pintu belakang, dapat aku tangkap susuk tubuh ketot pula yang keluar. Terus keruh muka aku melihat budak-budak itu. Lagi keruh apabila mengingatkan bahawa kakak aku yang datang bertandang.

Pintu pemandu terbuka lalu keluar susuk lampai abang ipar aku, Ikhmal.

Aku, mak dan bapak serta Haries yang baru pulang dari kelas tambahan menyambut kedatangan mereka di muka pintu.

"Assalamualaikum mak!" Riang kakak aku memberi salam beserta perut membulat nya.

Mak apa lagi? Terus menghampiri tubuh Bintang lalu merangkulnya erat ke dalam pelukan. Lama.

"Assalamualaikum nenek, atuk!" Girang anak-anak saudara aku bagi salam lalu menyalami tangan mak dan bapak.

"Wahhh, besar sudah cucu-cucu nenek ni!" Mak duduk mencangkung lalu merangkul pula kedua-dua tubuh dalam satu pelukan. Pipi mereka dikucup bertalu-talu.

Aku dan Haries hanya setia menonton dari belakang. Sedar diri yang kami ni bagai air dengan minyak. Tak boleh bersatu.

Oh, lupa aku nak beritahu. Haries bukanlah juga turut sama dalam perang saudara diantara aku dan Bintang. Cuma disebabkan umur diantara kedua mereka yang terlalu jauh, mereka berdua tidak serapat atau semesra mana. Hanya sekadar saling hormat, dan jadi janggal kalau duduk berdua.

Berbeza dengan aku. Aku membesar sama-sama dengan Bintang. Dia tak masuk asrama penuh macam aku ketika dia menginjak umur remaja. Jadi segala perangai, aib, tanduk dan taring, semuanya aku tahu.

"Bunga, Haries, sini lah! Diam-diam di situ kenapa? Kakak kamu datang ni," itu lah dia mak. Tak putus-putus untuk cuba mendamaikan perang saudara diantara kami selepas apa yang jadi dulu.

Tapi, apa yang jadi masa dulu ya? Susah jadi orang lupa asal-usul ni, jikalau diajak berbual, pasti tak sambung ke dalam otak.

Aku dan Haries berjalan merapati mereka. Kami berdua serupa budak kecil yang baru bertemu dengan orang asing. Sibuk berebut menyorok di belakang tubuh bapak. Terhuyung-hayang bapak dikerjakan oleh kami.

"Apa kamuorang ni?" Tegurnya sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Pelik juga anak-anak nya ni.

"Shht, bapak! Jangan kasitau kami di sini! Ndak mau tu kami jumpa sama dua ketul toyol tu!" Bisik Haries keras lalu disambut dengan anggukan ku.

Ya! Aku mahupun Haries langsung tak berdamai dengan anak-anak Bintang sekali. Suka mengacau, mengganggu dan nakal sangat!

Sebelum ni dron milik Haries rosak dikerjakan oleh mereka. Bilik Haries juga sudah berapa kali dipecah masuk lalu diselerakkan oleh anak-anak Bintang? Disebabkan Haries pengumpul koleksi model Hotwheels dan berapa mannequin anime pakej komiknya sekali, bilik Haries menjadi lokasi utama untuk dijelajahi oleh budak-budak ni.

Beza dengan aku, tiap kali budak-budak ni datang bertandang, aku akan kunci bilik aku siap-siap! Kunci tu aku bawalah ke hulur ke hilir, janji diorang tak jahannamkan barang-barang aku. Terutamanya novel-novel dan PC aku!

"Ya bah bapak! Takut aku dengan Haries sama budak-budak tu!" Bisik ku pula.

Bapak hanya menggeleng melihat perangai tak semengah kami ni. Baru sahaja mulut nya hendak membidas, Abang Ikhmal datang untuk bersalaman dengannya. Dia baru sahaja habis mengeluarkan barang-barang dari bonet kereta.

"Assalamualaikum pak."

"Waalaikumsalam salam."

Haries kemudian bersalaman dengan Abang Ikhmal. Aku pula memandang lama ke arah barang-barang yang mereka bawa. Bukan main banyak bagasi diorang! Satu, dua, tiga, empat... Enam buah! Ni macam dah nak tinggal terus di sini! Doa-doa lah tidak!

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now