"Goyang lagi bontot tu!" Mina menahan rasa geli hati. Dia merakam tarian Hana menggunakan lagu di Tiktok.
"Work work work." Hana tergelak suka sambil menyanyi lagu Rihanna yang diputarkan lalu menggoyangkan bontotnya apabila dirakam.
"Hei hei. Shhh. Nanti ayah Hana dengar cam mana? Kita buat trend lain nak? Lagu chipi chipi chapa chapa?" Soal Mina mencuit pipi budak perempuan itu.
"Nak chipi chipi chapa chapa!"Hana mengangguk suka.
Mina tersengih. Amah yang menyiram pokok bunga di luar rumah hanya tersenyum lalu menggeleng kepala.
Sejak Mina menjadi pengasuh Hana. Budak kecil itu sedikit sebanyak berubah. Jika dulu banyak berdiam diri dan bermain keseorangan.
Kini Hana banyak tersenyum dan banyak bercakap. Tidak muram seperti dahulu selepas kehadiran Mina.
Izreen yang mengintai gelagat mereka melalui tingkap memandang sekilas kearah Khairi yang memerhati tingkah Mina dan Hana.
"Perempuan tu makin kau larang makin melampau!" Izreen mendengus.
Khairi juga menahan rasa. Mengapa perempuan itu kerap mengingkarinya dan terus menerus menonjol diri.
"Kau taknak uruskan dia ke? Ke kau nak aku buat." Izreen menjeling kearah Mina.
"Tak payah. Biarlah diorang. Selagi tak ada apa-apa terjadi. Biar je dia dalam dunia dia." Khairi memerhati Mina yang mendukung lalu mencium pipi Hana berulang kali.
"Tch. Betul ke dia taktau Hana tu anak dia? Sayang betul dia kat budak tu." Izreen membangkitkan persoalan.
"Aku tak rasa. Kalau dia tau..dah lama dia akan larikan Hana." Khairi teringat akan Mina yang nekad mendapatkan anaknya semula empat tahun lalu hingga kemalangan itu berlaku.
Izreen berdecit lalu beredar pergi ke dapur.
"Makcik! Hana suruh makcik menari jugak hahaha!" Mina menjerit riang. Hana turut ketawa.
"Menari macam mana Hana?" Mina mencuit dagu budak itu.
"Cenni." Hana menari seperti kucing didalam video Tiktok yang ditunjukkan Mina.
Amah itu tergelak melihat mereka.
"Sudah-sudah. Bawa Hana tu masuk mandi. Habis kotor kaki." Amah itu menyiram mereka sekilas dengan air melalui getah paip.
"Ish makcik ni! Basahlah!" Mina menghentak sebelah kaki.
"Nak andi (mandi)." Minta Hana berlari menarik hujung baju amah itu menunjuk kearah getah paip itu.
Amah itu mula meletakkan ibu jari di muncung getah paip lalu menyembur air kearah mereka.
"Aunty! Ujan!" Hana tergelak suka lalu melompat kecil. Mina mendapatkan Hana lalu mendukung budak itu.
Khairi tersenyum melihat mereka. Sudah lama dia tidak melihat Mina tersenyum. Mina kelihatan naif dan bahagia tanpa sebarang masalah.
Mina yang dihadapan matanya persis Mina zaman persekolahan dahulu. Dia masih teringat akan gelak tawa Mina bergurau senda bersama kawan-kawannya.
Mina mendongak keatas lalu meraup wajahnya yang basah. Seketika matanya bertemu mata lelaki itu.
"Hana..tu papa Hana! Lambai cepat!" Mina mencuit lengan Hana yang memicit getah paip.
"Bye!!" Mina mengangkat tangan Hana yang mendongak memandang kearahnya.
Khairi tidak membalas. Sekali pandang Hana dan Mina. Persis kembar. Hana tidak mewarisi satu pun dari cirinya.
YOU ARE READING
Dear Dictator [Completed] ✅
Romance[KARYA KEDUA] Language : Malay Fat and naive boy, Khairi is trapped in dangerous game which leads Mina,a popular girl and queenbee dared to be in relationship with him for one month. Khairi is deeply in love with Mina but when situation takes a tu...