6!

78 6 0
                                    

Bagasi diletakkan didalam kereta berjenama Honda berwarna merah. Radhea memusingkan badan menghadap Zakiah. Tangan wanita berusia itu disalam lalu dikucup lembut. Kedua pipi wanita itu juga tidak lupa dikucup lembut. Dia menyalam pula tangan Zainab yang berada disebelah neneknya terus kaki melangkah mendekati Zainal yang tidak jauh dari mereka.

"Dhea nak salam," pinta gadis itu sopan. Zainal menghulurkan tangannya namun belum sempat si gadis menyalam,dia terus menarik tangannya laju. Sungguh dia jijik dengan gadis dihadapnnya. Perasaan benci masih membarak didalam jiwa wanita itu terhadap Radhea Fatiha.

Radhea Fatiha terpempan dengan perbuatan Zainal. Dia tersenyum nipis lalu wajah Aira Imani dipandang sebelum melangkah pergi.

"Tak payah lah kamu nak salam-salam dia tu,buat sakit hati aje." Ucap Zainab. Radhea Fatiha mengangguk pelahan. Pintu kereta dibuka lalu dia lolos masuk kedalam perut kereta. Cermin diturunkan separuh. Dia tersenyum manis.

"Dhea pergi dulu ye maksu." Pinta gadis itu.

"Bawa kereta elok-elok tau. Kalau dah sampai call maksu." Ucap Zainab. Radhea Fatiha mengangguk lalu cermin dinaikkan. Kenderaan pacuan empat roda itu dipandu keluar dari kawasan rumah Zakiah.

Selepas sahaja kereta Honda yang dipandu Radhea Fatiha itu hilang dari pandangan mata Zainal,wanita itu terus bangun lalu masuk ke dalam rumah kayu milik Zakiah. Aira Imani mengikuti langkah ibunya.

Punggung dihempaskan di atas kerusi panjang yang berada di ruang tamu rumah kayu itu. Dengusan nafas tidak teratur.

"Apa masalah kamu ni Zainal? Sudah-sudah lah tu, benda dah lepas dah pun. Jangan nak ikutkan hati sangat!" Marah Zakiah.

"Ikutkan hati? Mak,dia penyebab Zainal hilang abang Ali mak! Kalau abang Ali tak bawa dia pergi kelas tambahan masatu pasti suami Zainal masih hidup mak!" Lantang suara wanita itu membalas ucapan Zakiah. Bermerah muka Zainab memandang wajah Zainal.

"Kau jangan sesekali nak salahkan Radhea! Aku yang suruh Ali hantar Radhea pergi kelas tambahan tu. Aku pun tak boleh jangka kemalangan tu akan berlaku! Kalau kau nak marah,marah aku!" Ujar Zakiah. Sungguh biadap anak keduannya ini! Tiada rasa hormat langsung pada dirinya yang bergelar ibu!

Terdiam seribu Zainal mendengar ucapan Zakiah akan tetapi rasa marah masih membuak-buak didalam jiwanya. Mahu sahaja bangku kayu ini dicampak tepat pada wajah Radhea.

"Aku tak pernah ajar anak aku untuk biadap dengan aku! Aku tak pernah ajar anak aku tinggikan suara pada aku! Apa? Tak cukup ke selama ni aku dengan arwah abah kau didik kau orang dengan baik? Bagi kau orang kasih sayang sama rata,tapi kau sesuka hati aje nak tinggikan suara pada aku yang bergelar ibu kau ni! Yang lahirkan kau!" Ucap Zakiah lagi. Air mata yang sudah lama ditahan akhiranya jatuh juga membasahi pipi. Dia terus pergi meninggalkan kedua anak perempuannya bersama Aika Imani.

Zainab memandang tajam ke arah anak beranak itu. Tangannya dikepal kuat hingga menimbulkan urat dibelakang tangan. Apa ingat perempuan tak ada urat ke? Urat perempuan pun kekadang menawan tau!

"Puas hati kau kak?! Abah tak pernah ajar kita tinggikan suara pada mak!" Marah Zainab,dia terus melangkah ke arah bilik Zakiah. Pintu bilik Zakiah yang tertutup itu dibuka lalu ditutup kembali selepas dia selamat masuk ke dalam bilik itu.

"Mak," seru Zainab. Zakiah yang tersentak dengan kehadiran anak bongsunya terus mengsat air mata menggunakan jari telunjuk miliknya.

"Nab tahu mak nangis,nab ada untuk mak." Pujuk Zainab. Tubuh ibunya dipeluk erat dan diusap lembut. Zakiah kembali menangis dipelukkan anak bongsunya.

"Mak bukan ibu yang terbaik untuk korang." Rintih Zakiah. Tersentak Zainab dibuatnya. Dia terus menggeleng laju. Pelukkan ibunya dilepaskan,air mata Zakiah yang membasahi pipi ditepis menggunakan ibu jarinya.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now