‹ 20 ›

132 9 0
                                    

"SUMPAH, ndak da apa-apa yang berlaku. Saya, Bunga, Tiana dan Mina berada di dorm kami sendiri masa tu." Nafi salah seorang pelajar perempuan yang berada di pejabat disiplin.

Setelah kejadian di mana mereka tertangkap membuli di bilik dorm yang dibiarkan kosong oleh warden menjadi penyebab mengapa mereka kini berada di pejabat tersebut.

Terdapat lima orang pesalah perempuan dan juga seorang korban yang sudah dirawat dan terdapat beberapa balutan dan tampalan pada wajah dan tubuhnya. Matanya sudah sembap kerana menangis.

"Habistu? Tak mungkin lah Nana boleh terluka sampai macam ni dengan sendiri? Kot ya pun nak menipu pun jadi cerdik lah sikit. Saya ada Puan Alya sebagai saksi, dia sendiri yang cakap dia yang jumpa kamu semua pukul si Nana ni," terang guru disiplin dengan nada dingin.

Sementara Tiana menggeleng kepala. Ada secarik senyuman dibibirnya. Sejak tadi, hanya dia saja yang beriak tenang kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.

"Semua tu cuma salah faham."

"Salah faham apa lagi!? Mengaku saja lah yang kamu semua buli dan pukul budak ni! Bunga!" Kepala Bunga terangkat apabila namanya diseru. Wajah cantik itu kosong sekosong hatinya sekarang ini.

Muka guru disiplin usah dikata, ketat yang amat. Dada mula berombak ganas apabila pelajar-pelajarnya tidak mahu membuka mulut dan berterus terang.

"Ya?"

"Nana cakap kamu yang pukul dia sampai macam ni. Baik kamu mengaku sekarang," nada guru tersebut bergetar amaran. Sungguh reaksi gadis itu tidak menyenangkan hatinya.

"Ndak." Dingin dia membalas.

Nana terus bangkit mendengar pembohongan tersebut lalu menunding jari ke arah Bunga Qhaleeshah yang tenang memerhati senario di hadapannya sekarang ini.

"Dia tipu cikgu! Dia pukul saya, tendang saya, maki saya, cucuk saya dengan puntung rokok! Dia jahat, dia tak ubah macam malaikat yang bertopengkan syaitan! Munafik!" Lancang Nana membidas bahkan sedikit pun tidak mengguris hati Bunga, malah dia masih boleh berdecit kecil.

Tch.

"Jaga sikit mulut mu! Jangan cakap asal tuduh! Kami semua dengan Bunga masa tu! Kami lepak di dorm Mei sama-sama sambil berborak lepastu kami tidur sama-sama. Jangan ko mau fitnah orang sejak!" Bela Mina yang sedari tadi hanya diam mematung.

Nana berdecit kecil lalu menggeleng-geleng kepalanya. Takkan mereka lupa dengan Puan Alya selaku warden yang menemukan mereka tadi? Dan wanita itu juga yang mengheret mereka ke bilik disiplin ini.

"Kau semua lupa, Puan Alya ada di situ. Dia yang hentikan perbuatan terkutuk Bunga! Kita boleh saja panggil dia untuk bagi keterangan."

Sekonyong-konyong bibir Tiana terjongket sinis apabila nama warden tersebut terpancul dari bibir Nana, memang itu yang dia tunggu-tunggu dari tadi.

"Baiklah, kita panggil dia."

Setelah menunggu hampir sepuluh minit, akhirnya sebuah sosok wanita awal 30an menjejakkan kakinya masuk ke dalam bilik berpenghawa dingin tersebut. Semua mata memandang tepat ke arahnya.

"Ada apa cikgu panggil saya ke sini?" Soalnya ramah.

"Tolong berikan keterangan mengenai masalah ini memandangkan kamu yang menangkap mereka. Betul ke yang Nana dibuli oleh mereka-mereka ni?" Mata tajam memerhati seorang demi seorang kumpulan pembuli tersebut lalu berakhir pada Nana yang jelas memerhati ke arah Puan Alya penuh harapan.

Lama wanita tua tersebut berdiam. Keadaan bertukar semakin tegang. Satu persatu wajah pelajar-pelajar ditatap lalu kepalanya diangkat memandang ke arah cikgu disiplin yang sedari tadi diam menunggu.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now