1!

292 9 0
                                    

     Beberapa Fail diletakkan di atas meja. Pinggang dilabuhkan lalu kaki kanan naik ke atas kaki kirinya. Wajah seorang pemuda dipandang tajam hingga membuatkan pemuda itu tertunduk. Pintu bilik dibuka lalu dibuka kembali,seseorang masuk sambil memegang beberapa buah fail lagi dan diletakkan di atas meja yang hampir dipenuhi fail-fail berselerakkan.

"Kau memang tak serik-serik lagi ke? Asyik keluar masuk keluar masuk? Tak kesian pada anak bini kau yang terpaksa cari duit nak bebaskan kau dari tempat ni?" Tanya jejaka bernama Zaid Aiman. Dia hanya mampu berdiri kerana kerusi yang berada didalam bilik itu cuma satu,itupun sudah diduduki oleh kawan baiknya.

"Kali ni bukan salah aku! Tapi salah kawan aku! Dia yang paksa aku kalau tak-" dia tiba-tiba sahaja berhenti berbicara. Zaid memandang rakan sekerjanya buat seketika.

Wajah tenang sahabatnya itu sangat menakutkan,siapa saja yang tidak menggigil apabila memandang wajah tenang itu. Zaid Aiman kembali melihat pemuda itu kembali.

"Kalau tak apa?" Tanya jejaka itu dingin. Anak matanya menusuk tajam anak mata pemuda itu.

"Ka-kalau tak..."

"Kalau tak apa?" Soalan yang sama dilontarkan.

Menggigil satu badan pemuda itu apabila melihat jejaka dihadapannya.

"Kalau tak apa?" Dia mengulang lagi soalan tersebut.

Pemuda dihadapanya itu hanya diam membisu. Mulutnya bagai dikunci. Wajah jejaka itu juga dia tidak mampu memandang. Seram!

Jejaka itu berdiri. Kedua belah tangan diselokkan ke dalam kocek seluar. Nafas dihembuskan ke luar.

"Bawa dia masuk lokap, esok aku nak soal dia lagi. Kalau dia tak jawab juga,memang mampus aku kerjakan." Arah lelaki itu.

Dia terus melangkah keluar dari bilik siasatan. Ziad menggari pemuda itu lalu membawanya keluar dari bilik siasatan.

Selepas sahaja pemuda itu dimasukkan ke dalam lokap, Ziad Aiman terus menapak pergi ke kantin tempat mereka berehat.

"Minggu depan aku kahwin,kau boleh datang tak?" Tanya Ziad Aiman. Wajah kosong temannya dipandang sebelum dia melihat telefon bimbitnya.

"Kau kahwin dekat kampung dia kan?" Tanya Fait Lutfan ingin kepastian.

Ziad Aiman mengangguk. Wajah sahabatnya tidak dipandang,dia ralit membalas pesanan daripada tunangnya.

"Aku lambat sikit sampai kampung kau nanti,mungkin pagi hari kau kahwin tu baru aku sampai sana. Aku ada misi nak kena settelkan terlebih dahulu." Beritahu Fait Lutfan. Satu Fail yang dilihat isinya.

"Ok. Tapi janji kau datang. Aku ingat nak suruh kau jadi pengapit aku,tapi kau dah kata kau ada misi. So tak jadilah. Aku suruh Ivon aje." Ujar Ziad Aiman. Fail ditutup lalu diletakkan di atas meja. Keningnya terangkat satu.

"Ivon? Bukan Ace hantar dia dekat london ke?" Terkejut jejaka itu selepas mendengar nama Ivon Daran. Apatah lagi jadi pengapit buat Zaid Aiman.

"Baru aje dia balik dua hari lepas." Ujar Ziad Aiman.

Terpempan Fait Lutfan. Dua hari lepas? Fasal dia tak tahu apa-apa?

"Semalam aku nak bagitahu kau tapi kau busy sangat dengan kes club malam tu." Tambah Ziad Aiman lagi. Jejaka dihadapannya hanya mengangguk.

"Malam nanti aku nak jumpa Ace." Ujar Ziad Aiman lagi. Serta merta Fait Lutfan menatap sahabatnya.

"Jumpa Ace?" Persoalan Fait mendapat anggukan dari Ziat.

"Aku lupa nak jemput dia datang majlis aku,nanti merajuk masing-masing." Jawab Ziad Aiman.

Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Tersenyum lebar lelaki itu memandang layar telefon.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now