Bab 5 : Koma

1.7K 39 0
                                    


2016

"Youu..sudahlah!" Mina menarik lengan Andika berulang kali.

Andika mengheret Khairi. Rambut lelaki gemuk itu dicengkam dah diheret ikut bersama.

"Weh kau nak gi mana duh." Tegur salah seorang kuncu Andika. Mereka turut risau apabila Andika memperlakukan Khairi seperti binatang.

Amina menggeleng lalu memandang kearah Khairi yang wajahnya lebam kerana dikerjakan geng teman lelakinya.

Tenaga Khairi sudah habis. Kudratnya sudah hilang. Kakinya melangkah longlai apabila rambutnya dicengkam kasar.

Amina mengikuti jejak Khairi. Matanya tepat menatap anak mata Khairi. Namun Khairi mengalihkan pandangan. Enggan melihat kearah wajah gadis yang menghancurkan cintanya.

Mereka mula merempuh kawasan semak samun di belakang asrama sekolah menuju ke hutan.

Kilat mula sabung menyabung seakan murka. Guruh berdentum menandakan hari bakal hujan. Dingin mula mencengkam hingga tulang hitam.

Langkah mereka terhenti di tepi sungai yang arusnya deras.

"Sudahlah!" Amina menolak bahu Andika untuk melepaskan Khairi.

"Lepaslah betina!" Jerkah Andika. 

"Kau manusia paling berani cabar aku. Dalam sekolah ni undang undangnya adalah aku! Amacam tadi? Best tak persembahan teater bodoh kau tu? Seronok dapat kenakan aku?" Soal Andika tergelak kecil.

Leher Khairi dicekik kuat.

"Unghh" Khairi meronta. Tangan Andika ditumbuk. Nafasnya mula habis. Dia terbatuk cuba mencari oksigen.

"Gemuk celaka! Aku harap kau mampos la bangsat!" Andika mula menarik Khairi bangun lalu dicekik semula.

Andika mula berundur mendekati tebing sungai. Langkah Khairi turut sama.

"Jangan!!" Amina mula mencelah. Tangan Andika ditarik perempuan itu.

"Jangan buat macam ni. Kalau awak lepaskan. Kita semua akan dikenakan pertuduhan membunuh!" Jerit Amina.

Khairi memejamkan mata memandang langit yang gelap ditemani kilat sabung menyabung.

Air matanya mengalir bercucuran. Badannya bengkak. Kakinya berdarah kerana diseret tanpa kasihan. Wajahnya penuh lebam dan calar balar.

Matanya yang bengkak bernanah mula mengeluarkan air mata darah.

"Aku bersumpah. Aku takkan ampunkan kau orang semua sebab aniaya aku! Aku akan pastikan hidup kau merana. Keturunan kau akan aku pastikan terputus! Kau manusia celaka! Setan durjana!" Khairi mula melantangkan suara.

Matanya mencerlung tajam kearah Amina.

Semua kuncu Andika dan geng Amina mula berundur setelah mendengar ucapan Khairi yang berdendam kesumat terhadap mereka.

"Diamlah gemuk celaka!" Andika melepaskan pegangan pada leher Khairi.

"Jangan!!" Amina menolak Andika lalu menyambut tangan Khairi.

Dia bersusah payah memijak tanah. Badan Khairi sangat berat. Dia hanya bertubuh genit.

"Bertahan!"Amina takkan membiarkan Khairi jatuh hanyut ke sungai.

Jarinya diselitkan pada jemari Khairi. Sejahat-jahat dirinya. Dia takkan membunuh sesiapa. Lebih-lebih lagi apabila orang itu tulus kepadanya.

Andika yang rebah ke tanah mula bangun lalu memutuskan pegangan tangan mereka yang utuh bergantung antara satu sama lain.

Khairi tewas terjatuh didalam arus sungai yang deras.

"Khairi!!" Amina menjerit kuat memanggil nama lelaki itu.

Andika yang tersedar dari perbuatannya mula berundur lalu mengajak kuncunya beredar lari dari situ.

Amina tekad untuk terjun menyelamatkan lelaki itu. Namun pantas dipeluk Pia.

"Jangan Mina! Bahaya kau nanti!" Pia memeluk Mina erat.

"Khairi!!" Mina masih mencari dan melaung.

°°°°°

"Dasar anak tak guna!" Puan Rabiatul menampar kuat wajah Amina.

"Aku hantar kau untuk belajar bukan untuk sakitkan anak orang!!" Jerkah ibunya. Polis dan pengetua berdiri di sebelah ibunya.

"Kami dapati bahawa Andika serta rakannya tidak terlibat kerana mempunyai alibi yang kukuh." Jelas pengetua yang telah berkerjasama dengan ibu bapa Andika yang berpengaruh.

Amina merembeskan air mata. Andika sengaja meletakkan kesemua kesalahan pada bahunya.

"Khairi disahkan koma dan telah dihantar ke hospital. Doktor juga mengesahkan dia akan mengalami beberapa kurang keupayaan. Jadi Khairi tidak layak lagi bersekolah di sekolah normal kerana ibunya akan mendapatkan kad OKU buat anaknya." Jelas polis itu lagi.

"Apa akan jadi pada anak saya Encik. Kasihanilah dia." Puan Rabiatul merayu. Tangan Amina digenggam.

"Kami terpaksa caj anak Puan untuk tuduhan cubaan membunuh. Jika disabitkan kesalahan, disebabkan anak Puan masih dibawah umur. Maka dia dan yang terlibat akan dimasukkan ke sekolah juvana dan menjadi tahanan sehingga hukumannya selesai." Terang polis itu sedia maklum.

Puan Rabiatul mula terduduk lalu menangis sambil mencaci Amina.

"Kau bukan anak aku lagi! Aku tak ada anak macam kau!" Puan Rabiatul memberontak.

"Mulai dari saat ni. Aku bukan mak kau lagi. Kau menyusahkan hidup. Membazir susu. Menghabiskan beras! Hiduplah sesuka hati kau! Aku lepas semua tanggungjawab aku sebagai mak kau!" Tengking Puan Rabiatul.

"Mak!!" Amina cuba meraih tangan ibunya namun pantas ditepis.

"Jangan panggil aku mak! Aku bukan mak yang baik. Selama ni aku tak didik kau. Aku faham Mina. Aku ni pemabuk! Aku tak ambil tahu pasal kau! Sekarang aku faham kenapa aku dapat anak sejahat kau!" Puan Rabiatul menolak anaknya hingga jatuh ke tanah.

Sejak dari itu, Amina tidak melihat bayang ibunya lagi buat masa yang lama.

Amina melihat kearah Pia, Aireen dan Sofea yang turut menangis apabila mereka akan dimasukkan ke dalam sekolah juvana.

Itulah kali terakhir, dia hidup bebas. Hidupnya yang seterusnya adalah dia meringkuk di juvana menanti kebebasan.

-

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now