25!

123 3 0
                                    

"BELI AISKRIM KE BRO?" Terpaling wajah Radhea dan Fait ke arah pemilik suara tersebut.

Dahi mereka berkerut. Apa mereka buat di sini? Radhea dan Fait pandang satu sama lain. Radhea undur sedikit ke belakang, dia berhenti di sisi suaminya.

"Why are you two looking at us like that?" Soal lelaki tersebut. Tangan memeluk tubuh.

"May? Ray? Kenapa kau orang ada di sini?" Soal Radhea.

Maysarra senyum senang. Dia tepuk bahu Rayyan kuat lalu mendekati Radhea. Lengan Radhea di peluk erat.

"Kami bercuti di sini? Kenapa kaget? Huhu..." Kepala Maysarra di tunjal.

"Dalam banyak-banyak negara, negara sini juga kau orang nak bercuti." Desis Fait. Tajam anak matanya menikam anak mata Tengku Rayyan Zuair.

Tengku Rayyan Zuair senyum lebar sebelum mencebik.

"Bro, kau suruh aku dengan dua budak tu settelkan kerja-kerja di sini lepastu kau tanya aku buat apa di sini?" Rayyan memeluk tubuh. Dia alihkan pandangan ke arah lain.

"Habis si May ni?"

"Dia?" Jari telunjuk di halakan ke arah Maysarra Zulaikha yang sedang melihat menu di truk aiskrim bersama Radhea Fatiha.

Fait angguk beberapa kali.

"Dia ni sibuk sangat nak ikut aku. Aku bawa ajelah ke sini, nak tolak pun dia dah ugut aku dulu. Terpaksa lah aku bawa dia sekali ke Itali. Keras kepala dia ni, nasib sayang. Kalau tak, dah lama aku humban dia dalam laut." Terang Tengku Rayyan panjang lebar.

Fait menggelengkan kepala. Isterinya masih melihat menu di truk aiskrim itu. Entah apa yang ingin di beli pun tak tahu. Lama sangat pilih!

Fait mendekati Radhea. Pinggang Radhea di peluk. Wanita itu sedikit tersentak, dia pandang wajah Fait lalu melebarkan senyum. Tangan di letakkan pada dagu, seolah-olah sedang berfikir.

"Nak beli aiskrim apa ni? Lama sangat pilih." Radhea melepaskan keluhan kecil. Dia pusingkan tubuh menghadap Fait.

"Entah lah. Semua nampak sedap, susah dhea nak pilih." Dia garu pipi gebunya.

Fait tergelak kecil. Hidung isterinya dicuit. Dia pandang menu aiskrim itu.

Maysarra mengambil aiskrimnya yang sudah siap. Wang di keluarkan dari dompet lalu diberikan kepada penjual itu.

"Keep the change."

"Thank you." Balas penjual tersebut. Dia pandang pula pasangan suami isteri yang masih bingung memilih aiskrim.

Maysarra menjilat aiskrim yang dibelinya tadi. Dia pandang Tengku Rayyan, Tengku Rayyan pandang dia. Mata mereka bertembung. Bibir Maysarra menguntum senyum manis.

Maysarra pasangan sejoli ini. Lah? Masih belum pilih lagi ke? Senang borong je semua aiskrim. Tak payah pilih-pilih, makan semua.

"Dhea nak ni aje lah." Aiskrim kon perisa aiskrim menjadi pilihan terakhirnya.

Selepas beberapa minit menunggu, aiskrim yang di pesan telah pun siap. Radhea ambil aiskrim dan membayar kepada penjual tersebut.

Baru sahaja mereka ingin melangkah, penjual aiskrim itu memanggil Radhea.

"Il suo saldo, signorina." Ucap penjual itu.

Satu butir perkataan pun Radhea tak faham. Dahinya berkerut seribu. Mata terkebil-kebil memandang penjual aiskrim itu. Dia cakap apa tu raju?

Fait pandang penjual aiskrim, dia lakar senyum manis sebelum menggeleng. "Tenga il resto." Ucap Fait lalu tarik tangan isterinya.

"Awak pandai bahasa Itali?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now