Tepat jam 6 petang. Semua tetamu sudah beransur pulang. Aira Imani mendekati sekumpulan jejaka yang sedang berborak rancak. Riuh dewan itu dengan suara mereka.
"Hai!" Sapa Aira Imani. Pandangn Tengku Rayyan dan Ivon Daran teralih pada Aira Imani. Tersipu-malu gadis itu apabila dipandang walaupun sebenarnya dia ingin Fait Lutfan yang memandangnya bukan mereka berdua.
"Waalaikumusalam." Sindir Keempat-empat jejaka itu. Tersentak juga Aira Imani dengan sindiran daripada mereka.
"Eh it,kau! Dendam gila aku dengan kau ni!" Teriak Zaid Aiman dari jauh. Fait menghela nafas pelahan. Comfirm kena bebel ni!
"Kau janji pagi! Masa sanding baru kau sampai!" Marah lelaki itu. Naik merah mukanya. Fait Lutfan tersenyum nipis sebelum dia bersalam dengan lelaki itu.
"Pukul 11? Pagi kan?"
"Haah ye,pagi. Maksud aku tu,pagi pukul 7!"
"Pukul 7 baru aku nak bertolak." Jawab lelaki itu dengan lembut dan tenang. Terbeliak mata ketiga jejaka yang berada disitu. Anak mata Zaid Aiman menikam masuk ke dalam anak mata Fait Lutfan.
"Awak!" Lengan Zaid Aiman dipeluk erat. Riak wajah Tengku Rayyan dan Ivon Daran seakan menyampah. Aisha Viana dan Radhea Fatiha berjalan mendekati mereka. Ace Aldric tersenyum riang apabila melihat wajah ceria isterinya.
Alahai comelnya mak buyung sorang ni jalan!
Aira Imani yang sudah lama berdiri di situ tidak dihiraukan. Masing-masing sibuk dengan isteri dan kawan baik mereka. Ain Imani mula panas hati apabila kehadirannya langsung tidak dilayan.
"Assalamualaikum korang! Eh, awak siapa? Saya tak nampak pun sejak pagi tadi." Tanya Aisha Viana. Pandangan semua teralih pada Ivon Daran. Berkerut dari mereka dengan persoalan daripada Aisha Viana.
"Aik princess,takkan tak kenal Ivon?" Tanya Ace Aldric. Pantas Aisha Viana menggeleng laju. Jarinya ditundikkan pada Ivon Daran.
"Bukan Ivon,tapi perempuan dekat belakang Iv tu." Ujar wanita itu. Ivon pantas mengelak. Susuk tubuh seorang gadis dipandang atas bawah. Kaku gadis itu apabila mereka memandang dirinya dengan wajah berkerut.
"Patutlah tak nampak,kecik sangat macam kuman." Sindir Ain Zahrah. Tergelak kecil Zaid Aiman mendengar sindiran isterinya. Aira Imani memusingkan bola matanya ke atas, dia tidak terasa langsung dengan sindiran dari sepupunya.
"Kuman pun tak mengaku kawan sayang." Sindir Zaid Aiman pula. Senyuman manis dihadiahkan kepada sang isteri. Aira Imani terus tertunduk malu akibat diketawakan oleh mereka semua. Tengku Rayyan menghembus nafas keluar lalu kedua belah tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Dia berjalan mendekati gadis itu dengan senyuman nakal.
"We know your behavior Aira Imani, your cousin told us. Be ready to warn us early on so that you don't behave as rudely as you do." Bisik lelaki itu ditelinga Aira Imani yang ditutupi selendang berwarna hitam.
"Aira pergi dulu,nak tolong angkat apa-apa barang yang patut diangkat." Pinta gadis itu. Aira Imani berjalan pantas keluar dari dewan tersebut. Tersenyum sinis Tengku Rayyan melihat gadis itu seperti ketakutan padahal dia tak cakap nak bunuh pun.
"He was afraid." Ucap Ivon Daran. Hidung yang tidak gatal digaru. Mereka tergelak kecil sebelum berhenti apabila mendengar tepukan gemuruh dari Aisha Viana.
"Ekhem. Zaid dah kahwin, awak berempat ni bila?" Tanya Aisha Viana. Terpinga-pinga Ivon mendengar soalan dari Aisha.
"Berempat? Kita orang tiga aje,mana datang lagi sorang?" Tanya Ivon Daran. Aisha Viana menepuk dahinya. Aduhai!
"Yang sorang di sebelah saya ni? Dia single juga." Terus anak mata mereka melihat figura gadis berpakaian baju kurung berwarna baby blue dikenakan dengan selendang berwarna putih. Ivon Daran dan Tengku Rayyan Zuair mengangguk pelahan. Terukir senyuman mengusik di bibir mereka.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...