"EXCUSE me, you're Ivon Daran right?" Tersentak Ivon dari lamunannya. Dia memandang figura dihadapannya dengan wajah berkerut.
Siapa dia ni?
"Ehm Hallo!" Tangan dilambai-lambai pada wajah Ivon. Ivon berdeham membuatkan wanita itu terkejut, tangan terus ditarik.
Ivon membetulkan kedudukannya sebelum memandang wajah wanita itu semula. Siapa pula dia ni? Macam mana dia kenal aku? Nak kata aku terkenal... tak juga. Akaun Instagram dan Tiktok aku pun nak berhabuk dah.
Muka diraup kasar. Wanita itu masih berdiri kaku di mejanya. Ivon menarik nafas kemudian hembus pelahan-lahan. Wajah wanita itu kwmbali ditatap.
"Who are you?" Soal Ivon. Anak mata mereka bertembung seketika sebelum wanita itu mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Boleh saya duduk?" Ivon diam seketika. Sedang berfikir.
"Duduk lah," putus Ivon. Wanita itu terus duduk, beg yang di sandang tadi diletakkan di atas riba.
"So, back to my question earlier. Who are you?" Wanita itu diam seketika. Mengambil nafas sebelum menjawab.
"Saya... Venna. Ivenna."
Ivenna?
Wajah Ivon kembali berkerut. Dia melepaskan keluhan sebelum memandang tajam ke wajah Ivenna.
"Macam mana kau tahu nama aku? Kita pernah kenal ke?" Pantas Ivenna menggelengkan kepala.
"Ini kali pertama kita jumpa dan kenal tapi saya dah kenal awak lama dah. Akak sepupu saya selalu cerita," lagi berkerut dahi Ivon. Dia berdehem buat kali kedua.
Siapa pula kakak sepupu dia ni? Maysarra ke? Atau Radhea? Tapi, semua sepupu Radhea aku dah kenal. Tak akan sepupu belah mama dia pula? Perempuan ni pun boleh tahan, gaya-gaya macam orang barat.
Wajah Ivenna dipandang lama.
'macam pernah nampak perempuan ni, tapi dekat mana?' gumam Ivon di dalam hati. Dia menggaru kening yang tidak gatal.
"Kenapa awak pandang saya macam tu? Muka saya comot ke? Ada kotor-kotor eh?" Soal Ivenna, dia gelabah mencari sesuatu di dalam beg sandangnya.
Cermin muka di keluarkan dari dalam beg sandang. Tangan kanan memegang cermin muka manakala tangan kiri memegang pipi. Tiada apa pun? Habis, kenapa dia pandang aku macam tu? Ke... Aku cantik sangat sampai tak teralih muka dia dari aku?
Ivenna mula senyum-senyum sendiri. Seperti kerang busuk. Cermin muka kembali di simpan.
"Aku macam pernah nampak lah kau ni, tapi lupa dekat mana."
"Me too, your face looks like a guy I saw in a night club in Italy," terjongket kening Ivon.
"At night a woman fell on the rooftop of the club and there were two men there and one of them looked like you. But a little..." Dia menjilat bibir seketika.
"... I couldn't see very clearly because I was covered by the light of the street lamp there." Sambung Ivenna lagi. Ivon mengangguk.
Sekejap? Dua orang lelaki di atas rooftop selepas seorang perempuan jatuh dari situ? Kenapa sama seperti kejadian yang berlaku semasa dia dan Tengku Rayyan masih berada di Itali?
Ivon kembali memandang Ivenna dengan wajah berkerut. Tak akan budak ni ada dekat situ masa hari kejadian?
"Kenapa awak pandang saya macam tu dari tadi? Muka saya tak ada apa-apa pun kan?" Soal Ivenna mula bengang apabila Ivon memandangnya sebergitu sejak tadi.
YOU ARE READING
Fait Lutfan:Protective husband
Random•Karya pertama ciknatiya (Cerita tak lengkap.) Radhea Fatiha × Fait Lutfan Kisah cinta yang bersambung kembali selepas sekian lama. Pertemuan buat kali kedua di majlis kahwin sepupu Radhea dan kawan baik kepada Fait. "Saya suka awak-" "Find another...