‹ 25 ›

80 5 0
                                    

AKU dan Zahid berjalan seiringan. Dahliah dah lesap entah ke mana. Teringat akan senyuman sinis yang selalu terukir di bibir itik nya membuatkan darah aku naik menggelegak. Faham sangat di balik senyuman tu!

Aku jeling Zahid yang berada di samping ku sambil jari cekap bermain pada telefon pintarnya.

Sedar diri diperhatikan, terus dia langut kepala lalu tersenyum manis. Aku pula cepat-cepat menunduk ke bawah. Aish, malu!

"Ya princess?" Bersama senyuman mengayat dia kasi.

"Lama betul aku ndak nampak kau. Pergi mana?" Ya lah, kali terakhir aku jumpa budak ni di hari di mana aku kena culik. Lepastu aku dah tak jumpa lagi dengan dia.

Zahid tersenyum kecil kemudian menyimpan gadjet pintar miliknya ke dalam poket seluar. Tubuh dialihkan menghadap ku.

"Kenapa? Rindu?" Ujarnya dengan sengihan nakal.

Aku hanya juling mata ke atas. Buat-buat menyampah. Walhal dalam hati melompat riang.

"Ish, minta puji! Siapa gilak mau rindu sama dia!" Balasan ku disambut dengan gelak tawa macho Zahid.

Jangan tanya kenapa tiba-tiba budak Zahid ni muncul.

Tengah seronok mendengar luahan hati si Dahliah mengenai tunangnya sambil melantak ayam goreng, tak pasal-pasal aku tersedak kerana dikejutkan oleh Zahid kerek ni.

Dan here we are. Dengan si Dahliah yang menghilangkan diri dengan alasan 'nak bagi kami berdua privasi,' aku berdiri di sini, melayan perangai random Zahid.

"Ya lah tu ndak rindu." Sakat Zahid lagi.

Nak saja aku tendang mulut dia. Boleh tak engkau berhenti tanya aku soalan tu dan buat aku malu-malu sendiri!?

Melihat perubahan muka ku, langsung dia tertawa lagi kemudian mengusap kepala aku yang berlapik tudung. Spontan tubuh ku mengeras di situ. Tak menduga perbuatannya.

Dia yang turut perasan, terus mengalihkan tangannya lalu ketawa kekok yang jelas dibuat-buat.

"Maaf, reflex. Maklumlah, aku anak sulung lepastu semua adik beradik ku perempuan. Maaf ya."

Aku hanya mengangguk lalu tersenyum kekok.

"Ndak pa."

"Eh, kau tanya aku bah kan kemana aku menghilang sebelum ni?" Cepat-cepat dia menukar topik daripada hal ini terus berlarutan. Dapat aku tangkap pipi kemerahan nya.

"Ya, kau pi mana?"

"Aku ada kerja di luar daerah. Waktu last kita jumpa tu sebenarnya hari terakhir aku di sini sebelum pergi ke Sandakan. Ada projek. Pulang sini sebab mau lawat mak sama bapak ku sejak."

Aku mengangguk tanda faham. Jadi Zahid dah pindah ke Sandakan sebab kena urus projek di sana. Dan hari di mana kami keluar dan aku diculik merupakan hari terakhir dia di sini.

Ish, kenapa dia tak bagitahu aku yang dia kena pindah daerah?

Wah-wah Bunga, kau siapa sampai nak kena inform semacam bini dia?

"Jadi... Kau tinggal di sana terus lah ya?"

"Eh ndak. Untuk sementara sejak aku tinggal di sana. Sampai projek selesai, aku pindah balik pi sini. Kenapa? Takut kita ndak dapat jumpa lagi?" Sakatnya lagi bersama kening yang dinaikkan.

Langsung aku siku lengan dia dan dia menyeringai kesakitan. Aku paling pantang bila kena usik macam tu. Nak-nak lagi dia crush aku!

"Ish, aku tanya sejak bah!" Marah ku. Dan dia hanya tertawa bebas.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now