‹ 17 ›

176 10 2
                                    

             "APA pasal aku kena ikut kau sekali?" Mulut Haries tak habis-habis berceloteh, naik geram aku dibuatnya.

"Sebab aku perlukan teman. Kalau-kalau dia apa-apa kan aku, siapa susah? Mak bapak kita juga yang susah," aku memberikan alasan dan hanya dibalas dengan dia yang menjulingkan matanya ke atas.

"Eleh, kau yang cari masalah, mau susahkan lagi mak bapak." Haries berkata malas.

Budak ni siap hari bulan aku luku lah tak lama. Ada saja mulut itik dia nak menjawab! Sesudahnya aku hanya diam menahan marah. Kalau dibawa benda ni berpanjangan, mau malu muka kami sebab bergaduh depan hotel lima bintang.

Hari ni aku nekad nak jumpa dengan Farhan macam yang Chen suruh. Tapi sudah semestinya aku takkan pergi bersendiri, aku heret sekali adik kesayangan aku. Kalau apa-apa jadi dengan aku sekurang-kurangnya aku tak kena sendiri.

Kenapa mesti pergi hotel? Sebab di sinilah aku dibawa pulang oleh lelaki arab itu. First impression aku sewaktu dapat tahu aku berada di hotel mewah ini? Terkejut bukan kepalang. Jadi aku pilih untuk cari mamat tu di sini.

Kami berjalan mendekati kaunter reception. Terdapat dua orang wanita yang mengenakan seragam hotel tersebut. Haries hanya diam di belakangku sementara aku mengumpul keberanian untuk bertanya.

"Excuse me." Panggilku lalu menarik perhatian kedua mereka. Terus salah satu dari mereka menapak ke arah ku.

"Ya? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Soalnya ramah. Dah memang kerja dia.

Aku diam. Aku nak cakap apa dengan perempuan ni? Takkan lah aku nak bagitau yang aku nak jumpa dengan Farhan? Tapi lelaki tu siapa pada perempuan ni? Tetamu yang menginap ke?

Kalau betul dia tetamu, harap-harap lah dia belum checkout lagi. Seingatku kejadian di mana aku kena culik dan dibawa ke sini berlaku sekitar empat hari yang lepas.

"Err, ada ka tetamu bernama Farhan di sini?" Soalku dalam sedikit keraguan.

Perempuan tersebut mengerutkan dahinya. Mungkin curiga dengan soalan yang terpancul dari mulut aku.

"Maaf lah cik. Tapi kami ndak boleh beritahu maklumat mengenai tetamu hotel di sini. Ianya privasi dan kami tiada hak untuk membocorkan nya."

Sudah aku agak dia akan balas macam ni. Mana mungkin diorang nak beritahu aku, nak-nak lagi ni hotel lima bintang.

Aku hanya tersenyum kekok sebagai balasan. Haries hanya diam sambil mengetik-ngetik sesuatu pada telefon pintarnya. Mesej dengan awek lah tu!

"Saya ada kawan di sini. Kejap, saya call dia." Balasku.

Baru aku teringat yang aku ada nombor Chen! Boleh lah aku hubungi dia untuk backup aku.

Telefon pintar dikeluarkan dari poket blouse berwarna pastel pink yang aku kenakan. Aku juga mengambil dompet ku lalu menarik keluar kad perniagaan yang pernah diberi oleh Chen.

Nombor pada kad tersebut diketik lalu aku mendail nombor itu. Selang beberapa saat, panggilan diangkat. Terus berubah gembira riak wajah aku apabila mendengar suara garau tempoh hari.

"Hello?"

"Chen! Ni aku!" Sampuk ku.

"Excuse me? Who?" Budak ni biar betul? Baru kemarin kot jumpa aku, takkan dia tak ingat aku?

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now