15!

56 3 0
                                    

Kelopak mata dicelik. Kepala dipusingkan ke kiri, ke kanan. Dia bangun dari baringannya dan melangkah ke tandas. Pintu tanda diketuk kemudian dibuka.

Aik? Mana isterinya? Pagi-pagi buta dah hilang. Dia melangkah ke arah meja kecil yang berada disebelah katil mereka. Layar telefon dilihat.

8:30 pagi.

Selepas melihat layar telefon bimbit, dia terus melangkah keluar dari bilik tidur mereka. Tempat pertama dituju ialah dapur. Perempuan kalau bangun mesti akan ke dapur.

Selepas melihat isterinya tiada di dapur, dia melangkah ke tandas rumah pula. Radhea Fatiha juga tiada di tanda rumah. Dia merantau ke satu rumah, bayang-bayang isterinya langsung tidak kelihatan sama sekali.

Telefon bimbit, beg tangan ada di dalam rumah, tetapi orangnya tiada. Punggung dihempaskan ke sofa. Penat. Dia memejamkan mata. Nafas tercungap-cungap. Hatinya risau, entah kemana si isteri pergi pun dia tak tahu.

"Nanti kita borak lagi ye kak," ucap Radhea Fatiha ramah kepada jiran barunya.

"Iyalah, akak nak pergi masak. Nanti merajuk seminggu anak-anak sebab tak masak lagi." Tergelak kecil Radhea Fatiha. Dia masuk ke dalam, pintu besi ditutup rapat.

Terkejut dia melihat Fait Lutfan berada di ruang tamu. "Kenapa awak tidur dekat sini? Kalau nak tidur dalam bilik lah," soal Radhea Fatiha.

Kelopak mata Fait tercelik. Tangan istenya dipegang. Radhea Fatiha yang kebingungan terus duduk disamping Fait. Lelaki itu memandangnya tanpa berkelip, wajahnya penuh dengan peluh.

"Awak kenapa ni? Penuh peluh." Radhea mencapai beberapa helai tisu kemudian diberikan kepada Fait.

"Lap peluh tuh," suruh Radhea Fatiha. Tisu tersebut bertukar tangan.

"Awak buat apa sampai berpeluh ni?" Soal Radhea Fatiha. Heran juga dia, takkan lah suaminya bersenam dalam mimpi? Ke mimpi kena kejar hantu sebab tu berpeluh?

"Abang cari sayang lah, pagi-pagi buta dah hilang." Terlepas tawa kecil Radhea.

"Saya borak dengan jiran baru sayalah. Nak juga kenal-kenal diaorang ni," ucap Radhea dengan senyum manis.

"Apa je sayang borak dengan kak mah tu?" Anak mata Radhea Fatiha memandang ke arah lain. Dia memandang juga wajah fait yang tertanya-tanya berkali-kali.

"Flower,"

"Jawab soalan abang. Jangan diam aje." Tersengih isterinya memandang si suami.

"Kenal antara satu sama lain. Bukan kenal kak mah aje, kenal satu family dia sekali. Dengan anak teruna dia yang kerja polis pun saya ajak kenal sekali."

"Apa apa?" Soal Fait seolah tidak dengar dengan ucapan Radhea.

"Apa?" Soal Radhea kembali. Berkelip-kelip matanya memandang raut wajah cemburu Fait. Dia....Blur.

"Sayang cakap apa tadi?"

"Kenal antara satu sama lain." Jawab Radhea spontan.

"Bukan yang tu, yang last tadi." Radhea berfikir sejenak. Apa yang dia kata tadi? Dia pun lupa..

"Entah. Lupa."

"Jangan buat-buat lupa," Fait sudah mula tidak puas hati.

"Saya memang lupa apa yang saya cakap." Radhea Fatiha menggaru kepalanya yang diselimuti tudung sarung berwarna hitam itu.

'Apa yang aku cakap tadi eh?' gumamnya dalam hati. Susah jadi orang cepat pelupa ni. Nasiblah nama suami kau tak lupa. Tapi kalau nama suami lupa tu ok lagi, kalau lupa suami. Itu parah!

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now