‹ 18 ›

169 11 2
                                    

       Maaf lambat update, saya sedang bercuti, tambahan pula masalah kesihatan yang melanda diri sendiri.

Sekali lagi mohon maaf kalau banyak typo dan late update.   😔😔❤️‍🩹


⚘•⚘⚘•⚘⚘•⚘⚘•⚘⚘•⚘⚘•⚘⚘•⚘

       

      SEORANG wanita masuk ke dalam pejabat peribadi ini sekaligus tangannya membawa sedulang air yang siap dibancu.

Ketiga-tiga kami senyap sambil memerhati wanita tersebut meletakkan satu persatu cawan kopi dan juga teh di atas meja.

Setelah selesai, wanita tersebut meminta keizinan Farhan untuk pergi sebelum lelaki tersebut mengizinkannya.

Sekali lagi suasana kembali canggung. Aku diam sambil memerhati dia yang mula menghirup kopi yang disediakan untuknya.

Matanya kemudian melirik ke arah aku yang pegun di atas kerusi.

"Kenapa tak minum? Aku suruh orang bancuhkan teh untuk kau sebab kau tak suka kopi kan?"

Teragak-agak aku mengangguk lalu mengambil cawan tersebut. Terkedu juga aku dibuatnya bila dia tahu yang aku lagi gemarkan teh berbanding kopi.

Teh dicicip lalu aku menghela keluhan lega.

"Jadi, kau tahu aku siapa dulu?" Soalku lalu disambut dengan anggukan ringkas darinya.

"Kau siapa sebenarnya? Kawan? Kenalan? Atau..."

"Kalau kau rasa macam tu, anggap saja aku macam tu." Balasnya acuh tak acuh lalu menghirup seteguk lagi kopi.

Aku tarik muka. Jawapan dia langsung tidak memuaskan hati aku.

Dia sendiri yang cakap dia akan jelaskan segalanya, sekarang bila ditanya hanya jawapan samar-samar yang dia beri.

Apa yang mamat ni nak sebenarnya!?

"Macam mana kita boleh kenal?" Soalku.

Farhan jeda seketika. Anak mata dijulingkan ke atas, mencari cebisan-cebisan memori yang mungkin berkait sambil bergumam perlahan.

"Kita kenal lepastu kita rapat. Then ada insiden yang berlaku dan end up kita canggung. Jadi aku tak tahu status kita sebagai apa. Kawan? Kenalan? Atau stranger? It's up to you to think of us as what."

Kopi kembali dihirup lalu Farhan menghela nafas lega. Cawan diletakkan di sisi.

Aku cuma diam sambil menghirup teh yang disediakan. Sedang berfikir mengenai statement yang dinyatakan oleh lelaki ini.

"Kalau kita canggung tiba-tiba disebabkan satu insiden, boleh aku tahu insiden apa?"

Dia diam. Mata keemasan yang cantik itu dalam menusuk iris coklat gelap milik ku. Sambil-sambil dia mengusap dagu, memikirkan apa kosa kata yang harus dilontarkan.

"Enough pop quizzes for today. Aku nak sambung kerja, mungkin kau boleh balik dan sambung kerja kau."

Terbuntang mata aku mendengar respon tidak membantu dari dia. Laju aku mengangkat punggung kemudian mencerun memandang lelaki yang duduk ala bossy style di atas kerusi kerjanya.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now