2!

93 6 0
                                    

"Kau berempat pergi tingkat atas. Aku, Bella dan Nazim di bawah. Yang lain jaga luar." Arah lelaki itu. Semua orang bawahannya mengangguk. Masing-masing bergerak ke lokasi yang sudah diberikan oleh ketua mereka.

Fait,Bella dan Nazim masuk ke dalam club malam itu. Bunyi musik yang sangat kuat membuatkan Bella dan Nazim sedikit sakit kepala.

"Kuat sangat musik yang dia orang putar." Nazim menggelengkan kepalanya. Tak tahan dia dengan musik yang dimainkan. Anak mata Fait Lutfan melilau musuh. Dia memandang dua orang bawahannya.

"Berpecah cari dia orang." Ujar Fait Lutfan sedikit menjerit. Musik yang kuat itu membuatkan mereka tidak mampu bercakap pelahan. Bella dan Nazim mengangguk lalu mereka beredar. Fait menghembus nafas panjang.

Baru sahaja dia ingin melangkah,bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang. Pantas Fait menolak tangan itu dan memusingkan badannya ke belakang. Seorang gadis yang berpakaian sexy cuba ingin menyentuhnya kembali namun dia pantas menggelak.

"Oh! Don't avoid it, let's dance with me baby." Gadis sexy itu mendekati Fait Lutfan. Fait mencebis kasar. Bala!

"I'm sorry, I didn't come here to dance with you." Fait Lutfan terus pergi meninggalkan gadis sexy itu. Meraung dia apabila ditolak oleh Fait Lutfan.

"Shit!" Carut gadis sexy itu. Kakinya dihentak.

Fait Lutfan melangkah ke setiap sudut club malam itu. Suara seseorang disebalik Walkie Talkie Headset Acoustic Air Tube didengari.

"Aku ada nampak budak-budak dia keluar sekali dengan dia." Ujar seorang pegawai bawahannya. Jari telunjuknya diletakkan di walike talkie headset acoustic air tube miliknya.

"Kejar mereka. Aku nak kes ni settel malam ni juga." Arah Fait Lutfan. Dia terus melangkah pergi ke pintu utama club itu. Kelibat Nizam dan Bella menunggu dirinya. Mereka bertiga keluar dari club malam itu. Terlihat beberapa orang serta ketua musuh sudah digari ditepi club malam tersebut. Fait Lutfan tersenyum sinis. Good job!

"Bawa masuk van." Ujarnya dingin. Bella dan Nizam melangkah ke arah musuh mereka yang sudah ditahan. Kesemua orang-orang serta ketua dimasukkan ke dalam van. Nizam melangkah mendekati Fait Lutfan semula. Sebuah kotak diberikkan kepada jejaka tinggi lampai itu.

"Well done for tonight! Tak sia-sia kami kerja bawah kau." Ujar Nizam. Nizam tersenyum riang. Fait Lutfan hanya menayangkan wajah kosong. Susah sangat bibirnya ingin mengukirkan senyuman. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa.

______________

"Bila pengantin lelaki nak sampai ni?" Tanya Zakiah. Wajah Ain Zahrah dipandang.

"Aku nervous lah." Ujar Ain Zahrah. Radhea memandang tajam ke sepupunya. Satu tubuh Ain Zahrah sedikit menggigil. Memang sah dia sedang gugup.

"Pengantin lelaki dah sampai!" Jerit seseorang lelaki tua. Semua yang berada di dalam masjid memandang ke arah pintu yang terbuka luas. Kelibat seorang lelaki berpakaian baju melayu putih masuk ke dalam masjid dengan senyuman manis terukir di bibir.

"Dah sampai." Ujar Zainab,ibu kepada Ain Zahrah. Lagi bertambah gugup Ain Zahrah melihat bakal suaminya. Zaid Aiman mengambil tempat duduk di hadapan bakal bapa mertuanya. Kasim tersenyun.

"Dah sedia?" Tanya tok kadi. Zaid Aiman mengangguk laju. Dari semalam dia bersedia nak angkat nikah! Practice awal-awal lagi. Walau diapun sedikit gugup ketika ini. Tok kadi memandang Ain Zahrah.

"Pengantin perempuan dah bersedia?" Tanya tok kadj, Ain Zahrah kaku lalu mengangguk pelahan. Kasim memandang Zaid Aiman kembali. Kasim menghembuskan nafas keluar, dia memberitahu tentang tanggujawab seorang isteri dan suami sebelum tangan dihulurkan. Lelaki itu menyambut tangan Kasim dengan senyuman yang masih terukir dibibir.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now