Bab 19: Prom Night

2.3K 41 8
                                    


Kolar Izham diperbetulkan Izreen. Suka benar dirinya apabila memandang suaminya memandu kereta mewah.

"Awak pasti nak buat semua ni?" Izham berbisik kepada Izreen.

"Yep. Tahan sikit je. Cuma sebulan. Duit pun dapat!" Izreen berbisik kembali.

"Bukan saya tak setuju. Awak sedar tak kita sekarang ni macam cuba meruntuhkan rumahtangga orang!" Izham serba salah. Sekejap dikerling kearah Khairi yang leka bermain telefon melalui cermin papan pemuka.

"Awak tak tahu ke apa perempuan tu pernah buat kat sepupu saya! Saya cuma tolong ajar perempuan tu je?!" Izreen mempertahankan diri.

Dia buat semua demi masa depan dirinya dan suaminya! Hidup kalau tiada duit sesak rasanya.

Khairi membuang pandang ke luar mengelamun. Mindanya melekat pada Mina.

"Dah buang tebiat ke nak buat prom?"

"Tak tuan. Saya teringin nak pergi prom. Dulu sekolah kita mana ada prom. "

Khairi menggeleng kepala apabila teringat akan alasan Qush yang mengadakan prom secara mengejut.

Qush, pengawal peribadinya merangkap kawannya ketika di sekolah khas dulu.

"Izham tak kisah kan kalau saya bagitau satu dunia pasal Izreen dan saya." Soal Khairi berhati-hati.

"Tak tuan."Izham menggeleng. Senyuman pahit diukir. Sakit hati juga rasa.

"Kau jangan risau lah. Aku tolong kau malukan perempuan tu malam ni." Izreen tergelak. Gincu dioles sambil melihat cermin papan pemuka.

Khairi menahan gelak. Tak sabar mahu melihat riak cemberut Mina nanti.

°°°°

"Gosh. Isn't it too booby? Kau pakai dress putih dan sayap? Malaikat apa duh pakai seksi camni." Pia memberi komen melihat Mina atas ke bawah.

Dress off shoulder itu menampakkan lurah dadanya yang jelas.

"Well. Macam malaikat kan? Angel sluts." Mina tergelak menayangkan lurah dada.

Pia turut tergelak. Dia hanya mengenakan dress hitam labuh. Ballroom diperhati. Pandai betul Qush memilih tempat untuk prom. Lampu warna warni menyinari pandangannya.

Ruang ballroom itu dipenuhi gelak tawa dan perbualan remaja mahupun lelaki dan perempuan yang memakai busana dan pakaian yang indah belaka.

"Mana kau dapat duh orang ramai cenggini?" Soal Pia pada Qush. Qush yang sibuk menepis rabaan perempuan yang cuba mengurat cepat-cepat menuju kearah Pia.

"Tah la. Iklankan kat media sosial. Tak sangka ramai datang." Qush mengangkat bahu.

Mina dan Pia saling berpandangan teruja. Semenjak dimasukkan ke dalam juvana, mereka tidak pernah merasa festival sebegini.

Bunyi sorakan dari orang ramai menarik perhatian Mina.

"Weh Khairi dan.. si gemuk tu?!" Pia ternganga melihat. Bahu Mina ditepuk.

Riak wajah Mina bertukar masam melihat Izreen yang berpelukan dengan Khairi. Mula cemburu ketika lelaki itu melayani perempuan itu sangat baik.

Tidak seperti dirinya yang saban hari direndahkan dan dihina.

Izreen melambai kepada orang ramai dan menyambut bunga dari orang ramai. Lagaknya seperti isteri sah.

"Ish!" Mina menghentakkan kaki tak suka lalu berpaling dan duduk jauh dari kerumunan itu.

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now