‹ 23 ›

117 3 2
                                    

        AKU tutup buku diari mimpi apabila mata aku terhenti pada noktah di akhir tinta yang ku tinggalkan.

Satu lagi mimpi mengenai masa silam. Lagi-lagi lelaki bernama Han aka senior tu yang muncul. Baru saja minggu lepas dan lepas lagi dia ada muncul. Aku geleng kepala apabila teringatkan nya. Cuba menghalau bayangan lama tersebut. Malah semakin dipaksa, semakin kuat dia menjelma dalam ingatan.

Suara merdu yang menerpa halwa telinga.

Senyuman manis yang selalu terukir tiap kali bertemu dengan ku.

Tubuh tinggi lampai yang selalu mendominasi ketinggian kami.

Serta mata keemasan yang berkilauan tiap kali disimbahi cahaya mentari.

Perlahan-lahan aku tersenyum sendiri. Terkenang segala memori lama setelah membaca semula catatan yang ada dalam diari ini.

Aku bangkit dari kedudukan lalu menyimpan semula buku tersebut di rak yang ada dalam bilik ku. Sengaja aku sorok buku tersebut agar tidak dijumpai oleh sesiapa. Kalau ada yang baca, memang malu tujuh keturunan aku dibuatnya.

Jam menunjukkan pukul enam pagi. Barusan aku tak dapat tidur semula lepas solat subuh. Biasanya, aku dah terbungkam atas katil dan takkan bangun-bangun sampai matahari tegak atas kepala. Haih, mungkin ini menjadi satu faktor aku lambat kahwin. Ceh.

Aku berjalan keluar dari bilik. Mengikat rambut yang separas melebihi bahu dengan gaya ekor kuda. Hujung baju di tarik-tarik agar kelihatan kemas.

Kaki dibawa menuju ke arah dapur dan aku dapat lihat sosok tubuh mamak dan juga Makcik Oda yang baru balik dari kampung halamannya iaitu Indonesia. Makcik Oda merupakan pembantu rumah di sini. Mereka sedang memasak sarapan untuk pagi ini.

Bau masakan menusuk ke dalam rongga hidung. Terkecur liur aku dibuatnya, laju kaki menapak menghampiri kedua mereka yang sibuk melakukan tugas dapur. Bahu mak dipeluk erat oleh ku dari belakang.

"Wah, mamak masak apa tu?" Soal ku penuh teruja.

Mak hanya kerling dari sisi sebelum pinggang ku dirangkul dari belakang sebelum sebuah sepit ketam dihadiahkan di situ. Tak pasal-pasal menyeringai kesakitan aku dibuatnya.

"Barusan kamu bangun awal?" Bukan soalan tapi sindiran. Aku hanya mencebik sebagai respon.

Bangun lambat salah, bangun awal pun salah ke?

Terdengar ketawa Makcik Oda meletus di belakang. Mungkin turut memerli aku yang jenis bangun kesiangan persis anak bujang tinggal sendirian.

"Mak, sakit bah tu." Adu ku pula. Pastinya mak hanya ketawa kecil sebagai jawapan lalu menyambung mengacau masakannya yang dari tadi menggugat iman aku.

"Kau ni, mak kacau sikit pun terus koyak bah. Mak masak Barobbo favorite engkau lah Bunga." Mendengar respon mak, terus bersinar mata aku.

Aku jenguk sikit ke dalam periuk di mana menempatkan makanan tradisional tersebut. Ambil bau siap-siap, wangi! Aku tengok periuk yang mak guna untuk masak bubur tersebut. Besar weh! Silap-silap aku pun boleh muat duduk dalam situ.

"Mak masak banyak-banyak ni mau bagi sama siapa?"

Yalah, yang duduk di rumah ni hanya aku, mak, bapak, Haries beban, dan juga Makcik Oda. Mungkin mak nak bagi dekat keluarga Pakcik Darwis?

"Saja, nak bagi keluarga Raisha juga. Kan bagus kalau kita kongsi-kongsi rezeki, adat berjiran." Aku angguk kepala tanda faham. Mengerti sungguh dengan semangat kejiranan yang dilakukan oleh kedua keluarga ini.

"Dan..."

Aku panggung kepala melihat mak dan menunggu sehingga dia menyambung semula percakapannya.

"Kak Bintang mau datang." Terus kelu lidah aku mendengar sebaris nama tersebut.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now