‹ 02 ›

387 19 1
                                    

                 Tangan ligat membuat pesanan yang diminta oleh pelanggan. Sambil tu kaki tidak berdiam dari berjalan kehulur-kehilir. Sudah menjadi tugas buat Dahliah untuk melayani setiap pelanggan nya dengan cekap. Tidak hairan kalau dia merupakan pekerja paling cemerlang di Starbuck cawangan Kota Kinabalu itu.

Minuman yang sudah siap, dia meletakkan di kaunter dan pelanggan hanya perlu mengambil minumannya sendiri. Kaki kemudian digerakkan menuju ke kaunter. Terdapat seorang lelaki tinggi lampai yang mengenakan pelitup muka dan cap dikepala.

"Yes Sir. What would you like to order?"

"Just give me Green Tea Frappucinno with 3 scoop of Choco Chips and Caramel Drizzle on top and also upside down. Up size please."

"Let me repeat your order sir. Green Tea Cream Frappucinno with three scoop chocolate chip. And put some Caramel Dizzle on top and also upside down too. Is that correct? So what's the name that you want me to write on your glass sir?"

Sekejap sahaja, Dahliah sudah pantas menangkap apa yang dimahukan oleh pelanggan. Macam-macam ragam lah pelanggan Starbuck ni.

"Ken."

Tangan Dahliah terus menulis nama lelaki tersebut pada gelas yang akan digunakan nya.

"Okay, Total, Rm24.20. Cash or Debit?"

"I'll use debit card."

Dahliah mengangguk lalu menekan butang pada mesin banking online bersaiz tangan itu lalu ditolaknya kearah lelaki tadi.

Tangan kekarnya menekan-nekan punat pada mesin kecil tersebut selepas meletakkan black card miliknya ditempat pengimbas.

Selesai membuat pembayaran, dia menarik keluar kad miliknya kemudian menarik resit yang keluar.

"Are you also a fan of One Piece?"

Soalan yang tiba-tiba keluar dari mulut lelaki itu membuatkan Dahliah sedikit tersentak kemudian tayang muka confuse gitu. Walhal mata coklat keemasan milik lelaki tadi hanya melirik kearah button batch berbentuk kepala Luffy pada apron hijaunya. Terus mata Dahliah memandang kearah apron nya lalu menayang senyuman lebar. Seraya dia mengangguk.

"Ya, saya minat juga' lah. Awal-awal tengok sebab bosan, lama-lama jadi ketagihan. Hihi."

Dahliah tersengih seperti kerang busuk. Ken turut tersengih lalu memasukkan tangannya kedalam kocek seluarnya. Dia kemudian menarik keluar telefon berjenama Apple kemudian menunjukkan phone case yang dia gunakan bercorak anime bersiri tersebut.

"Well, jarang ada perempuan suka tengok anime. Selalunya lelaki yang fanatik dengan benda macam tu. Selain tu, awak sudah tengok anime apa lagi?"

Semakin berminat lelaki tersebut kemudian kedua belah tangannya menongkat pada kaunter. Mata menatap kearah rupa comel Dahliah.

Sementara gadis polos itu cuba mengingat semula sambil mata dijuihkan keatas.

"Aot, Haikyuu, Naruto, banyak lagi lah. Adik lah ni, mengajar benda ndak patut."

Kepala terus teringat akan Haries yang sememangnya fanatik gila dengan kartun Jepun ini. Sampai dia pun turut terlibat berkat lelaki itu yang sudah dia anggap seperti adiknya.

Kepala Ken terangguk-angguk kemudian melontarkan senyuman. Dari mata pun sudah tahu kan.

"Tbh, anime are not a good show to watch very often. Or you're pure and innocent will gone. Well, see you around...  Dahliah."

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now