‹ 19 ›

130 11 0
                                    

            "WAH-WAH, melebih sumandak ni ya," tajam mata Dahliah merenung Nuria yang rancak berborak bersama Kenshin.

Hanya mulut Nuria yang rancak berbunyi sementara Kenshin hanya berdiam sambil menjadi pendengar. Kadang ekor mata sempat menangkap jelingan maut Dahliah dari arah kaunter.

Berkerut dahi licin Kenshin melihat riak wajah tegang gadis tersebut. Dahliah... Marah? Tapi sebab apa?

Apabila pandangan mereka bersabung, Dahliah terus mengalihkan pandangan dengan berpura-pura membuat kerjanya, namun cara si gadis molek itu mengelap kaunter dengan kain bersih sangat kasar sambil muka masam mencuka.

Dan apabila Kenshin kembali memandang ke arah Nuria yang masih rancak berbual, baru lah dia faham akan situasi yang dihadapinya sekarang.

Sekonyong-konyong bibir nya tersenyum senget sebelum senyuman tersebut dimatikan ketika Nuria memandang ke arahnya.

Dahliah cemburu!

Itu yang dia dapat simpulkan dari air muka mencuka gadis tersebut.

Alahai Dahliah, orang borak sikit pun dia dah naik berang. Bukan atas kerelaannya juga dia tersepit dalam situasi ini.

Telefon pintar di dalam kocek berdering. Kenshin terus menyeluk poket dan memerhati skrin gadjet tersebut tanpa menghiraukan Nuria yang masih aktif berbunyi.

Perlahan-lahan dia berdecit geram. Sakit kepala dengan sang penghantar mesej bersama arahan baru dan juga sakit kepala melayan si Nuria ni.

Dia harus pulang. Dia ada kerja dan tanggungjawab yang harus diselesaikan sekarang ini. Mata melirik ke arah kaunter tetapi sosok Dahliah sudah tiada di situ.

Mungkin ada kerja? Itu yang difikirkannya.

Baru saja dia berura mahu bangkit dari kedudukan namun laju Nuria berbunyi.

"Ken mau Ria ambilkan kek?" Sampuk gadis yang betada dihadapannya sambil tersenyum mengayat.

"Eh, takpelah. Saya datang sini cuma nak jumpa-" belum habis Kenshin bersuara Nuria mencantasnya dengan laju.

"Aish, ndak lah bah. Ndak menyusahkan juga. Abang Ken mau tahu? Ria ni manager di sini. Jadi biar Ria yang belanja."

Dengan senyuman pencair hati merekah di bibir, Nuria cuba memujuk Kenshin.

Kenshin pula hanya diam sambil memandang kosong ke arah Nuria.

Degil amat sumandak ini!

Berkali-kali dia tolak, berkali-kali juga Nuria memaksa. Bukan apa, dia baru sahaja menerima mesej dari sang majikan dan dia harus beredar. Tetapi Nuria ni membantutkan usaha dia untuk pulang.

"Tak mengapalah Nuria, saya ada kerja nak dibuat. Bos dah panggil," sekali lagi Kenshin cuba berdalih.

Habis mencebik masam muka Nuria. Mata mencerun tajam, cuba tunjuk protes.

"Alah, boleh lah. Boleh lah. Ndak juga bos mau marah kan? Sekejap sejak. Nanti tapau ( bungkus ) sejak kek untuk dia," Nuria mendesak lagi.

Kenshin menarik nafas lalu menghembuskannya perlahan. Langkah tersebut diulang beberapa kali. Dalam erti kata lain, cuba memupuk sabar yang kian menipis dengan sikap keras kepala Nuria.

Rimas!

Kalau tak kenang berlawanan jantina, dah lama lunyai perempuan ni dibelasah olehnya.

Baru sahaja Kenshin ingin bercakap ada suatu suara yang mencelah mereka.

"Kalau orang ndak mau tu, ndak payah lah paksa bah!" Dahliah datang bersama penyapu di tangan.

Tadi sibuk dia melepaskan amarah dengan menyapu lantai Starbucks yang sedia bersih. Maka wujudnya habuk halimunan pada mata Dahliah.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now