Bab 9 : Bogel

11K 45 0
                                    


Ppang!

Belum sempat Mina cuba melepaskan diri. Dia mula ditampar dan ditarik rambut oleh enam orang pembantu rumah.

"Tolong!!" Mina mula meronta.

Puan Rohana memeluk tubuh tergelak.

"Dasar betina jalang. Lepas kau dah aniaya anak aku. Kau tuntut duit pulak? Rasakan!" Puan Rohana mencekak pinggang.

Pprak!

Baju pengantin dikoyakkan pembantu rumah. Badannya diterajang sana sini.

"Khairi! Tolong!" Mina menjerit memanggil suaminya yang tidak muncul.

"Lepaslah!" Mina bertindak menampar salah seorang pembantu yang mengoyak pakaiannya.

Pembantu rumah itu mula mencapai pisau pemotong dan gunting lalu memotong cebisan baju pengantinnya di bahagian belakang.

Mina mula menangis apabila mereka tergelak mengenakannya.

Baju pengantin yang dirobek itu ditarik kasar sehingga terlucut semuanya.

"Kena lah dengan kau pelacur! Alang-alang kau tak malu kahwin dengan anak aku lepas buat macam-macam. Aku rasa mesti kau tak malu jugak kalau kami bogelkan kau." Puan Rohana mengherdik.

Mina menutup dadanya yang terdedah. Tubuhnya juga dilindung dengan tangan sendiri. Dia menangis kerana diaibkan.

Dia berada di tengah-tengah manakala mereka mengelilinginya sambil menghina.

"Humban dia luar rumah! Aku taknak serumah dengan perempuan tak ada maruah macam dia. Biar tukang kebun..orang lalu lalang semua tengok..kau ni perempuan murah! Boleh dibeli wang ringgit." Puan Rohana mengarah.

Pembantu rumah itu mula mengheret tangan Mina untuk dihumban keluar namun Mina menolak.

"Tolong! Sesiapa pun tolong!!" Jerit Mina masih menutup tubuh bogelnya dengan badan.

Bunyi pintu utama yang terbuka menarik perhatian mereka.

Khairi bersama Qush mengatur langkah kedalam rumah namun terhenti setelah melihat Mina sedang bergelut dibuli pembantu rumah dan emaknya.

"Khairi. Tolong. Mak awak cuba sakitkan saya." Mina menolak semua pembantu rumah lalu berlari memeluk lelaki itu.

"Mak nak ajar perempuan ni. Biar dia beringat!"Puan Rohana berdehem. Qush menurunkan pandangan sebaik saja sedar perempuan itu tidak berbaju.

Khairi mengalihkan pandangan kearah Mina yang mencerlung tajam kearah emaknya.

°°°°

"Saya taknak serumah dengan mak awak. Tadi dia cuba bogelkan saya depan semua orang. Dia kata saya perempuan murah! Saya..isteri awak sendiri." Pinta Mina yang memakai baju t-shirt labuh.

Khairi hanya terdiam mendengar kritikan Mina.

"Awak tak nak buat apa-apa ke?!" Protes Mina.

"Kau sedar tak. Kau ni perempuan tak bersyukur." Kata Khairi selamba.

Mina tidak percaya. Lelaki itu membela perbuatan emaknya?

"Apa sebab awak cakap macam tu?" Mina tidak puas hati.

"Bukan setakat tak bersyukur. Tapi kau ni perempuan murah. Tak tahu malu. Tak ada maruah." Tambah Khairi lagi mengiyakan hinaan emaknya sambil mencapai novel yang ditulisnya.

Mina berundur apabila lelaki itu mendekatinya. Lelaki itu masih marah kepadanya kah?

"Kau tahu tak novel kat tangan aku ni. Laris dijual. Aku rasa aku kena terima kasih la dekat kau sayang. Kau suka kan baca novel aku dulu?" Khairi memegang pipi Mina.

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now