"AWAK BUAT APA?" soal Radhea. Layar laptop fait dilihat. Fait terlalu fokus hingga tidak sedar kehadirannya disini.
Tiket? Nak pergi mana? "Awak..." Bahu lelaki itu disentuh.
Terkejut fait. Kepala ditoleh menghadap si isteri. Dia menghembus lega. Bibir mengukir senyum senang.
"Kenapa?"
"Saya tanya awak tadi, awak buat apa? Fokus sangat dekat laptop tu sampai tak sedar saya dekat sini." Fait tawa kecil. Hidung wanita itu dicuit.
Fait menepuk pahanya. Memberi isyarat untuk Radhea di atas pahanya.
"Sit here."
Radhea agak ragu-ragu. Tangan wanita itu terus dicapai, radhea duduk dengan muka seperti dipaksa.
"Kenapa muka macam tu? Tak selesa? Kalau tak selesa tak apa, sayang ambik lah kerusi dekat meka make up tu." Pantas Radhea menggeleng.
"Tak apalah. Saya ok sikit je."
"Sikit je?"
Tersengih Radhea. Fait kembali memandang layar laptop. Radhea hanya memerhati aje. Mana suaminya nak pergi ni?
"Pergi Itali nak?"
"Hah?"
"Pergi itali nak tak?"
Radhea berfikir sebelum mengangguk laju. Fait mengangguk kemudian sebuah butang yang berada pada papan kekunci ditekan.
Dia senyum manis. Radhea menghembus nafas panjang kemudian bangun.
"Bosan lah hujung minggu ni. Keluar nak?" Ajak Fait. Langkah Radhea terhenti serta merta. Badan dipusingkan menghadap suaminya.
"Nak pergi mana?"
"Mana-mana aje. Asal tak bosan."
Radhea melabuhkan punggung di atas katil. Jari telunjuk diletakkan pada dagu, seakan-akan sedang berfikir.
"Pergi pantai nak? Saya dah lama tak pergi pantai." Cadang Radhea. Fait mengangguk.
Mereka terus bangun. Fait mengambil jaket berwarna hitam miliknya yang tersangkut dibelakang pintu. Radhea pula melilitkan tudung selendangnya di atas kepala.
Beg tangan dan telefon bimbit diambil. Fait sudah melulu keluar dari bilik bersama dengan kunci kereta miliknya.
"Nak pergi mana?"
"Pantai. Bosan aku duduk rumah lagi-lagi pandang muka kau." Balas Fait selamba. Memerah muka Fatin menahan amarah.
"Aku lagi bosan pandang muka kau. Hubby! Jom keluar! Bosan lah duduk rumah ni!" Kasut disarungkan, Fait mengejek setiap bait kata kakaknya.
"Hubby!" Panggil Fatin kuat.
"Ibu nak keluar pergi mana?" Celah Idhan. Fatin memusingkan bola matanya ke atas. Sibuk aje budak ni!
"Hubby! You tak dengar ke apa I kata ni?!" Lantang suara Fatin menyoal.
"Kenapa ni atin jerit-jerit? Bingit telinga papa dengar." Fatin memeluk tubuh. Kepala dipusingkan menghadap tempat lain. Wajah cemberut ditayangkan.
"Kenapa dengan dia?" Soal Tengku Fahrin ke cucu pertamanya.
"Entah."
"Pa, suami ucuk acam atin mana?" Kepala ditoleh kembali menghadap papanya.
"Keluar. Dia kata tadi nak main golf dengan kawan baik dia." Membutang mata Fatin. Kenapa dia tidak tahu langsung tentang ini?
"Ha Fait... Yang kamu tercongok depan pintu tu kenapa?" Soal Tengku Fahrin yang baru sedar anak keduanya berdiri membatu di hadapan pintu.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...