Bab 61: Hujan

1.4K 45 2
                                    


Dahi Hana yang ditampal kain kasa diusap.

"Sakit lagi ke?" Mina memeluk erat Hana.

"Akit.." Hana mengangguk.

"Patutnya saya tak buat pelancaran tu dekat tempat awam macam tu. Patutnya saya boleh jangka benda ni akan terjadi." Mina mula menyalahkan dirinya. Kepala Hana diusap dan ditiup.

"Kalau bukan sebab Khairi..mesti semua dah berjalan lancar." Selit Danish mengapi-apikan.

Mina mengetap bibir. Marahnya belum pudar.

"Dah la Hana dah nak start tadika. Kalau dah dahi benjol macam ni..haih." rungut Mina.

"Mina! Mina!" Panggil ibunya.

"Ya mak? Kenapa?" Mina menyahut.

"Erm..kamu tengoklah sendiri. Ada orang kat depan rumah kita." Balas ibunya serba salah.

Mina mengangkat kening. Siapa pula yang ingin bertemunya malam buta sebegini?

"Mama..nak ikut." Hana mendepakan tangan.

"Meh. Nak dukung ke jalan?" Soal Mina.

"Dukung!" Hana menjawab. Mina menggeleng. Dah lima tahun pun masih nak didukung.

Hana diangkatnya. Mina berjalan keluar rumah. Danish menyaingi langkah mereka ke pagar rumah.

Bunyi loceng ditekan berkali-kali tanpa henti.

"Ya? Ada apa ya?" Pintu pagar dibuka.

Mata Mina terbuntang melihat Khairi dihadapan rumahnya.

"Mina..Hana okey?" Soal Khairi cuba memegang dahi Hana namun ditepis kasar Mina.

"Kau tak kenal erti penat ke? Ada apa kau datang rumah aku?" Rasa marah mula meluap tatkala melihat wajah lelaki itu.

"Aku ada belikan ubat." Balas Khairi mencari alasan untuk bertemunya.

"Kau ingat aku miskin sangat ke? Aku tahu macam mana nak jaga Hana. Kau tak payah risau." Mina cuba menutup pagar semula namun ditahan Khairi.

"Kejap! Kau ada tertinggal barang. Dulu. Sebelum kau keluar dari rumah kita." Lelaki itu masih belum berputus asa.

"Barang apa pulak?! Sengaja kan nak datang sini?" Mina malas melayan.

Khairi menyeluk poket. Cincin perkahwinan dikeluarkan.

"Cincin perkahwinan kita." Sebentuk cincin disuakan padanya.

Mina merenung cincin itu. Mula teringat akan masa lalu. Hatinya tersentuh. Matanya berair.

"Mina dah tak ada kaitan lagi dengan kau. Tak payah jumpa dia lepas ni. Baliklah. Kang benjol pula kepala anak orang kau buat." Danish cuba menghalau lelaki itu.

Khairi tidak menghiraukan Danish.

"Mina..maafkan aku. Aku bodoh sebab buat macam tu. Kalau lah aku boleh patah balik masa. Aku bersumpah akan jadi suami yang baik untuk kau. Aku takkan buang kau. Tapi aku ni betul-betul bodoh kan. Aku tak nampak usaha kau selama ni untuk aku." Khairi tidak berhenti memujuk. Suaranya melirih.

Hati Mina meruntun. Dia cuba mengawal riak muka. Tidak mahu menunjukkan rasa simpati.

Danish menjeling kearah Mina. Hatinya terbakar. Mina kelihatan mula lembut hati.

"Aku nak lawan untuk kau. Demi kita." Sambung Khairi lagi.

"Sudahlah. Tak payah. Dia bukan isteri kau. Kau dah tak ada hak. Lepas apa yang kau dah buat pada dia. Tak payah pujuk. Tak payah nak acah sedih sangat." Danish mencelah ingin melindungi Mina.

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now