21!

27 1 0
                                    

BANG!

Sebuah tembakkan dilepaskan ke arah seorang lelaki lingkungan 30-an. Mengalir cecair pekat membasahi seluruh tubuh mayat itu. Suasana riuh-rendah dengan suara orang menjerit, bunyi tembakan, suara orang memberi arahan.

Fait Lutfan menjilat bibir yang kering. Dia melepaskan keluhan berat selepas berjaya menumpaskan beberapa penjenayah yang dikehendaki. Bukan mengeluh kerana tidak gembira tetapi penat. Baru sahaja ingin melelapkan mata, orang atasan sudah memangggilnya.

Tubuh dipusingkan ke belakang, menghadap Nizam yang sedang menggari beberapa penjeyah untuk dimasukkan ke dalam lokap. Kaki dihayun mendekati lelaki itu. Selepas kereta yang membawa ke semua penjenayah meluncur keluar dari perkarangan bank negara itu, Nizam menunduk sedikit kemudian senyum nipis.

"Inspector Anwar nak jumpa kau," ucap Nizam. Fait mengangguk. Nizam memalingkan wajah ke kiri. Taman sekerjanya sedang berjalan menghampiri mereka. Wanita itu senyum-senyum bahagia.

"Engkau fasal senyum-senyum?" Soal Nizam seakan tidak puas hati dengan senyuman bahagia wanita itu. Pudar serta merta senyum wanita itu.

Bella memeluk tubuh, wajah berubah serius namun ada juga kelihatan tidak puas hati dengan rakan sekerjanya, Nizam. Nak cari masalah aje kerja jantan ni. Aku tampar kau kang!

"Kau cemburu ke tengok aku senyum?" Tawa sinis Nizam menyerpa telingannya. Makin lama makin kuat. Terjongket kening Fait melihat Nizam.

"Datang sudah gila kau,"

Terhenti tawa Nizam. Badannya kaku memandang Fait. Dia kata aku gila? Hahaha! Memang aku gila!

Nizam kembali ketawa sambil memegang perutnya yang sakit.

Fait dan Bella memandangnya tajam. Sebuah botol mineral hinggap di kepala Nizam membuatkan lelaki itu diam membisu.

Wajah memandang Bella dan Fait silih berganti sebelum berakhir ke wajah Bella sepenuhnya. Mata dikecilkan memandang wanita itu.

"Dah lah. Kau start enjin kereta cepat," arah Fait. Nizam melepaskan keluhan kemudian melangkah ke arah kereta polis.

Kunci dikeluarkan dari poket, pintu kereta di buka. Tubuh lolos masuk ke dalam perut kereta usai enjin dihidupkan. Pandangan dihalakan ke luar tingkap, melihat Fait dan Bella sedang berborak sambil memandang bank negara itu.

"So, minggu depan kau tak ada lah ni?" Soal Bella tatkala masuk ke dalam perut kereta.

"Hurm," jawab Fait sekaligus mengangguk. Wajah diraup kasar. Kepala menyandar ke kerusi.

Kereta meluncur laju keluar dari perkarangan bank negara menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Suasana diam membisu.

"Eh, kau tak nak ke bawa aku jumpa isteri kau? Masa majlis kahwin kau tu, aku tak dapat hadir sebab ada hal," suara Bella memecahkan kesunyian antara mereka.

Nizam mengalihkan pandangan seketika ke tepi. Fait berdehem memandang hadapan. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar.

5:45 a.m

"Nanti lah," balas Fait walau agak lambat.

"Mesti cantik isteri kau. Yelah, kau je dah handsome, isteri kau mesti cantik," fait senyum manis.

Radhea memang cantik. Cinta pertama dan terakhir Fait Lutfan.

"Jodoh aku bila lah nak sampai? Penat ni jadi single," keluh Nizam.

Bella mencebik. Tangan memeluk tubuh. Fait tergelak kecil mendengar keluhan rakan sekerjanya itu. Dia menepuk peha kemudian diusap-usap.

"Insha'Allah suatu hari nanti sampai lah tu, lambat atau cepat itu hanya Allah aje yang tahu. Kau fokus aje pada kerja kau," nasihat Fait.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now