‹ 12 ›

229 14 0
                                    

                 PINTU dikuak sedikit lalu melihat keadaan di dalam bilik itu. Selang beberapa saat, kaki dibawa masuk ke dalam.

Dia kemudian menarik sebuah kerusi plastik lalu menghempaskan punggung di atas nya dan hanya diam memerhati seorang perempuan yang diselamatkan nya terlena.

Fikiran lelaki tersebut dipenuhi dengan pelbagai perkara. Bagaimana reaksi perempuan ini apabila sudah sedar nanti? Kosa kata apa yang harus dia katakan? Kadangkala dia juga hanyut dengan pelbagai masa silam yang diulang tayang di layar fikiran.

"Zahrati," gumamnya perlahan.

Dia kemudian bersandar pada kerusi tersebut lalu mengeluh perlahan. Tumpuannya kemudian terhala kepada sampah yang berada di bawah katil apabila dia menekur untuk seketika. Dia kemudian menunduk untuk memungut sampah tersebut.

Lelaki kacukan Arab ini sangat mengambil berat akan aspek kebersihan dan sangat sensitif akan benda-benda yang tampak kotor atau tidak teratur.

Apabila dia cuba untuk bangun, ada sesuatu yang berada di atas kepalanya dan sekaligus membantutkan usahanya untuk bangun. Dia semakin gelisah apabila benda tersebut mula bergerak-gerak di atas kepalanya dan bermain-main dengan rerambut nya.

Tangan perempuan tadi masih utuh di atas kepalanya sambil membelai rambutnya bahkan perempuan tersebut masih tidak sedarkan diri.

Dia buntuh. Adakah dia harus bangun dan menepis tangannya atau hanya diam dan membiarkan saja?

'But why does it feel so good?'

Matanya terpejam seketika, wajahnya sudah mula membahang. Dalam akal ingin saja dia menepis, tetapi hati dan tubuh berkata sebaliknya.

Dia seperti berada di dunia sendiri sehingga timbul suatu perasaan yang sudah lama tertanam dek berjalannya masa. Iaitu rindu. Dia rindu dengan belaian kasih sayang dan perhatian seseorang. Hidupnya kelam dan gelap sehingga dia lupa yang dia juga manusia yang masih memerlukan tempat sandaran.

Keadaan sangat sunyi dan tenang sehinggalah suara teriakan perempuan itu dan seluruh pergerakan nya terhadap rerambut nya terhenti membuatkan dia kembali tersedar ke alam realiti.

Wajah terkejut dan pipi yang merah padam itu dipandang dengan pandangan tidak percaya. Perempuan tersebut dah sedar. Dan sekaligus pipi lelaki itu bertukar tona.

"Z-Zahrati?" Soalnya perlahan.

Aku mengerutkan dahi sambil mengurut dada ku yang sedikit sesak berkat rasa terkejut yang masih belum hilang.

Aku tengah seronok mimpi belai-belai rambut Qorin sendiri,  ni buka-buka mata, 'Qorin' lain yang aku jumpa! Lelaki tersebut masih pegun di situ lalu membasahkan tekak.

"Kau okey?" Soalnya ringkas tetapi ada terselit keprihatinan. 

Aku hanya mengangguk seketika. Entah firasat ku mengatakan yang dia ni orang baik. Sebab aku tersedar dalam keadaan yang masih 'elok', jadi perasaan ku berkata sedemikian. 

Diam. 

Aku mahupun dia langsung tidak mengeluarkan sebarang kosa kata. Hanya mata yang galak bertentangan antara satu sama lain.  

Kejap. Makin lama aku pandang dia, makin familiar pula muka kacak yang di depan mata aku sekarang ni dalam kotak ingatan. Sehabis mungkin aku cuba memerah akal, mencari sebarang memori yang berkait rapat dengan lelaki ini sehingga berkerut seribu dahi aku. Dia pun turut berkerut melihat perubahan pada wajah ku.

"Kita kenal ka?" Akhirnya soalan itu terpancul dari mulutku kerana aku gagal untuk mencantum memori ku. Tapi aku yakin aku pernah nampak muka dia sebelum ni. Sejak aku didiagnosiskan sebagai pesakit amnesia, makin pelupa pula aku di usia muda-muda ni.  Ish-ish-ish.

Bunga Milik Siren HeadWhere stories live. Discover now