Bab 33 : Acute Liver Failure

1.8K 53 2
                                    

"Mina!" Panggil Khairi. Lengan Mina ditarik. Perempuan itu masih belum sembuh namun tetap melangkah payah.

"Lepas!" Mina merentap tangannya kembali.

"Kita tak perlu buat macam ni! Kau- kau belum sembuh Mina!" Lelaki itu mempersoalkan tindakan Mina yang bertindak melulu ke makhamah syariah.

Mina tergelak sinis. Air matanya mengalir. Emosinya bercampur baur.

"Tak puas lagi nak perbodohkan saya? Upah orang tu orang ni nak sakitkan saya. Puas dah sekarang ketawa guling-guling tengok saya merayu? Manusia jenis apa awak ni hah?" Mina meluah.

Hatinya remuk. Lelaki itu sanggup mengambil kesempatan diatas kesusahannya. Memijak maruahnya sehingga dia dihina satu dunia.

Khairi menghela nafas panjang. Dia juga mempunyai sebab! Dia tidaklah zalim menganiaya orang lain.

"Aku balas sebanyak mana yang aku terima. Apa yang kau rasa sekarang ni. Rasa tulah yang aku rasa masa kau khianati aku." Balas Khairi sedikit dingin.

Pahit tapi itulah hakikatnya.

Mina tersentak. Bukankah dahulunya dia dicabar untuk berpura-pura menyukai Khairi yang dijauhi semua orang. Tersedar Khairi turut melakukan perkara yang sama. Mengupah Izreen untuk menjadi orang ketiga untuk melukainya.

Begitulah situasinya dahulu dia dicabar untuk menyakiti Khairi.

Matanya berkaca menatap Khairi.

"Awak dah dapat apa yang awak nak. Pergilah. Lepaskan saya." Mina kembali ke realiti.

"Tak boleh. Belum tiba masa untuk aku lepaskan kau." Khairi masih berkeras dengan keputusannya.

"Saya dah sakitkan awak. Saya tak ada apa-apa Khairi. Saya bekas juvana. Harta pun saya tak ada. Saya cuma ada mak ayah saya yang dah tua. Awak carilah yang setaraf dengan awak. Maaf saya tak boleh." Suaranya melirih.

Khairi terdiam. Masih teringat akan kata mereka untuk sebolehnya berdamai dan berbincang sebelum membuat kata putus untuk bercerai.

Mina begitu nekad untuk berpisah dengannya.

"Kita cuba dulu. 30 hari. Kalau dalam 30 hari kau masih nak bercerai. Aku akan pertimbangkan." Khairi cuba memujuk Mina.

Mina akhirnya mengalah melihat lelaki itu begitu terdesak tidak mahu melepaskannya.

°°°°

Sudah tiga minggu berlalu, Mina masih mengasingkan diri didalam bilik. Pembedahan itu berjaya. Ibunya berjaya diselamatkan dan kini kian pulih dek hati baru miliknya.

Parut jahitan yang masih segar dilirik dengan jarinya. Air matanya jatuh.

Hatinya terlalu sakit tatkala teringatkan Khairi mencipta segala penipuan sehingga melukainya, menjatuhkan maruahnya dan mengkhianatinya.

Kesalahan yang sesiapapun sulit untuk maafkan iaitu pengkhianatan.

Dia juga pernah mengkhianati lelaki itu suatu masa dahulu. Apa beza dirinya dengan lelaki itu?

"Mina?" Panggil lelaki itu dari luar bilik tidak putus asa memujuknya.

Mina masih membisu. Air matanya terus menerus mengalir.

"Uhuk." Dia mula terbatuk kecil. Dadanya perit. Batuk itu mula bertukar keras.

Dadanya sesak. Kepalanya mula sakit bercampur pusing. Dia mula mual. Laju kakinya melangkah ke bilik air.

Secara spontan Mina termuntah.

Hatinya bergoncang kuat melihat isi muntahnya. Bukan isi makanan seperti muntah biasa tetapi..

Darah!

Mina masih terbatuk deras. Tangannya bergetar memegang darah penuh di mulutnya.

Anaknya!

Cepat-cepat dia memegang perutnya yang kian membuncit. Rasa gusar mula menggila. Dia mula teresak menangis.

"Khairi." Mina mencari. Kakinya longlai. Dadanya mula sakit. Pedih yang luar biasa di sekitar hati.

