‹ 31 ›

14 2 0
                                    

               "AKU dah taken dengan Danish."

Apabila pernyataan tersebut meniti di bibir Tiara, terus terhenti perbuatan Bunga yang ralit mengait bebenang sebagai hobi. Muka elegant Tiara dipandang tidak percaya.

"Dengan playboy kelas bawahan tu? Kau gila bah. Macam mana kalau tiba-tiba dia kasi bodoh-bodohnya kau? Kalau hensem tadi boleh lah, ni muka macam-"

Belum sempat Bunga mencemuh, laju Tiara membidas.

"Jaga mulut mu tu Bunga Qhaleeshah. Kau hina dia, kau hina Tuhan yang ciptakan dia. Jangan lancang betul bah." Kata-kata Tiara tadi hanya mengundang senyuman sinis Bunga.

"Pandai pula ajar aku sampai bawa-bawa Tuhan ni. Padahal diri sendiri pun jahat juga." Sindirya sedas.

Tiara hanya julingkan matanya ke atas. Majalah fesyen yang berada di tangannya dicampak ke tepi. Postur tubuh dibetulkan bagi memberikan keselesaan. Fokusnya kini diberikan sepenuhnya kepada Bunga yang masih menjelingnya atas bawah.

"Ya lah, kau lah bah yang paling baik dan paling suci dalam muka bumi ni."

Bunga hanya tersenyum herot sebelum tangannya meletakkan jarum yang digunakan untuk mengait dan turut sama membetulkan posisi duduknya.

"Bukan apa. Kau pun tahukan yang Danish tu bukannya baik betul. Kau pun tahu bah dia suka mainkan perasaan perempuan. Apa coba yang semua perempuan termasuk kau suka sama dia?"

Tiara mengeluh lemah kemudian berfikir sejenak.

"Dia hensem apa? Kaya, kroni besar, athletic pula tu."

"Buta ka apa kau ni? Biasa sejak mukanya tu. Banyak bersepah di luar sana. Kau mengaku sejak bah yang kau terima dia sebab dia kaya." Bunga mengeliat mendengar pujian Tiara.

"Ish! Kenapa bah juga kau ndak suka aku sama dia ni?" Tiara mendengus geram, dia berpeluk tubuh sambil menjeling.

Bunga pula hanya tersengih tidak percaya sebelum menggeleng. Banyak. Terlalu banyak perkara yang membuatkan Bunga tidak berpuas hati dengan hubungan mereka.

Dia membasahkan tekak sebelum bersuara.

"Kau dengan dia bagai langit sama bumi. Kau cantik, cantik sangat. Lepastu dia tu biasa-biasa sejak. Kau elegant, dia nampak gembel biarpun dia tu anak orang kaya. Dan yang paling bikin aku sakit mata, kau tinggi dan dia rendah! Bahkan kau lagi tua dari dia!"

Bunga menghelah nafas panjang, selain rupa dan fizikal yang tidak setanding, ada beberapa sifat milik Danish yang tidak disukai oleh Bunga sendiri.

"Dia ndak baik bah Tiara. Dia kasi bodoh-bodoh sejak kau tu. Kalau sudah jumpa yang lain, dikasi tinggal sejak kau nanti. Nanti kau sendiri yang menangis galau sendiri. Lepastu kau sendiri tahu dia kaki gaduh, kaki memaki, kaki pukul, obsesi. Kalau dia apa-apa kan kau nanti macam mana?"

Jaun di sudut hati, Bunga risau akan nasib sahabatnya di masa akan datang sekiranya dia berkeras ingin meneruskan hubungannya. Tambah lagi dengan prestasi buruk lelaki itu, bagaimana mungkin Tiara boleh terpaut dengannya?

Tiara hanya tersenyum tawar, tahu bahawa rakannya hanya risau akannya. Tangan dibawa mengusap lembut bahu Bunga, cuba meyakini dan menenangkan hati gundah gadis itu dari prespektif buruk yang menjengah fikiran.

"Jangan lah bah kau risau. Dia sudah janji akan berubah dan jadi lebih baik demi aku. Dia ndak akan sakiti aku kalau aku setia dengan dia. Kau pun tahu aku kalau sudah bercinta ni macam mana bah, mana pernah pandang yang lain."

Bunga hanya menilik Tiara atas bawah, perlahan-lahan dia mengeluh. Tiara berdegil dan masih berkeras mahu meneruskan hubungannya, menjadikan Bunga tiada pilihan lain melainkan membiarkan sahaja gadis itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now