‹ 16 ›

146 10 0
                                    

         "TOLONG! Aku merayu! Tolong jangan macam ni!" Rayuan gadis tersebut tidak dihiraukan. 

Sementara gadis senior tadi tenang mengisap sepuntung lagi rokok bersama kuncu-kuncunya sambil berjaga di hadapan pintu. Jeritan dan rayuan tidak diendahkan bahkan jiwanya terasa puas mendengar setiap rintihan yang terpancul dari mulut gadis itu.

"Kau ndak guna Qhaleeshah! Kau tunggu! Tuhan akan balas apa yang kau sudah buat sama kami!" Sempat gadis tersebut mencelah sambil cuba melawan dengan para pelajar lelaki yang ingin mengambil kesempatan akannya. 

Terus terhenti perbuatan gadis senior itu lalu sipi-sipi bibirnya tersenyum penuh sinis dan angkuh. Dah sekarat pun masih nak menyumpah orang? Betul-betul minta kena lempang!

PAP!

Telinga sempat menangkap bunyi tamparan daripada Fauzan dan suara jerkahan lelaki tersebut. Mungkin dia sudah hilang sabar dengan sikap gadis tersebut. Gadis senior itu semakin tersenyum lebar mendengar jeritan dan tangisan gadis tersebut yang semakin kuat di sebalik pintu dorm. Buatlah bising sekuat mana pun, tiada siapa yang berani mengadu dengan pihak sekolah. Kerana hal ini merupakan rahsia gelap milik aspuri sejak dulu lagi.

"Kau binatang Qhaleeshah! Aku bersumpah kau ndak akan hidup senang sampai bila-bila!" Mata gadis senior tersebut terkatup lama, menahan geram mendengar cemuhan dari gadis yang bakal diragut kesuciannya malam ini. Bahkan sudah kena tampar pun masih berani memancing amarahnya.

Terus senior itu menendang pintu dorm yang sudah dikosongkan itu sehingga pintu tersebut ternganga luas, menampakkannya dengan raut wajah yang tegang dan dingin. Semua mata tertumpu kepadanya, sementara gadis tersebut masih terbaring bersama kaki dan tangan yang ditahan oleh beberapa orang pelajar lelaki, namun pakaiannya masih utuh pada tubuh.

"Kau kenapa Shah?" Soal Fauzan dengan nada tertahan. Geram dia dengan perangai gadis yang dari tadi melawan dan juga gangguan yang dia terima daripada rakan sekelasnya.

Gadis senior tersebut perlahan-lahan menapak ke arah gadis yang dikerumuni oleh pelajar aspura, wajahnya kian berubah tegang lalu kaki laju menyepak perut gadis tersebut dengan kuat sehingga ia menjerit kesakitan.

"Jangan cabar aku bah sial!"

"Kenapa? Kau takut? Kau tu sebenarnya pengecut Bunga Qhaleeshah! Kau berani kalau kau ada kawan kau, tapi kalau kau bersendiri? Apapun ndak boleh!" Provok gadis tersebut dengan berani lalu memancing api amarah gadis senior itu.

Giginya mengancing penuh geram lalu menyepak dan memijak tubuh yang sedia terbaring beberapa kali sehingga dia puas. Kalau boleh mati teus, lagi bagus! Bahkan tiada sesiapa yang menghalang. Seolah-olah ia merupakan suatu pertunjukan yang cukup menarik buat mereka. Bibir tersenyum mengejek.

"Dasar bodoh! Ndak ada otak! Alang-alang kau pergi mampus bah dengan mak kau sekali! Itu yang kau mintakan!?"

"Weh Bunga, dah lah tu. Mati nanti anak orang, nak menjawab apa dengan pengetua?" Sindir salah seorang pelajar lelaki di situ.

"Peduli apa aku, kalau mati terus lagi bagus! Untuk apa lagi dia mau hidup kalau balik-balik menyusahkan orang!?" Cemuh gadis senior tersebut lalu menyepak dengan lebih kuat, tangisan dan darah yang keluar dari mulut mangsa langsung dia tidak hiraukan. 

"WEH BUNGA! WARDEN DATANG! DAH LAH TU!" Sampuk salah satu rakan subahatnya lalu bergerak mendekatinya namun ditepis kuat apabila perbuatannya cuba dihentikan.

"LEPAS!"

"Bunga, sudah tu!"

"AKU KATA LEPAS BAH SIAL! KAU JANGAN SAMPAI LEPAS NI GILIRAN KAU PULA!"

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now