Mina menyentuh bibirnya. Peristiwa semalam seakan berulang. Mindanya mula berkecamuk. Mengapa lelaki itu tidak biar sahaja jabatan agama menangkap mereka?Khairi tidak mahu kahwin dengan dia kah?
Mina mengetap bibir geram. Mengapa lelaki itu beriya menyentuhnya jika tidak mahu menikahinya?
"Kau okey tak ?" Soal Khairi setelah melihat Mina yang lama mendiamkan diri. Suasana didalam kereta sudah lama canggung. Hana pula tertidur pulas dalam kendongan Mina.
"Tak okey. Jangan cakap dengan aku. Takde mood." Ujar Mina lalu memeluk tubuh dan memusingkan tubuh.
"Lah marah pulak."Khairi mengangkat sebelah kening. Nak period ke perempuan tu? Emo semacam.
Ting!
Notifikasi mesej di telefonnya menarik perhatian Khairi. Dia membaca satu persatu bait-bait mesej itu.
Mesej yang dihantar ibu Mina dibaca lama. Khairi mengerutkan dahi. Stereng kereta digenggam kemas.
Mesej bercampur ugutan itu sedikit membuatkan dirinya tidak senang duduk.
"Kenapa ada siren polis depan rumah kau?" Mina yang leka memandang kearah luar menepuk lengan Khairi tatkala kereta meluncur mendekati rumah agam lelaki itu.
"Kejap." Khairi memberhentikan kereta. Pintu kereta dibuka. Dua orang polis peronda didekati. Kelihatan ibu Mina turut berdiri sambil berbincang dengan dua orang polis.
"Ada apa-apa ke?" Mata Khairi berhenti pada ibu Mina yang sudah menyinga.
"Macam ni cik. Kami ada terima laporan atas kes penculikan." Terang salah seorang polis disitu.
"Penculikan?" Khairi melopong.
"Dia culik anak saya cik. Tolonglah tangkap dia!!" Ibu Mina mula meracau dan melolong.
"Mina isteri-"Bicara Khairi kelu. Mina bukan isterinya lagi.
Keadaan mula haru-biru. Ibu Mina mula mengeluarkan kata-kata kesat.
"Mana anak aku? Kau buat apa kat anak aku?!!" Kolar baju lelaki itu dicengkam.
"Mak..apa ni?" Mina yang mendukung Hana muncul menarik Khairi ke belakang.
"Cik kena ikut kami ke balai-" lengan Khairi mula ditarik salah seorang polis disitu.
"Dia tak culik saya!!" Mina menidakkan lalu menghalang sesiapa pun dari mereka menyentuh bekas suaminya.
"Macam ni. Kami dah dengar semua penjelasan penuh dari ibu cik." Salah seorang polis menjelaskan lagi.
Mina tercengang. Dia menggeleng laju.
"Dia tak culik saya. Saya yang rela hati lari dari rumah. Dia suami saya. Saya taknak kahwin dengan lelaki lain. Sebab tu saya lari ke rumah suami saya." Mina mula menjelaskan.
"Bukak mata kau Mina! Dia cuba sakitkan kau!" Ibu Mina menjerkah.
"Apa ni mak! Mina dah cakap. Mina taknak kahwin dengan Danish. Apa yang mak susah sangat nak faham ni?!" Mina mula berbalah.
Pihak polis saling berdehem. Tidak sangka pula laporan ini hanya hal keluarga. Seingat mereka kes konspirasi jenayah. Rupanya kes anak melarikan diri dari rumah kerana mengikut bekas suami.
"Bapak kau tak pernah buat kat mak macam mana jantan ni buat pada kau. Dia tak pernah malukan mak depan satu dunia kemudian larikan anak sendiri dari mak!" Perempuan tua itu kembali beradu suara.
"Baiklah. Macam ni. Jangan gaduh. Malu kat orang lalu lalang. Memandangkan cik Mina ni tak lah diculik pun seperti yang makcik cakap. Kita setel macam ni lah. Saya nasihatkan cik Mina pulang ke rumah ibu cik dan buat masa sekarang jangan lah berjumpa dengan bekas suami cik. Tak manis orang tengok." Pihak polis mula menasihati.
YOU ARE READING
Dear Dictator [Completed] ✅
Romance[KARYA KEDUA] Language : Malay Fat and naive boy, Khairi is trapped in dangerous game which leads Mina,a popular girl and queenbee dared to be in relationship with him for one month. Khairi is deeply in love with Mina but when situation takes a tu...