"Aku kat mana ni? Siapa kau hah!" Pia menjerit. Tak tahu dirinya di mana setelah diculik beberapa orang lelaki.Matanya ditutup dan diikat kain hitam. Tidak tahu keberadaan dirinya. Seperti orang buta dia cuba mencari klu tempat dia berada.
Terasa angin menderu yang kuat menyisir rambutnya.
"Tolong!! Sesiapa pun!" Jerit seorang lagi.
Pia yang terdengar suara Aireen tersentak.
"Ai-reen?" Panggil Pia terkejut.
"Apa yang kau nak dari kami hah! Tolong!!" Suara Sofea pula bergema.
Pia mula celaru. Mereka juga turut ditangkap sepertinya kah? Hanya kegelapan menjadi santapan mata dia mencari suara itu.
Lengan Amina ditarik kasar. Kakinya lemah melangkah. Mina memandang hutan sekelilingnya. Bukankah hutan ni hutan di belakang sekolah asramanya?
"Kenapa awak bawa saya ke sini?" Mina bertanya.
"Nak main game lah. Bukan ke kau suka main game." Kata Khairi selamba setelah mereka turun dari kereta sedan.
Mina mengikuti jua segala langkah lelaki itu.
Langkahnya terhenti apabila sampai di tebing sungai yang berarus deras.
"Tempat ni?" Mina mula kehabisan kata. Dia sangat ingat akan tempat ini. Tempat yang memulakan segalanya.
"Takkan tak ingat? Tempat kawan-kawan kau habiskan semua permainan bodoh tu." Khairi tergelak kecil.
Mina tidak faham akan lelaki itu. Dalam setiap tawanya pasti dia akan menyakitinya.
Jantungnya bagai mahu berhenti berdenyut melihat kawannya berada di tepi tebing. Mata mereka ditutup kain hitam. Tangan dan kaki diikat. Mereka mencari-cari dalam kegelapan seperti orang buta.
Kawan-kawan Andika turut berdiri bersebelahan kawan-kawannya. Turut diikat mata dan kaki.
Chong dan gengnya turut berdiri di sisi Khairi. Mina mula mengetap bibir marah.
"Apa awak nak buat kat diorang ni!!" Mina menggoncang bahu lelaki itu kuat. Dia mula menggigil. Jika setapak kawannya berundur mereka akan jatuh dalam arus sungai yang deras itu.
"Main game la. Seronok tau." Khairi mula tergelak besar.
"Tolong!! Tolong jangan apa-apakan saya. Saya ada anak kecil di rumah. Siapa pun kat sana. Tolong jangan apa-apakan kami!" Jerit Haziq mula melutut risau akan nasibnya.
"Qush..ambik jap." Khairi menghulurkan tangan.
Qush menghulurkan senapang ke tangan majikannya.
Mina mula meraung dan menangis tidak sanggup. Lututnya mula lemah sehingga dia rebah terduduk melutut. Dadanya berdebar bagai nak gila.
"Tolong! Jangan buat macam ni!" Mina memeluk kaki lelaki itu merayu agar kawannya tidak disakitkan.
"Aih game tak mula lagi dah menangis." Kata Khairi mengisi peluru dalam senapangnya.
Muncung senapang itu lalu dihalakan ke kepala Mina.
"Aku nak kau pilih. Nyawa kau atau nyawa semua geng tak guna kau." Khairi memberi dua pilihan.
Air mata Mina berlinangan. Dia masih menangis.
"Shit. Banyak drama la kau ni. Cepatlah pilihan di tangan kau. Hidup kau hanya sekali saja." Khairi masih menguji Mina.
"Qush. Kau gi buka kain kat mata perempuan yang berdiri kat tengah tu sekarang" Arah Khairi.
Kain hitam yang menutup mata Pia dibuka. Matanya berair memandang Mina. Dia sudah agak lelaki ini mempunyai niat jahat terhadap mereka.
YOU ARE READING
Dear Dictator [Completed] ✅
Romansa[KARYA KEDUA] Language : Malay Fat and naive boy, Khairi is trapped in dangerous game which leads Mina,a popular girl and queenbee dared to be in relationship with him for one month. Khairi is deeply in love with Mina but when situation takes a tu...