Aira menghempas punggungnya di atas katil. Berasap-asap kepalanya sejak perkahwinan Radhea Fatiha berlangsung. Dia bangun dari duduk lalu bantal diambil. Kemudian,bantal itu dilempar ke dinding kayu biliknya. Tangannya mengepal kuat membentuk buku lima. Wajahnya sangat tegang.
Dia menahan amarah sejak Fait Lutfan dan Radhea Fatiha sah menjadi suami isteri.
"Kenapa Fait tu pilih dhea? Aku cantik apa dari dhea! Aku yang layak jadi isteri dia bukan pembunuh tu!" Ucap Aira Imani. Dia tidak suka Radhea Fatiha dari kecil lagi. Dia rasa benci,marah,cemburu semua ada apatah lagi sejak kematian ayahnya serta ibu bapa Radhea Fatiha. Walaupun tanggal kematian mereka berbeza,tetapi Aira Imani cukup bengang! Kehadiran Radhea seolah-olah membawa bala pada dirinya. Walaupun Radhea Fatiha lebih tua darinya. Beza umur mereka hanya dua tahun sahaja.
"Aku benci dia! Kau pembunuh! Kau perampas!" Bantal yang berada diatas katil dilempar lagi ke dinding. Hatinya cukup panas.
"Aira! Kau buat apa dalam bilik tu hah?! Kenapa kau balik rumah! Ibu suruh kau datang sana tolong-tolong! Jangan duduk teperap dalam rumah!" Pintu bilik Aira diketuk kuat. Aira Imani melangkah lalu membuka pintu. Pandangan maut dihadiahkan kepada kakak kembarnya.
"Kenapa kau tengok aku macam tu? Nak cari gaduh ke?" Soal Aika Amani sambil memeluk tubuh. Dia terus melangkah pergi meninggalkan Aira Imani berseorangan.
"Jangan tak datang pula,marah ibu nanti!" Pesan Aika Amani diluar rumah. Aira Imani menghempas pintu biliknya. Dia keluar dari rumah milik arwah ayahnya. Pintu rumah itu tidak lupa ditutup. Dia berjalan menuju ke rumah Zakiah. Hatinya masih panas. Perasaan benci,marah,geram semua bercampur-baur. Mahu sahaja wajah Radhea Fatiha ditumbuk. Dia benci dengan wanita itu! Benci yang teramat benci!
"Geram pula aku tengok dua ekor mangkuk jamban ni," ucap Ivon Daran. Pisang dimakan sambil memerhati tingkah Tengku Rayyan Zuair dan Maysarra Zulaikha dari meja makan yang dikhaskan untuk mereka.
"Asal lak kau nak geram?" Soal Ace Aldric sambil menikmati juadah yang disediakan. Semua makanan sangat enak hingga menjilat jari! Ini semua masakan Zakiah bersama penduduk kampung. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan juada untuk para tetamu. Bermacam-macam aneka lauk disediakan. Semua sedap-sedap.
"Sekarang ni,dhea dengan Fait penganti ke dorang? Kau tengok lah perangai dorang, macam dorang pula pengantin dekat situ." Jawab Ivon Daran bengang.
"Nanti dorang jadi pengantin juga kan? Awak tu bila? Jodoh still sesat,agaknya sesat dekat mana eh,dalam hutan ke dalam longkang? Ke jodoh awak baru lahir," Ivon Daran ketawa hambar. Lawak sangat! Sampai dia rasa nak hempuk aje kepala Aisha Viana sekarang.
"Lawak betul kau no sha,aku tahu lah aku ni single tapi jangan lah cakap sampai macam tu. Sendu aku," ucap Ivon Daran seperti ingin menangis. Aisha Viana berpaling muka ke arah lain,malas nak tengok drama king Ivon.
"Aika!" Panggil Aisha Viana. Aika senyum manis. Meja yang diduduki Aisha dituju. Kerusi bersebelahan Aisha Viana menjadi pilihannya untuk melabuhkan punggung.
"Kenapa dengan Iv?" Soal Aika pelik. Sebelah keningnya terangkah.
"Dia tengah sendu sebab single. Yelah, umur dah 27 but still single. Yang lain semua dah ada pasangan, dia aje yang tak ada." Bola mata Aisha dipusingkan ke atas.
"Ha! Apa kata awak jadi girlfriend dia nak? Awak pun single kan?" Terkedu Aika Amani. Dia memandang wajah Aisha Viana dan Ivon Daran silih berganti.
"I already have," kepala yang tidak gatal digaru. Ivon Daran mehembuskan nafas lega.
"Who is that?" Sergah Ain Zahrah. Kedua-dua bahu sepupunya dicengkam dari belakang. Aika Amani meminta Ain supaya melepaskan cengkaman. Sakit bahu aku kena cengkam.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...