Mengapa hatinya terus menerus sakit? Bukankah doktor mengatakan pembedahan itu berjaya?

Dia cuba berdiri. Gagal. Spontan dia terus memuntahkan darah. Hidung dan mulutnya penuh dengan darah.

Ketukan bertalu-talu tidak berbalas. Khairi cuba membuka tombol pintu yang berkunci menggunakan kunci pendua.

Kelibat Mina dicari namun tidak berjumpa. Matanya fokus pada pintu bilik air yang tertutup.

"Mina?!" Khairi memanggil. Pintu bilik air itu berkunci. Lelaki itu mengintai di celah bilik air.

Hatinya mahu luruh melihat darah yang banyak.

"Mina!" Pintu bilik air itu dirempuh namun gagal kerana berkunci dari dalam.

Mindanya mula bercelaru. Dia gelisah. Panik dan tidak tentu arah.

Bagaimana jika Mina dan anaknya pergi meninggalkannya?

Ketukan pintu bilik air masih bertalu-talu tanpa henti.

Mata Khairi berkaca. Buat pertama kali dia menangis untuk Mina. Dia pernah berjanji bahawa dia takkan menitiskan air mata untuk perempuan itu lagi semenjak peristiwa dahulu.

Dia telah lama mematikan rasa dan menawarkan hatinya untuk Mina.

Kali ini dia kalah. Pintu diketuk kuat bertalu-talu memanggil Mina dengan nada yang kuat. Lelaki itu melekapkan mukanya ke pintu bilik air itu.

Tangisannya masih belum berhenti.

Mina yang mendengar dari luar tidak mampu berbuat apa. Dia terbaring lemah memandang siling. Mulutnya terus menerus mengeluarkan darah merah pekat. Tangannya memegang perutnya berharap anaknya tidak mengalami apa-apa komplikasi.

Air matanya turut jatuh mendengar rintihan lelaki itu.

°°°°

Doktor mengeluh panjang. Dia juga serba salah untuk menjelaskan pada Khairi.

"There is some complication and we are informed there is minor mistake in her surgery. There is infection in her liver as a result of previous transplant surgery and this cause rapid and severe deterioration of liver function. Unfortunately this condition are life threatening." Ujar doktor itu secara terperinci.

"Jangkitan kuman di hatinya menyebabkan fungsi hatinya merosot dalam masa yang singkat dan nyawa Mina dalam bahaya." Ujar doktor itu apabila Khairi terpinga-pinga cuba memahami ayat doktor itu satu persatu.

Khairi terngadah. Mina kini sedang bertarung nyawa. Lelaki itu perlahan menitiskan airmata.

"Ada cara lain ke untuk selamatkan dia. Berapapun kosnya. Saya tak kisah. Asalkan dia selamat." Khairi masih berharap.

Doktor itu membisu teragak-agak.

"Hanya ada satu cara. Isteri Cik memerlukan hati baru. New transplant surgery." Ujar doktor itu.

Khairi termangu. Hati baru? Siapa yang akan mendermakan organ kepada isterinya?

"Dan mungkin akan ambil masa yang lama kerana perlu ikut giliran untuk pembedahan pemindahan organ. Kesesuaian dan padanan organ turut diambil kira."tambah doktor itu lagi.

"Hatinya rosak dalam kadar yang cepat. Kita perlukan pembedahan segera." Doktor itu menekankan lagi keseriusan diagnosisnya.

Khairi mula bingung. Bagaimana lagi caranya? Organ dari orang lain? Dalam jangka masa tiga tahun belum tentu giliran Mina untuk menerima organ yang didermakan oleh orang lain.

"Doktor. Saya akan dermakan hati saya." Khairi menetapkan keputusannya.

"Berdasarkan CT-scan. Hati isteri cik sudah rosak sebanyak 70%. Maka jika isteri cik kehilangan fungsi hatinya secara total. Kami terpaksa pindahkan seluruh hati Encik pada isteri Cik dan encik tak dapat diselamatkan." Maklum doktor itu.

"Saya setuju." Khairi bingkas setuju. Jururawat mula mendapatkan borang kebenaran pendermaan organ. Dia berdoa agar hatinya dan Mina berpadanan.

Asalkan Mina selamat. Dia sanggup berbuat apa saja. Walaupun perlu menggadaikan nyawanya sendiri.

-

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now