"Serius lah?!" Soal Ain seperti tidak percaya. Radhea senyum lalu mengangguk. Air Chocolate panas dihirup. Ain dah tak tentu arah,dia berulang-alik dari meja ke sofa yang berada di ruang tamu kecil rumah sewa lamanya.
"Dah seminggu benda ni jadi,dari sejak tu juga aku asyik blushing aje." Ternganga Ain Zahrah dibuatnya. Sepupunya didekati lalu bahu Radhea dicengkam lembut. Anak mata mereka bertembung buat masa yang lama. Terbit senyum sinis di wajah Ain Zahrah.
"Kau dah jatuh cinta balik ke ni?" Tubuh Radhea digoncang.
"Aku tak pernah bercinta dengan dia," satu tamparan halus hinggap dipipi Radhea. Gadis itu memandang sepupunya dari atas kebawah. Berani lempang-lempang kita, bagitahu tokma!
"Maksud aku,hati kau tuh dah boleh terima cinta yang baru! Ye ke? Eh?" Kepalanya yang diseliputi selendang digaru. Radhea bangun dari duduknya lalu menapak ke dapur. Beberapa mangkuk berisi makanan ringan dibawa.
Dia kembali melabuhkan punggung. Wajah Ain Zahrah yang masih keliru dipandang tajam.
"Hah! Apa kata an,kau kahwin dengan dia." Ucap Ain Zahrah memberi cadangan. Terhinjut bahu Radhea Fatiha dengan sergahan Ain secara tiba-tiba itu.
"Hah?"
"Kau kahwin dengan dia. Lagipun mama dia teringin sangat nak menantu perempuan. Even dia ada kakak,but mama dia teringin sangat nak menantu dari dia." Ain memberikan penjelasan. Berkerut dahi Radhea Fatiha. Gila ke? Takkan sesenang macam tu je dia nak masuk ke dalam kehidupan jejaka itu.
"Kau salah ambil ubat eh? Kalau aku ada perasaan kat dia, tapi dia tak ada pada aku susah tau. Lagi-lagi nak ambil hati dia tu,lagi susah. Dah lah muka asyik ketat aje. Susah nak nampak dia senyum." Terangkat kening Ain memandang Radhea.
"Habis minggu lepas? Bukan dia senyum-senyum ke kat kau? Siap borak lagi. Suami aku bagitahu,Fait tu susah nak berborak dengan perempuan. Kecuali ada hal penting."
"Takkan dengan keluarga sendiri pun susah nak berborak?" Ain menghembus nafas keluar.
"Kecuali dengan keluarga dia sekali lah. Kalau perempuan luar tu tak. Tapi kalau dengan isteri kawan-kawan dia, still boleh bergurau senda macam kawan-kawan." Radhea mengangguk faham.
"Aku tahu kau suka dia," anak mata biru Radhea menjeling tajam ke anak mata sepupunya. Bantal yang berada disisinya dibaling pada wajah gadis itu. Ain senyum sinis memandang Radhea yang masih memberi jelingan maut padanya.
"Confess je,buat first move. Aku confirm dia terima," ucap Ain penuh yakin. Conflake madu diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut. Wajah Radhea dipandang sekilas.
"Aku tahu kau takut. Yelah,selama ni ex-ex kau yang buat first move bukan kau. Tapi apa salahnya kau mencuba. Buat first move buat pertama kali." Radhea menghembus nafas berat.
"Kalau-"
"Tak ada kalau-kalau. I'm sure he accepts you. You are perfect. Siap ada ciri-ciri wanita idaman dia lagi." Potong Ain. Berkerut dahi Radhea,dia berganjak ke hadapan sedikit.
"Ciri-ciri wanita idaman? Memang ciri-cici wanita idaman dia apa?" Soal Radhea ingin tahu.
"Semua yang ada pada kau and dia tahu semua tentang kau dhea." Terbeliak mata Radhea mendengar jawaban Ain. Peha wanita itu ditepuk kuat hingga Ain menjerit pelahan.
"Dia tahu semua tentang aku? Macam mana dia tahu? Siapa bagitahu? Kau ke?" Soal Radhea bertubi-tubi. Ain menggelengkan kepalanya. Conflake madu diambil lagi lalu dimasukkan ke dalam mulut.
"Kejap," ucap Ain dengan conflake madu masih tersisa dimulutnya. Radhea setia menunggu wanita itu menghabiskan makanan yang berada didalam mulutnya.
"Aku un tak tahu,ini Zaid yang beritahu aku. Sebab semalam aku ada cerita fasal kau dekat suami aku. Dia ada tanya aku kenapa maksu benci dekat kau. Aku masatu terperanjat gila! Aku pun tanya dia, 'macam mana abang tahu maksu benci pada dhea?'. Dia jawab Fait yang beritahu! Dia kata lagi kalau dia tanya Fait tapi Fait langsung tak layan." Ucap Ain memberi penjelasan. Radhea Fatiha menelan air liur berat. Wajah serius Ain dipandang dengan penuh tidak yakin.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...