‹ 03 ›

263 21 0
                                    

                  Aku sedang beratur pada sebuah barisan yang agak panjang. Baru sahaja movie seram berjudul 'Waktu Maghrib' itu keluar minggu lepas. Jadi panggung wayang sentiasa dibanjiri oleh pengunjung yang terdiri daripada peminat movie genre horror. Maklumlah, aku dan Dahliah kalau bab-bab tengok cerita seram, memang nombor satu. Minat katanya, lepastu takut-takut sendiri.

Lama aku tunggu untuk tiba giliran ku. Sementara Dahliah, aku dah suruh dia pergi beratur untuk membeli bertih jagung dan Cola. Kesabaran ku kian menipis lalu aku berdengus  kasar.

"Hish, orang di depan tu beli tiket ka atau buat movie?"

Cukup hanya aku sahaja yang dengar. Aku sudah beratur lebih dari setengah jam, barisan ini pula lambat sangat bergerak. Tak hairan kalau aku sudah tidak sabar, kang dibebel nya dengan mulut pedas Dahliah sebab lama. Orang lain yang menunggu pun dah macam cacing kepanasan.

"Assobaru mina-l-iman. Just wait patiently, you won't realize when you already at the front."

Ada suara bisikan menyapa telinga ku. Langsung aku menoleh dalam keadaan terkejut. Mata aku terbuntang luas melihat gerangan Zahid dibelakang ku. Jadi dia dari tadi berbaris di belakang tanpa aku sedar akan kehadiran nya.. sibuk betul melayan perasaan sendiri.

"Z- Zahid.. kau, buat apa disini?"

"Oh, aku tengah cuci longkang. Ko mo ikut?"

Dia berkata bersama loghat Sabah nya yang pekat. Senyuman mengusik terbit di birai bibir.

Aku tahu bahawasanya aku telah bertindak bodoh dengan menanyakan soalan tersebut. Datang sini nak tengok wayang lah juga kan? Apa lah kau ni Bunga!

''Okay, gurau ja bah. Aku suka tengok wayang, jadi aku datang lah pi sini. Dengan adik. Kau? Ko datang dengan siapa? Boyfriend?"

Membulat mata ku lalu pantas aku menggeleng sebagai penafian.

"Ndak lah bah! Aku? Ada boyfriend? Lambertt lagi... Aku datang dengan kawan ja. Mamak ku larang aku ada boyfriend. Dia cakap aku diri sendiri pun ndak terurus, ada hati mo ada boyfriend."

Panjang lebar aku bercakap bahkan lelaki itu hanya membalas dengan ketawa halus.. Tipu lah kalau aku cakap aku tak cair.

"Baguslah bah kalau begitu. Kan? Terpelihara. Diaorang just nak kau selamat. Maklum lah bah, lelaki diluar sana, tiada sudah namanya ikhlas dalam kamus hidup diorang.. kecuali aku."

Puji diri sendiri nampak kemudian tersenyum bangga. Aku pula hanya menggeleng beberapa kali sambil tersenyum kecil. Terus kepala ku kembali menghadap kehadapan lalu membuka langkah sedikit selepas melihat ruang kosong didepan.

"Oh ya, kita ndak berkenalan lagi bah kan? Aku Za-"

"Ahmad Zahid Zakuan bin Irfan. Tau sudah.."

Laju aku memotong tanpa menoleh kewajah nya sedikit pun. Dia pula terkedu lalu tayang muka like impressed gitu.

"Kau, tau nama penuh aku? Wow! Ko stalk aku ya!? Nakal yaa rupanya ko ni!"

Terus aku ketap bibir tanpa memberikan respon selepas mendengar tuduhan tersebut. Ya, aku stalked dia. Sebab rasa ingin tahu itu tinggi, aku pilih menjejak setiap akaun media sosial miliknya. Haih, Bunga.

"Ihh!! Perasan! Ndak da kerja lain ka mo dibuat dari pada stalk orang!? Tolong lah.."

"Kau bukannya kerja pun. Paling, tulis novel atau main game. Berkurung dalam bilik 24 jam, kau kan sudah berhenti kerja di KL tuu, Right?"

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now