13!

54 2 0
                                    

°Tanah Perkuburan Islam Kampung Pintu bilik dikuak dari luar. Fait Lutfan melangkah masuk ke dalam bilik, senyum manis terukir dibibirnya apabila melihat tubuh Radhea Fatiha dari belakang. Pintu ditutup rapat lalu dikunci. Dia mendekati tubuh isterinya yang sedang melabuhkan punggung di atas katil.

Fait Lutfan mengambil tempat bersebelahan Radhea Fatiha. Tertunduk muka wanita itu. Malu!

"Assalamualaikum bidadari cantik abang," bermerah-merah wajah Radhea Fatiha sebelum menyahut salam Fait yang sudah bergelar suaminya sah. Bibir digigit, Ya Allah... Aku malu lah!

Fait memusingkan tubuh Radhea menghadapnya. Terpinga-pinga Radhea Fatiha dibuatnya. Anak mata hazel Fait menikam masuk ke dalam anak mata biru isterinya. Tubuh Radhea beku.

"Terima kasih sebab jadi isteri abang." Ucap Fait Lutfan. Kepala Radhea Fatiha yang masih dilitupi selendang dicium. Radhea Fatiha hanya diam membisu, wajahnya bermerah-merah. Mulutnya bagai dikunci,tak mampu mengeluarkan sepatah pun perkataan.

"Kenapa diam je?" Soal Fait Lutfan. Radhea Fatiha tertunduk malu. Tawa kecil Fait menyerpa gegendang telinganya. Dia ketawa? Kenapa dia ketawa? Ada yang tak kena ke dengan aku?

"Sa-saya..."

"Why flower?" Soal Fait Lutfan lagi. Kedua-dua tangan Radhea Fatiha digengam. Lagi tambah malu Radhea dibuatnya. Bukan setakat malu, menggeletar satu badan dia!

But wait! Dia panggil aku apa tadi? Aku dengar wer je. Wer apa?

"Radhea," seru Fait Lutfan. Agak tegas suara lelaki itu. Radhea Fatiha menelan air liur berat.

"Tak ada apa-apa lah, saya nak mandi." Ucap Radhea Fatiha lalu bangun dari duduknya. Baru sahaja ingin melangkah, tangannya ditarik oleh Fait Lutfan. Terduduk wanita itu kembali di atas katil.

"Kenapa awak ni? Saya nak mandi lah," ujar Radhea Fatiha. Tangannya ditarik kasar dari gengaman suaminya.

"Pergilah mandi, maaf." Ucap Fait Lutfan membuatkan Radhea Fatiha tersentak. Merajuk ke?

"K," itu sahaja jawaban Radhea,kaki pantas melangkah masuk ke dalam bilik air. Fait hanya memperhati aje langkah isterinya. Setiap sudut bilik Radhea dilihat, anak matanya tertumpu pada bingkai-bingkai kaca yang tersusun di atas sebuah almari kecil

Fait mendekati almari kecil tersebut. Sebuah bingkai kaca diambil. Terlihat wajah Radhea bersama kedua ibu bapa wanita itu. Tersenyum riang. Senyuman Radhea didalam gambar itu sangat berbeza dengan senyuman wanita itu sekarang. Berbeza, ya baginya sangat berbeza. Sifat Radhea juga sedikit berubah.

Wajah Radhea Fatiha yang berada didalam bingkai kaca itu diusap.

'Fait akan jaga dhea lebih dari nyawa it sendiri. Itu janji It. Fait akan buat dhea bahagia. Semua yang dhea mahukan, it akan cuba capaikan selagi It hidup,' ucap Fait Lutfan dalam hatinya.

"Awak buat apa tu?" Soal Radhea Fatiha. Tersentak Fait Lutfan,bingkai kaca itu terus diletakkan di atas almari kecik.

"Saje tengok gambar sayang dengan..."

"Dengan ayah dan ibu?"

"Yes,ayah dan ibu," belakang lehernya digosok. Radhea Fatiha mendekati almari kecik yang tersusunnya bingkai-bingkai kaca itu. Dia ingin senyum tapi sukar. Air mata bertakung. Sungguh dia rindu ayah dan ibu. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa rindunya dia kepada kedua ibu bapanya.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now