‹ 09 ›

201 15 0
                                    

                      "LEES," gumamnya perlahan apabila melihat wajah gadis tersebut. Dia kemudian mengetuk sedikit kuat tingkap pemandu yang sudah retak. Berharap agar dia tersedar. Sayangnya, gadis tersebut masih pegun sambil mata terkatup tidak sedarkan diri. 

Pintu cuba dibuka tetapi berkunci. Dia kemudian cuba memecahkan cermin tingkap pemandu. Semakin lama, semakin kuat hentakan yang diberikan. Rekahan pada cermin semakin besar. Berkat tenaga lelakinya, dia berjaya memecahkan cermin tingkap pemandu. Dia kemudian membocorkan airbag yang menghalanginya untuk mencapai sang pemandu. Tali pinggang dikerat dengan serpihan cermin tadi. Perlahan-lahan dia menarik pemandu keluar dari kereta. Semakin tidak seimbang dahan yang menahan dari terjatuhnya kereta akibat pergerakan yang dilakukan oleh mereka.

"Tuan, cepat sikit! Dahan tu dah nak patah!" Laung seorang pegawai polis yang dari tadi menjenguk kebawah bersama pegawai polis yang lain.

Lelaki tadi cuba untuk menarik tubuh gadis itu sekali lagi, kereta itu semakin hilang keseimbangan. Kakinya tergelincir ketika cuba menyelamatkannya, dan selang beberapa saat kemudian dahan yang menahan kereta tersebut patah.

Kereta Mercedes Benz E-Class Sedan mula meluncur ke bawah, melusuri curam yang tinggi. Lelaki tersebut mula hilang keseimbangan lalu turut terjatuh. Nasib menyebelahinya apabila sekujur tubuhnya kini bergantung berkat tali yang melingkari pinggangnya. Gadis tersebut selamat didalam dakapannya, masih tidak sedarkan diri. Terayun-ayun di ruang udara.

Beberapa pegawai polis mula menarik tali tersebut. Tubuh pemudah itu mula ditarik naik perlahan-lahan. Dakapannya semakin dikejapkan, agar ia dan gadis tersebut tidak terjatuh kerana beban yang ditanggung oleh tali yang tidak terlalu tebal materialnya.

Selang beberapa mini kemudian kedua mereka selamat tiba di atas. Dia cuba mengawal pernafasannya sambil dadanya berombak ganas. Dia melutut ditanah sambil menatap wajah sang pemandu lama. Pandangannya yang risau tadi bertukar redup. Dia segera bangkit dari tanah lalu membuka ikatan tali di pinggangnya. Baju kemeja hitamnya ditepis sedikit agar segala kotoran tertanggal darinya.

"Kau. Bawa dia ke hospital. Kalau aku dapat tahu dia mampus, memang kauorang yang aku cari nanti. Apa-apa update, bagitau aku." Sesenang itu sahaja dia mengarahkan pihak polis lalu berjalan ke arah superbike miliknya. Dan pihak polis sesenang itu sahaja menurut. Macam-macam dengan lelaki itu, padah jadinya.

Gadis yang terlantang di tanah dipandang sekilas kemudian menyarungkan topi keledar di kepala sendiri. Enjin dihidupkan lalu mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan menuju kembali ke rumah tersebut.

"FARHAN!" 

Terjaga dia dari lenanya. Chen dipandang sekilas, sedari kereta mereka sudah berhenti di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok.

"Seronok betul aku tengok kau bersleeping beauty dari tadi. Niat tak nak kacau tapi aku terpaksa, sebab kita dah sampai." Ucap Chen sambil meletakkan lengannya di atas stereng. Farhan terdiam seketika. Mungkin kantuknya masih tersisa. Lambat-lambat dia menegakkan posisinya. Permandangan sekeliling dipandang. 

"Jom," tali pinggang keledar dilepaskan kemudian membuka pintu disisi. Chen melakukan hal yang sama kemudian membuntuti langkah Farhan yang menghampiri sebuah pondok telefon awam. Dia melihat lelaki kacukan arab tersebut mengeluarkan sebuah nota yang dilipat kemas dari poket seluar sleknya. Terdapat empat digit nombor yang tertera diatas kertas tersebut.

Farhan kemudian mengambil ganggangan telefon awam tersebut lalu menekan-nekan punat nombor yang tertulis di atas nota tadi. Selesai sahaja, mereka menunggu sambil masih menggenggam ganggangan telefon tadi.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now