17!

39 3 0
                                    

SATU persatu kedai dimasuki. Selepas hampir semua kedai didalam pusat beli belah itu mereka masuk, akhirnya kedai makan menjadi kedai terakhir bagi mereka sebelum pulang ke rumah. Beberapa beg kertas yang berisi barangan yang baru dibeli diletakkan di atas meja.

Hari ini Fait dan Radhea mengambil cuti untuk meluangkan masa. Radhea menghembus nafas keluar. Fait melambai tangan ke arah seorang pelayan.

Seorang pelayan menghampiri meja mereka. Wajah pelayan itu ditutupi dengan topi berwarna hitam. Sepasang suami isteri itu langsung tidak dapat melihat wajahnya.

'Fasal dia pakai topi? Boss dia tak marah ke pakai topi waktu kerja? Dah lah tutup muka. Takut pula kita.' gumam Radhea dalam hati. Dia pandang pelayan itu atas bawah.

"Kenapa sayang pandang dia macam tu?" Tegur Fait. Terhenti tingkah laku Radhea. Dia terus menggaru kening dan memandang Fait sambil tersengih.

Pelayan itu mula berdehem. Sebuah pen dan buku dikeluarkan. Pen bernari-nari di atas kertas mencatat apa yang dipesan oleh suami isteri itu.

Usai pesanan diambil. Pelayan tersebut terus berlalu pergi tanpa meminta izin. Suara dia pun langsung mereka tak dengar. Dia hanya mengangguk dan mencatat sahaja pesanan mereka.

"Tu pelayan ke? Aneh aje? Boss dia tak marah ke kalau layan pelanggan macam tu?" Soal Radhea Fatiha bertubi-tubi. Rasa marah juga dalam hatinya dengan sikap pelayan itu.

Dalam mulut ada emas ke sampai tak mampu cakap? Dah lah pakai topi, langsung tak nampak muka!

"Entah lah sayang," Radhea mencebik kecil.

Apron, topi, buku dan pen dicampakkan ke atas meja. Tubuh dihempaskan di atas sofa sambil tertawa sinis. Wajah suami isteri itu memenuhi dalam kotak fikirannya.

"Apa sebenarnya yang kau nak dari diaorang?" Soal seseorang tiba-tiba. Pudar terus senyuman diwajah wanita itu.

Wanita itu berdiri. Tubuh lelaki yang bersandar pada dinding dipandang tajam. Lelaki itu memandangnya dengan wajah sinis. Kaki melangkah mendekati si wanita. Tangan memeluk tubuh.

Jarak diantara mereka hanya satu meter. "Kau ikut aku?" Soalnya. Lelaki itu berfikir panjang sebelum mengangguk laju. Tanda betul.

Dari dua hari yang lepas dia mengikori wanita itu. Si wanita yang tidak habis memerhati sepasang suami isteri yang amat dikenalinya itu menjadi tanda soal didalam fikirannya.

Setiap gerak geri wanita itu semua dalam pantauannya. "Kenapa kau ikut aku?"

"Dan kenapa kau ikut diaorang? Kau kenal ke diaorang?" Dia pula bertanya tanpa menjawab soalan wanita itu.

"Aku kenal Fait je, yang perempuan selalu dengan dia tu aku tak kenal. Yang aku tahu tu isteri dia." Terang wanita itu. Dia pula memeluk tubuh.

Lelaki itu melabuhkan punggung di atas sofa. Kaki disilangkan sambil memandang si wanita yang berdiri melihatnya dengan pandangan yang tajam setajam pisau.

Riak muka lelaki itu tenang. Setenang air. "Kenapa kau ikut aku?" Soalan yang sama dilontarkan.

"Saje. Oh by the way, kenapa eh kau ikut diaorang tu? Kau ada apa-apa hubungan ke dengan jantan tu?"

"Kau cakap macam kau benci dekat dia."

"Memang aku benci." Membutang mata wanita itu. Kenapa lelaki dihadapannya itu membenci Fait?

"Apa hubungan kau dengan jantan tu?" Soalan yang lebih kurang sama diajurkan semula.

Wanita itu hanya berdiam diri. Anak mata menusuk tajam ke dalam anak mata lelaki dihadapannya.

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now