24!

34 2 0
                                    

SEKEPING kertas dan air kotak milo dipandang lama sebelum Radhea mengambil kertas tersebut. Bibir mengukir senyuman selepas membaca isi kertas tersebut.

Keruri ditarik kemudian dia melabuhkan punggung. Mata masih membaca isi kertas itu. Alahai sweetnya dia ni!

Seisi ruang itu dipandang dengan tatapan kosong seketika selepas itu beralih kembali pada kertas kecil itu. Radhea memandang kertas kecil itu dan air kotak silih berganti. Kertas kecil itu diletakkan kembali di atas meja.

Radhea bersandar pada kerusi, mata dipejam rapat. Dia mengeluh kemudian kelopak mata dicelik kembali. Hampir tercabut jantungnya apabila wajah kawan baiknya berada dihadapan mukanya.

Rina melepaskan tawa, kuat. Terperanjat kau! Ini dikira dia membalas dendam pada Radhea tentang kes tempoh hari. Meja ditepuk-tepuk, perut yang sakit dipegang. Air matanya sampai keluar kerana ketawakan wajah terperanjat Radhea. Bukan tak pernah tengok tapi kali ini lawak sangat!

"Gelak gelak kau! Kalau mati aku tadi macam mana?" Bahu Rina ditepuk kuat.

Menjerit kecil Rina, bahunya terus diusap-usap. Marah naw kak. Relax.

"Benda baru sikit cik kak oi. Ni fasal kau, macam orang putus cinta aje." Kertas kecil yang terselit bawah air kotak milo dicapai kemudian dibaca. Melopong mulut Rina, mata terbeliak membaca isi surat itu.

"Alahai, merajuk lagi ke cik adik oi? Encik abang dah pujuk ni pun, siap bagi air kotak lagi. Ha! Lupa, encik abang ada kirim bunga coklat sekali." Bunga mawar dikeluarkan dari belakang badannya.

Membulat mata Radhea melihat bunga tersebut. Beberapa biji coklat menjadi tumpuan utamanya. Tangan teragak-agak ingin mengambil bunga tersebut.

"Sweet betul encik abang ni," bunga mawar tersebut terus dirampas. Radhea menjeling tajam. Bunga tersebut didekatkan pada hidungnya, haruman bunga mawar menusuk masuk ke dalam rongga hidung. Harum.

"Dah dah ah tu merajuk. Kesian encik abang kau tu." Lengan Rina menjadi mangsa cubitannya. Ha! Encik abang lagi, kena kau!

"Sakit lah cik adik manis." Tersembur tawa Rina melihat wajah cemberut rakannya.

"Ok ok, aku gurau sikit pun tak boleh. Bendera jepun ke apa?" Radhea hanya diam. Dia masih menyium bau bunga mawar yang di berikan oleh 'encik abang' itu.

"Ekhem! Cik adik manis berseri, hari ni encik abe ada latihan bola keranjang. Tanak pergi tengok ke? Bagi semang-" kepala Rina mendapat hempukan daripada Radhea.

"Encik abe encik abe. Aku tampar muka kau nanti baru tahu,"

"Eleh, blushing lah tu. Jom lah, aku nak tengok crush aku." Jari Radhea digenggam. Mata dikebil-kebil.

Radhea menjulingkan bola matanya. Ingat comel lah tu? Macam opet aje aku tengok. Opet lagi comel dari kau.

"Haish! Yelah. Jom" Rina senyum riang. Yes! Susah nak ajak budak bertuah ni pergi gelanggang basketball semenjak bergaduh dengan 'Encik Abang' dia ni.

Usai tiba di gelanggang basketball sekolah mereka, Radhea melepaskan keluhan. Seperti biasa, pasti ada para gadis yang berkumpul di sini dan bersorak-sorak nama kekasih mereka. Tidak nama kekasih, nama crush.

Radhea berhenti di belakang para gadis-gadis itu. Rina cuba menarik namun tubuh Radhea mengeras. Naik keheranan Rina dengan kawan baiknya ini. Takkan merajuk lagi kut? Encik abe dah pujuk pakai bunga mawar.

Radhea melepaskan keluhan. Dia memandang wajah berkerut Rina dengan pandangan sayu. Kepala digelengkan. Dia taknak.

"Kau kenapa ni?" Kawannya sudah bercekak pinggang.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now