"AUNTIE DHEA!" Terbantut langkah Radhea daripada terus berjalan menuju ke 7E yang berada didalam lapangan kapal terbang Kuala Lumpur itu.
Tubuh dipusingkan kebelakang, dia sedikit kebelakang apabila kakinya dipeluk erat oleh budak kecil itu. Idhan senyum manis selepas meleraikan pelukan tersebut.
Radhea mencangkuk dihadapan Idhan lalu pipi budak lelaki itu dielus menggunakan ibu jarinya. Senyuman manis tidak lekang daripada bibir Radhea Fatiha.
"Uncle Fait mana?" Soal Idhan. Leher dipanjangkan, mencari kelibat lelaki itu tapi tidak ada disini. Mana Uncle Fait dia?
"Uncle Fait pergi tandas." Jawab Radhea. Idhan mengangguk.
"Idhan datang dengan siapa?" Radhea pula yang bertanya. Rasa aneh kerana dia hanya melihat Idhan seorang sahaja disini. Tak kan budak ni datang KLIA naik texi atau grab kut?
"Id-idhan, kat si-sini rupanya bu-budak ni. Puas i-ibu cari tahu tak?" Gagap Fatin kerana mengah mencari budak bertuah ini. Tangan memegang lutut, belakang badan membongkok seketika, kemudian dia mencekak pinggang. Nafas tercungap-cungap.
"Aik kak? Kau fasal? Macam baru lepas kena kejar dengan hantu aje. Hantu mana yang kejar kau pagi-pagi buta ni?" Soal Fait bertubi-tubi.
Fatin menjeling, dia menghembus nafas berkali-kali. Wajah selamba anaknya dipandang tajam kemudian beralih kepada wajah kosong adiknya. Fatin berdehem.
"Bukan hantu yang kejar aku tapi aku yang kema kejar hantu ni. Dia punya lari main cepat lagi. Zup zap zup zap hilang. Phenat khau thau thak?" Hidung ditutup.
Idhan tawa riang. "Idhan hantu kuat! Pantas! Gagah!" Idhan menunjuk otot lengannya.
Terjongket kening Fatin.
"Tak ada otot pun,"
"Adalah."
"Cis!"
Radhea tawa kecil. Pandangan mereka seketika beralih pada seorang lelaki yang baru tiba. Nafasnya tercungap-cungap. Nafas ditarik sedalam-dalamnya kemudian dihembuskan.
"Aik bang, kau pun kena kejar hantu ke?" Perli Fait.
"Ayah pun kena kejar? Mesti hantu tu minat ayah kan, yelah ayah handsome. Mesti hantu tu cantik kan ayah?"
Membeliak mata Ilham mendengar kata-kata anak tunggalnya itu. Dia memandang wajah mereka semua silih berganti.
Fait menjongket kening berkali-kali, senyum senget terukir dibibirnya. Radhea mula bangun dari cangkuknya tadi lalu melangkah mendekati suaminya.
"Sejak bila pula aku kena kejar hantu ni? Aku kejar anak beranak ni adalah. Baru kunci kereta tahu-tahu diaorang dah hilang." Radhea mengetap bibir.
Fatin mengalihkan pandangan ke arah lain apabila sedar suaminya memandang tajam ke arahnya. Tangan Idhan dipegang kemas, tidak mahu budak ni lari lagi. Karang, ada kes budak hilang dekat airport ni. Dia juga yang kena marah dengan Tengku Liana nanti. Tak pandai jaga anak lah apa lah. Padahal cucunya itu yang terlebih nakal. Susah nak kawal!
Fait menggelengkan kepala. Bahu Radhea dipeluk erat. Jangan tangan dilihat.
"Bila berlepas?"
"Kejap lagi lah ni,"
Fatin mengangguk.
"Ha! Kau pergi honeymoon tu elok-elok dekat negara orang. Aku tahu lah kau dah biasa dengan negara Itali tapi jaga diri sikit. Jaga bini kau ni, takut kena rembat dengan orang." Terbatuk-batuk Radhea mendengar nasihat Fatin. Bunyi dah macam nasihat mak-mak. Dengan tangannya lagi yang menepuk-nepuk bahu Fait.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...