‹ 11 ›

340 15 0
                                    

                                 KENSHIN hanya diam sambil melirik ke segenap kelab malam. Memandangkan dia duduk di kawasan VVIP di tingkat atas, jadi dia terhindar dari kesesakan dan keriuhan di bawah sana.

Batang rokok dikepit dan dihisap lalu dihembuskan asap kronik tersebut ke udara, sementara lelaki yang berusia akhir 30an di sampingnya dikerling seketika. Dia sedang menikmati minuman syaitan sambil bergurau senda dengan dua orang wanita yang diapit di sampingnya. 

Kenshin menggeleng beberapa kali, tak harap dengan status sudah berkahwin, masih gatal menggeletis dengan perempuan lain. Rokok kembali dihisap dan dihembuskan sebelum dia menekan rokok tersebut di atas ashtray lalu menghidupkan sepuntung lagi.

"Ini tugasan kau sebagai mafia berkod 05, aku nak kau berunding dengan Ash pasal permata yang 08 pernah ambil dulu. Kumpulkan maklumat pasal permata tersebut. Ada sesuatu yang aku perlukan dari maklumat tu. Dan.." Farhan menolak sebuah briefcase ke arah Kenshin yang pegun berdiri di hadapan meja kerjanya.

"Bagi dengan dia. Dia ada booking benda ni dengan aku. Jangan lupa minta duit untuk barang ni. " Tanpa banyak bunyi, Kenshin mengambil briefcase tersebut. 

"Di mana dia nak jumpa aku?"

"Nyx Club.  Aku dah reserve tempat VVIP untuk kauorang supaya tiada yang boleh kacau masa bermuammalah kauorang. Aku dan Tiger akan ke kawasan bertapa Andre untuk ambil barang dan sekali melawat lelaki tua tu. Jadi mohon jangan kecewakan aku, kalau tidak aku akan humban kau keluar ikut tingkap pejabat aku," ugut lelaki berbangsa Arab itu sambil menundingkan jari ke arah tingkap yang serba lebar yang ada di pejabatnya. 

Kenshin hanya mengangguk tanda faham sambil terfikir akan nasibnya kalau dia tidak mengikut kehendak lelaki tersebut. Tengok lah tingkat keberapa yang dihuni oleh lelaki ini. Silap hari bulan kalau dia tersalah percaturan, tanpa segan silu si Pak Arab ini menghumbannya dari tingkat 20.

"Good, kalau tiada apa-apa aku nak balik ke penthouse aku dulu. Kauorang pun pergi lah berehat di bilik masing-masing," Farhan berkata malas sambil mengerling kearah Kenshin dan Tiger yang tenang di sofa pejabatnya sambil bermain telefon, tak nak ganggu kedua sahabatnya berbincang tadi.

"Kauorang berdua kalau buat masalah lagi,  aku akan bagi Khadeejah aku main dengan kauorang. She miss you guys so much. Faham?"

Teringatkan balik segala ugutan dan arahan Farhan membuatkan Kenshin meneguk liur kesat, takut sebenarnya jikalau dia tidak dapat memuaskan hati lelaki panas baran itu, dia akan menghantar anak perempuan kesayangannya kepadanya. Tak nak! Dia tidak suka budak lebih-lebih lagi Khadeejah! Budak tersebut sangat nakal terhadapnya dan ia langsung tidak suka akannya!

"Ken?" Panggil lelaki di sampingnya atau lebih dikenali sebagai Ash yang mereka katakan. 

Kenshin memandang kearah Ash apabila namanya diseru. Pandangan Ash yang tampak risau akannya ditentang lama. 

"Kenapa?"

"Kau langsung tak minum pun. Dari tadi kau termenung jauh. Fikir apa?" Prihatin Ash lalu bangkit dari sofa yang didudukinya kemudian beralih betul-betul bersebelahan dengan lelaki Jepun itu. 

"Aku tak lalu nak minum sekarang. Lagipun aku ada intention nak berhenti minum," balas Kenshin sambil tersenyum kecil.

Baginya Ash sangat baik biarpun perangai kejam tidak ubah seperti dajjal, mungkin disebabkan dia dah berumahtangga dan memiliki anak? 

Habistu, kenapa dia masih bersetuju untuk ke tempat macam ni? Dan masih menggeletis dengan perempuan lain? Itu pula yang difikirkan oleh Kenshin.

"Kenapa tiba-tiba nak berhenti?"

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now