‹ 06 ›

237 19 4
                                    

            "Macam apa? Macam Bunga?"

Sunyi. Pejabat itu sunyi tanpa sebarang bunyi. Semua tiada jawapan selepas mendengar komen dari Farhan.

Mata Farhan garang mencerun kearah mereka seorang demi seorang. Habis teguk liur Tiger dan Kenshin.

Sehinggalah telefon pintar berjenama Iphone menjerit meminta untuk diangkat memecah keheningan. Farhan mencapai telefon pintar miliknya lalu dicekup ditelinga.

Dia berdiri lalu pergi ke tempat yang lebih terpencil agar dua sahabat tidak berakhlak itu tidak menguping perbualannya.

"Yes?"

'...'

"Jadi kau nak ajak aku sekali lah ni?"

'...'

"It doesn't matter if I will take the Tiger with me?"

'...'

"Really? Then see you on this Friday," sekejap sahaja, terus Farhan mematikan panggilan. Malas nak bermadah bagai, dengan keadaan pejabat yang huru-hara mengalahkan pasar.

Dia kembali menghampiri dua manusia tadi yang belum habis berdebat mengenai perbezaan Cola dan Pepsi.

Lantas kepala kedua mereka dicepuk ganas kerana mengganggu ketenteraman nya didalam pejabat sendiri. Habis mengerigai kesakitan Tiger dan Kenshin.

Dia kemudian mengambil tempat di kerusi single yang berhadapan mereka. Satu demi satu muka putih melepak itu di tenung.

"Apa?" Serentak Tiger dan Kenshin bertanya.

"Aku ada private meeting dengan Andre jumaat ni. Tiger, kau ikut aku," mendengar ucapan Farhan, kedua mereka memberikan reaksi yang berbeza.

Tiger mencebik sementara Kenshin tersenyum riang. Tak pasal-pasal dia ketawa mengejek yang mengundang jelingan maut Tiger dan senyuman sinis Farhan.

"Jangan ingat aku tak petik nama kau, kau terlepas ya Nishikawa Kenshin," terus mati senyuman Kenshin dan berganti dengan riak tertanya-tanya.

"Kau ada tugas yang lagi penting untuk diselesaikan. I hope you'll give your best for this one."

     "So, kau mau tanya pasal kenangan-kenangan kita lah ya masa zaman azali lagi?" Dahliah bertanya sebagai kepastian dan aku menjulingkan mata keatas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     "So, kau mau tanya pasal kenangan-kenangan kita lah ya masa zaman azali lagi?" Dahliah bertanya sebagai kepastian dan aku menjulingkan mata keatas.

"Zaman azali lah sangat. Aku bukannya hidup di dunia ni dari zaman prasejarah lagi," komen ku tersebut mengundang tawa Dahliah.

"Okey-okey. Apa yang kau mau tahu?"

"Masa zaman sekolah menengah kita. Kita sama-sama masuk asrama dulu kan? Mesti kau ingat serba banyak masa tu kan?" Aku cuma perlu ke inti perbicaraan.

Melihat Dahliah yang sudah kemas dengan seragam Starbucks nya, aku tahu aku tidak punya banyak masa.

"Jadi boleh ka kau tolong ceritakan semula. Siapa saja yang jadi kawan ku, aku dulu macam mana orangnya, dan apa-apa lah yang berkait."

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now