Lelaki itu berdiri, mata membulat serta mulut terbuka luas mendengar kata putus Fait sebentar tadi. Dia baru sahaja pulang dari negara sana, lelaki itu pula mahu honeymoon di sana!
Kenapalah dia balik awal sangat? Kalau tak, boleh dia kacau sikit honeymoon si harimau belang ni. Buat kecoh sikit je...
Rayyan menatap Fait tajam setajam pisau yang tumpul. Riak wajah lelaki itu kosong, langsung tidak menghiraukan tatapan tajam Rayyan.
"Eh Ray! Aku lupa! Aku punya barang ada yang tertinggal lah dekat sana! Kita pergi balik nak?" Ajak Ivon.
Rayyan mengangguk laju seraya memetik jari. Bibir terlakar senyum nakal. Fait memeluk tubuh sambil menatap dua manusia yang akalnya senget.
Zaid Aiman meneguk air milo tin, dia mendengar sahaja perbualan antara tiga lelaki itu. Tiada langsung riak terkejut kerana dia yang paling awal tahu kalau Fait nak pergi honeymoon.
Pergi honeymoon aje pun. Apa yang nak terkejutkan? Lain lah pergi honeysun. Kalau terkejut sekali tercirit pun tak apa.
"Bila kau nak pergi?" Soal Rayyan teruja.
"Eh kau ni, dia yang nak pergi kau pula yang teruja," Celah Zaid. Rayyan mencebik kemudian melabuhkan punggung semula.
"Eh Ray, bukan kau dah janji dengan May ke kalau lepas kau balik sini kau terus masuk minang dia?" Meluncur soalan itu keluar dari bibir Ivon.
Rayyan tersentak sebelum berfikir sejenak. Jari dipetik buat kali kedua. Dia menepuk-nepuk pelahan kepalanya. Kenapa dia boleh lupa tentang hal ni?
"Kau macam tak serius je dengan si Maysarra tu," Tuduh Zaid.
Jatuh rahang Ivon mendengar tuduhan Zaid. "Jangan main-main man dengan janji kau. Nanti jadi janji manis,"
Rayyan menghembus nafas panjang. Dada yang berombak-ombak mendengar tuduhan Zaid itu terus diusap. Tenangkan jiwa.
Fait menyilangkan kaki.
"Kau jangan mainkan si May Ray, nanti ada singa-singa tendang kau gergara sakiti member dorang," ucapan itu kendengaran nada gurauan namun ada terselit juga amaran.
"Aku tahu," jawab Rayyan.
"Budak Maysarra tu kawan dengan singa? Dia pakai ilmu apa sampai boleh jadikan singa member dia?" Soal Ivon seperti orang bodoh.
Semua menatap Ivon tajam. Lelaki itu tersengih sambil menggaru belakang kepala. "Kesian kau, otak tertinggal dalam rahim ibu kau,"
"Oklah otak aku je tertinggal bukan akal macam kau," Sinis Ivon.
Auch!
Tersentak Rayyan. Tangan memegang dada yang terasa sakit bagai dihiris pisau. Zaid sudah tawa besar. Tin milo yang sudah kosong dilempar ke dalam tong sampah.
"Ace mana?" Tanya Fait.
Pandangan mereka terus teralih ke Fait. Sudah hampir setengah jam dia duduk disini menunggu kehadiran Ace Aldric.
Lelaki itu menghantar pesanan kepada mereka selepas waktu magrib tadi. Katanya ada hal penting yang ingin dibicarakan.
Tapi sampai sekarang kelibat lelaki itu langsung tidak kelihat. Sakit punggungnya menunggu ditambah pula dengan sakit kepala melayan budak-budak tak cukup akal ni!
"Ace? Dia-"
"Babi! Malam-malam buta pun sesak sial!" Bentak Ace yang baru tiba. Punggung dihempaskan pada sofa merah yang terdapat didalam markas itu.
Jam kini tepat pukul sepuluh malam. Fait mengeluh pelahan, wajah berang Ace dipandang sekilas. Kepalanya penuh memikirkan Radhea. Zaid, Rayyan dan Ivon menatap satu sama lain.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...