‹ 10 ›

232 13 0
                                    

         AKU dan perempuan-perempuan di sini kini berada di posisi masing-masing. Plan yang kami rancang bakal bermula dari sekarang. Semua sudah bersedia di posisi masing-masing dan menunggu isyarat daripada Leeya selaku penjaga.

Apabila Leeya sudah membuat isyarat positif, Andrea mengangguk tanda faham. Dia bersandar pada pintu dan menekup wajahnya di situ.

"Mas! Mbak Bunga nya kabur! Cepetan kemari!"

Apabila mendengar suara lakonan Andrea yang dalam keadaan cemas, langsung pintu yang dikunci itu dirempuh. Kelihatan dua orang pengawal yang terkebil-kebil mencari kelibat ku.

Seluruh penjuru bilik yang dipenuhi dengan ramai wanita dipandang. Mencari kelibat ku yang bersembunyi menanti peluang.

"Sial! Perempuan tu tak ada!"

Gdang!

Pintu besi itu terkatup rapat dan kini dua pengawal itu terkurung bersama kami. Langsung mereka meluru ke arah pintu yang kini dikunci oleh ku dari luar.

"Dasar lelaki bajingan!"

Pengawal-pengawal itu diserbu oleh mereka kemudian dibelasah  teruk. Aku yang menahan pintu dari luar dapat menangkap suara kesakitan mereka dan amarah kaum wanita di dalam.

Apabila sudah lima minit aku menahan pintu, aku membuka semula pintu tersebut kemudian menjenguk kedalam.

Pengawal-pengawal tadi sudah terkulai layu di atas lantai dengan pelbagai jenis lebam dan darah yang mengalir di tubuh mereka. Aku sempat menangkap heels yang dipakai oleh mereka sebagai senjata.

"Sekarang gimana?" Aju seorang dari mereka menanti peluang seterusnya.

"Kita lari," balas ku kemudian menolak sedikit pintu besi yang kini tidak dihuni oleh mana-mana pengawal.

Mereka semua nampak ragu-ragu untuk mengikuti ku. Aku dipandang silih berganti dengan pintu tersebut.

"Maafkan kami sih mbak Bunga. Kami ngak seberani mbak kalo mau kabur dari sini. Soalnya udah berapa kali kami udah nyobain untuk kabur tapi tuh sentiasa ngak ada hasil," auta Luna selaku wakil dari mereka.

"Iya deh! Parahnya kami malah dipukul atau diperlecehi oleh mereka sekiranya ketahuan!" Wanita-wanita Indonesia ini mengangguk tanda menyetujui.

Aku pula hanya terdiam. Habis kosa kata aku. Mereka semua aku pandang seorang satu. Kalau mau lari dari sini secara senyap-senyap memang mustahil dengan jumlah kami yang ramai ini. Pasti kantoi kalau salah percaturan!

Aku mengeluh lemah. Nak tak nak aku harus keluar sendiri kalau mereka berdegil.

"Baik lah kalau macam tu. Saya akan keluar dari sini dan InshaAllah saya akan cuba untuk selamatkan kalian dari luar. Sebelum tu, ada sesiapa yang mahu ikut saya?" Aku menawarkan peluang kepada mereka yang mungkin mahu ikut aku keluar.

Tiada yang merespon. Seolah-olah episod dimana mereka tertangkap ketika cuba melarikan diri bermain di fikiran.

"Maafkan kami mbak. Kami masih belum berani untuk keluar dari sini. Jika bener ini Malaysia, dimana pun kami pasti ngak selamat," Andrea berkata sekali lagi mewakilkan mereka semua.

Aku cuma terdiam kemudian mengeluh lemah. Betul apa yang dia cakap. Mereka warga asing di sini dan jikalau mereka keluar pasti dilanda masalah juga dengan status tersebut.

Dan aku juga tidak boleh gerenti kalau aku pun berhasil lolos kan? Kemungkinan juga aku boleh tertangkap di luar nanti. Tapi selagi tidak cuba, kita takkan tahu hasilnya kan? Akhirnya aku membuat keputusan untuk keluar sendiri.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now