9!

70 6 0
                                    

"Hah?! Ja-jadi tokma terima lah?" Tanya Radhea Fatiha ingin kepastian. Sepasang suami isteri itu memandang satu sama lain.

"Ya,aku terima. Lagipun sepupu kau dah kahwin,kau tu takkan nak jadi anak dara tua pulak?" Melopong mulut Radhea mendengar jawaban tokmanya. Ain Zahrah menepuk pelahan peha suaminya.

"Siapa agaknya yang datang merisik dhea?" Soal Ain Zahrah separuh berbisik. Suaminya mengangkat bahu buat beberapa kali.

"Tokma bagi gambar dia. Dhea nak tengok." Pinta Radhea. Dia berputar-putar sambil memegang telefon bimbitnya ingin menunggu balasan daripada Zakiah.

"Nanti bila kau kahwin baru kau tengok muka laki kau. Itu arahan bakal suami kau sendiri. Lagi satu, bakal mak mertua kau taknak tunang-tunang. Dia nak nikah aje terus. Aku dengan yang lain pun setuju." Lagi melopong mulut mereka bertiga mendengar ucapan Zakiah.

"Macam tak sabar sangat aje keluarga bakal suami awak ni dhea," ucap Zaid mendapat anggukan daripada isterinya.

"Tapikan tokma kena minta persetujuan dhea dulu,"

"Kalau minta persetujuan kau,sampai kesudah lah kau tak kahwin. Lagipun, bakal suami kau ni elok aje aku tengok," ucap Zakiah selamba. Sambal ikan digaul-gaul. Radhea sudah tidak tahu mahu balas apa. Bukannya dia boleh lawan cakap wanita berusia itu.

"Yelah dhea,terima aje. Kita ni bukan makin muda tapi makin tua. Takkan kau nak kena cop anak dara tua nanti?" Radhea mengalah. Betul lah apa yang dikatan oleh Zakiah dan Ain Zahrah. Mulut-mulut orang kampung nya boleh tahan juga.

"Fine." Ucap dhea sepatah. Terukir senyuman lebar dibibir Zakiah.

"Dah,aku nak masak ni. Ha! Aku lupa lagi satu. Hari ahad nanti kau kena pergi butik pengantin. Kau mintalah lokasi butik tu dekat Aika." Radhea mengangguk sebelum menjawab.

"Baiklah," jawab Radhea acuh tidak acuh. Terus panggilan dimatikan kemudian Radhea menghempaskan punggung di atas sofa sambil memeluk tubuh. Wajah tidak puas hati ditayangkan.

"Tokma makes a wise decision,tak akan sewenang-wenang aje tokma nak terima rombongan merisik tu." Ucap Ain Zahrah.

"Terima dia dengan hati yang ikhlas dhea even awak tak tahu siapa dia,muka dia sekarang tapi nanti awak tahu juga kan? Saya pasti dia orang baik," Ain Zahrah mengangguk pelahan. Apa yang dikatakan oleh suaminya benar.

"Buat apa sedih beb? Sepatutnya kau happy."

"Patut ke aku happy?" Soal Radhea. Ain tersenyum manis lalu dia menendang kaki sepupunya.

"Auch!"

"Orang zaman sekarang beria-ria nak kahwin, happy. Kau pula nak sedih-sedih apa fasal? Move on ajelah dari Fait tu,"

"Tapi kan pelik juga lah,macam mana Fait tahu semua tentang aku?" Soal Radhea Fatiha tiba-tiba. Terkedu sepasang suami itu mendengar persoalan Radhea.

"Bukan setakat awak,kami semua pun pelik dengan Fait. Sejak kebalakangan ni, perangai dia aneh-aneh je. Tak macam biasa," membulat mata dua sepupu itu. Radhea berfikir keras,bermacam-macam soalan bermain difikirannya.

"Macam dia ada simpan rahsia yang besar." Ucap Ain Zahrah. Suaminya mengangguk setuju dengan ucapan isterinya.

"Eh dhea,bila kau kahwin? Aku tak berapa dengar lah tadi tokma cakap."

"Satu bulan dari sekarang." Tersembur air yang diminum Zadi Aiman. Ain pantas mengambil menepuk pelahan belakang suaminya lalu mengambil tisu mengelap bibir lelaki itu.

Kening Radhea Fatiha terangkat satu. Sebenarnya,dia pun teperanjat tadi apabila tokma beritahu bila majlis perkahwinannya. Mereka tak dapat dengar sebab Radhea Fatiha tidak menyalakan pembesar suara.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now