18!

31 3 0
                                    

TUBUH direbahkan diatas katil. Wajah lena isterinya dipandang lama. Selepas makan malam, Radhea terus masuk bilik dan tidur. Katanya penat seharian berjalan dan meluangkan masa diluar.

Tangan lembut Radhea dipegang. Fait mengelus-elus tangan putih isterinya. Pipi gebu wanita itu juga dielus.

"Tidur pun comel." Gumamnya pelahan.

Sedang asyik melihat wajah lena Radhea, telefon bimbit Fait tidak berhenti-henti berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

Fait yang baru sedar terus mencapai telefon. Nama yang tertera dilayar telefon dibaca. Dia heran kenapa Ace call dia malam-malam buta bergini?

Butang hijau ditekan. Telefon dirapatkan ditelinga.

"Come here now. Important." Ucap Ace tanpa memberi salam. Fait melepaskan keluhan.

"I arrived in five minutes." Ucap Fait sebelum mematikan panggilan telefon tersebut. Tangan lembut isterinya dilepaskan. Dahi Radhea terus dikucup.

"Abang kena jumpa Ace ni, Assalamualaikum sayang." Ucap Fait kemudian turun dari katil.

Jaket dan topi berwarna hitam yang tergantung dicapai. Jaket disarungkan pada badan sasanya. Dia melangkah ke pintu bilik sambil memasang topi pada kepala.

Pintu bilik ditutup rapat. Radhea mencelik mata. Fait sudah tidak berada didalam bilik. Dia hanya berpura-pura tidur sahaja. Dia dengar segala ucapan Fait sebentar tadi.

Radhea turun dari katil, balkoni bilik dituju. Langsir dibuka, tubuh fait yang sedang terburu-buru itu diperhati dengan tanda tanya.

Apa yang penting sangat sampai terburu-buru? Tapi, suara fait tadi juga kedengaran tegas.

Kenderaan pacuan empat roda milik Fait meluncur keluar dari perkarangan rumah agam Tengku Fahrin Latif. Radhea melepaskan keluhan berat apabila kereta milik suaminya hilang daripada pandangan matanya dengan sekelip mata.

Kaki dihayun mendekati pintu. Radhea melangkah turun ke bawah dan menuju masuk ke dapur. Cawan yang ada dirak dicapai. Air sejuk yang berada didalam peti ais dituangkan kedalam cawan.

Radhea melabuhkan punggung pada kerusi yang tersedia didapur. Cawan diletakkan di atas meja. Dia menongkat dagu.

Pandangan dihalakan pada pintu utama rumah. Fikirannya penuh dengan persoalan.

"Fait pergi mana?" Kepala Radhea serta merta terpusing ke arah pemilik suara. Fatin melabuhkan punggung bersebalahn kerusi Radhea.

"Jumpa kawan dia lah kut. Tadi kawan dia telefon. Nampak macam penting sangat sampai terburu-buru..." Ucap Radhea sayu. Dagu kembali ditongkat memandang pintu utama rumah agam itu.

"Siapa kawan dia? Zaid? Ace?" Radhea memalingkan wajah ke Fatin.

"Ace." Jawabnya ringkas.

Fatin mengangguk tanda faham.

"Kalau tunggu dia balik memang tertidur lah dhea dekat sini."

"Hah?"

"Fait comfirm balik lambat punya. Mungkin 3 atau 4 pagi baru balik." Ucap Fatin seraya mengangkat punggung.

"Dhea tidur ajelah. Lambat lagi tu dia balik. Tak payah tunggu." Sambungnya lagi, tangga didaki naik ke tingkat atas.

Radhea melepaskan keluhan buat kali kedua. Pintu utama kembali dipandang lama.

_______

MATA dicelik. Radhea bangun dari baringannya, sekeliling bilik tidur dilihat. Tangan menggosok mata. Dia menguap di atas katil.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now