14!

47 3 0
                                    

This is not the best story. I just try my best.
___________________________________________

"Apa je awak buat dekat sana dengan diaorang?" Soal Radhea tiba-tiba. Pandangan mereka bertemu buat seketika. Bibir Fait langsung tidak beriak senyum. Wajahnya tegang.

"Little problem." Jawab lelaki itu mendatar. Radhea melepaskan keluhan. Wajahnya dialihkan menghadap keluar tingkap.

Radhea memandang ke arah hutan yang berada ditepi-tepi jalan raya itu. Gelap gelita. Suasana didalam kereta amat sunyi. Radio pun langsung tidak dibuka. Kalau buka pun,asyik dengar dj-dj tu membebel dan gosip aje. Lepastu buka lagu.

Hampir lima belas minit juga mereka berdiam diri didalam kereta hingga tiba dihadapan rumah.

"Dah sampai." Enjin kereta dimatikan. Pandangannya tertumpu pada si isteri yang diam membisu sejak tadi. Radhea memeluk tubuhnya.

"Are you okay?" Soal Fait, pipi gebu isterinya diusap lembut.

"I am ok, awak aje yang macam tak ok." Bait kata wanita itu seperti sedang merajuk. Tergelak kecil fait, pipi Radhea terus dicubit. Meraung kecil dia dek sakit dengan cubitan daripada Fait.

'Eh dia ni! Memandai je cubit isteri orang! Eh lupa, aku isteri kan isteri dia bukan isteri orang lain.'

Fait keluar dari perut kereta kemudian pintu kereta dibahagian Radhea dibuka. Tangannya dihulurkan kepada isterinya.

Radhea masih mendiamkan diri.

"Abang bagi sayang dua pilihan, abang angkat sayang atau kita jalan sama-sama masuk dalam," lagi ingin merajuk Radhea dengan pilihan yang diberikan suaminya.

'Tak sawit betul lah laki aku ni! Ada ke bagi pilihan-pilihan? Dukung ajelah terus, baru macam drama sikit'

Tanpa menunggu masa, fait terus mendukung Radhea ala-ala bridal style. Terkejut juga wanita itu. Leher suaminya dirangkuk kemas agar dia tidak jatuh ke tanah.

Pintu kereta ditutup rapat dan dikunci. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Tubuh kecil isterinya diletakkan di atas kerusi yang berada diruang tamu. Suis lampu dibuka.

Pintu rumah itu terus ditutup dan dikunci. Dipandang wajah Radhea Fatiha. Jelas melihatkan jika isterinya sedang merajuk. Kaki terus melangkah masuk ke dapur. Langsung tiada suara didalam rumah. Sepi.

Radhea menghembus nafas keluar. Dah lima minit tapi si suami langsung tidak memujuknya. Secawan air kegemarannya dipandang lama selepas gelas itu diletakkan elok di atas meja oleh seseorang.

Ruang kosong yang berada disebelah Radhea menjadi tempat fait untuk melabuhkan punggung. Kepala isterinya yang dilitupi tundung selendang diusap.

"Cuba bagitahu,apa salah abang sampai sayang merajuk ni?" Tiada langsung respon dari si isteri.

"Sayang," seru Fait lembut. Keluhan dilepaskan. Wajah suaminya dipandang dengan senyum nipis.

"Awak tak salah apa-apa pun. Saya saje merajuk nak tengok awak pujuk tak," jawab Radhea. Ya,memang dia sengaja nak merajuk. Agak kekanak-kanakkan,tapi apa salahnya ingin bermanja dengan suami sendiri.

"Yelah tu, suka naw simpan rahsia. Pendam sorang-sorang. Bagitahu jelah." Desak Fait.

"Betul lah" cawan yang dibawa suaminya itu dicapai dan diminum.

Dia memandang wajah Radhea dengan penuh tidak percaya.

'Fasal dia pandang aku macam tu? Tak percaya ke apa?'

"Jujur eh, memang sengaja dhea nak merajuk. Tak ada simpan-simpan rahsia ni." Jawab Radhea. Langsung tiada perubahan dimuka Fait. Memang Fait langsung tidak percaya walau dia sudah kata 'jujur'.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now