7!

77 6 0
                                    

"Selamat pagi kak dhea!" Sapa Diana. Pekerja setia butik milik Radhea. Beg tanganya berwarna coklat diletakkan di atas kaunter.

"Selamat pagi Diana. Lambat harini datang? Selalunya sebelum pukul lapan lagi awak dah ada,hari ini lambat pula." Tersengih Diana memandang majikannya. Beberapa kertas yang berselerak dikumpul lalu diletakkan di dalam satu fail bersaiz 40×40.

"Suami saya muntah-muntah pagi tadi,sebab tu dia hantar lambat sikit," jawab wanita itu. Diana baru sahaja berkahwin dua bulan yang lepas walaupun usinya yang baru 21 tahun. Usia muda seperti itu tidak menjadi pengahalang untuk dia berkahwin, keluarga Diana dan suaminya juga galakkan mereka berkahwin daripada menjalinkan hubungan yang haram.

"Ish ish Diana, suami awak makan apa sampai muntah-muntah?" Soal Radhea Fatiha. Terkebil-kebil kelopak mata Diana dengan persoalan Radhea.

"Erk...Dia tak makan pun dari semalam. Saya dah suruh makan dia tak nak makan. Dia kata tak selera nak makan,kepala pun asyik pening-pening aje kebelakangan ni." Luah Diana. Melopong mulut Radhea Fatiha mendengar luahan pekerjanya.

"Tak bawa dia pergi klinik?" Pantas Diana menggelengkan kepala.

"Dia kerja ke harini?" Soal Radhea. Diana menggeleng lagi. Tudung bawal dilipat sedikit.

"Awak cuti ajelah hari ni,bawa suami awak tu pergi klinik." Membulat mata Diana dengan arahan yang diberikan oleh Radhea. Cuti?

"Tapi-"

"Tak ada tapi-tapi diana. Awak pergi aje, biar saya dengan maysarra yang jaga butik ni." Arah Radhea lagi. Diana mengangguk. Hatinya juga rasa serba salah. Beg tangannya diambil,belum sempat dia ingin melangkah Radhea menghalangnya.

"Ops! Kesian nanti suami awak nak drive apa segala,saya aja yang hantar awak balik and pergi klinik harini." Tidak berkelip mata Diana. Lagi tambah rasa serba salah dalam dirinya. Kepala digelengkan lagi.

"Tak apa lah kak-"

"Tak ada apa-apa. Jom." Tangan Diana ditarik pelahan. Kunci kereta miliknya diambil bersama beg tangan.

"Maysarra! Jaga butik ni!" Arah Radhea Fatiha. Seorang gadis keluar dari satu bilik berhampiran dengan kaunter. Dia tersenyum manis.

"Ok. Kau nak pergi mana?" Tanya Maysarra. Rambut yang terjuntai diselitkan pada belakang telinga.

"Aku nak pergi klinik," jawab Radhea Fatiha lembut.

"Siapa sakit?"

"Suami Diana." Maysarra mengangguk laju. Buat suspen ajelah Radhea Fatiha ni.

"Jaga kedai tau,nanti aku belanja kau donat coklat." Tersenyum lebar Maysarra. Bukan susah Radhea Fatiha nak belanja orang. Selalu aje dia belanja pekerjanya dengan makanan kegemaran mereka. Beruntung betul bakal suami Radhea dapat isteri yang baik hati ni.

Radhea Fatiha menarik lembut lengan Diana keluar dari butik miliknya. Kereta honda didekati lalu mereka membuka pintu dan masuk ke dalam perut kereta. Enjin dihidupkan,kenderaan pacuan empat roda itu keluar bergerak menuju ke rumah milik Diana.

"Dia pregnant?!" Radhea Fatiha mengangguk. Senyuman manis terukir dibibirnya. Donat coklat diambil lalu dimakkan.

"Aku pun terkejut tadi. Tapi tulah,dia yang pregnant suami dia pula yang dapat alahan." Radhea tergelak kecil. Dahi dipicit pelahan.

"Uishh! Dia umur 21 dah jumpa jodoh,kita yang 25 ni bila?" Soal Maysarra. Anak Mata biru Radhea menjeling tajam ke anak mata coklat milik Maysarra. Bantal yang berada disebelahnya dibaling tepat pada muka gadis itu.

"Kau kenapa?!" Lantang suara Maysarra menyoal. Sisa coklat yang terkena pada pipinya dibersihkan menggunakan tisu. Radhea menayangkan muka selambanya.

"Dhea,nanti..."

Fait Lutfan:Protective husband Where stories live. Discover now