Bab 52: Suci

1.9K 54 6
                                    


Denyaran cahaya silih berganti memancarkan cahaya. Namun itu tidak semua dihiraukan Mina.

Sekumpulan pelajar perempuan universiti itu meloncat dan ketawa gedik.

Dia cuba memanggil lelaki itu namun tidak bersahut.

Geram. Mina mendukung Hana lalu berjalan kearah lelaki itu.

"Ni cik. Kawan saya kata dia suka cik. Hahaha." Usik sekumpulan perempuan itu.

"Mana ada. Dia yang minta nombor telefon!" Kata perempuan lain tergelak.

"Haa mana satu yang nak nombor telefon tu?" Soal Khairi sengaja melayan.

"Naemah! Dia peminat setia!" Sekumpulan perempuan itu bersorak. Kelihatan Naemah, budak perempuan yang selekeh bersama jerawat batu penuh di muka terkekek ketawa.

Mina mengerling sekilas. Perempuan buruk itu? Memang kalah teruklah dengan dia! Mina tergelak.

"Ika pun suka!!" Usik mereka lagi menolak kawan mereka. Seorang budak perempuan berkulit putih dan hidung mancung tersenyum malu.

"Ecececey!" Perempuan lain mula mengusik.

Khairi tersenyum kecil lalu menggaru kepala. Melihat remaja perempuan yang cantik itu mengingatkan dia pada Mina ketika sekolah menengah dahulu.

Cantik yang buat siapa sahaja bakal jatuh gila.

"Ehem." Mina berdehem.

"Aih kejapnya? Ramai lagi tu yang tunggu."Khairi menoleh memandangnya. Sekumpulan perempuan itu memandangnya atas bawah seolah memperlekehkan penampilannya.

"Hana nak balik. Cirit." Balas Mina menjeling budak-budak perempuan disitu.

"Alaa jangan la balik. Kami nak sembang lagi dengan cik." Kata budak perempuan disitu.

"Ika nak nombor telefon! Dia cakap dia nak contact sebab novel." Bising mereka lagi.

Lelaki itu mula menyambut telefon yang diberikan budak perempuan itu.

Mina yang bengang mula membuka pelitup muka hitam. Biar denyar kamera itu menangkap gambar wajahnya.

"Apa yang kau buat ni?" Khairi menarik lengan Mina kasar.

"Kan dah cakap. Hana nak balik." Mina mula tidak berpuas hati.

"Haih. Tutup muka kau tu. Susahlah orang nampak nanti!" Pelitup muka cuba diletak namun gagal.

"Putus dah." Mina mengerdipkan mata.

"Waduh. Kau jalan tunduk bawah. Tutup muka pakai baju kau tu." Arah Khairi lalu cuba mengambil Hana.

Mina mengerutkan dahi. Lah dah macam penjenayah lagaknya.

"Taknak." Mina menggeleng.

"Ikut cakap aku. Aku buat semua ni demi kau." Khairi bertegas.

"Ada cara lain." Mina berkata. Dia mahu menegaskan kepada semua orang lelaki ini miliknya.

"Cara apa?" Khairi pelik.

Mina memeluk lelaki itu. Dia menyembamkan wajah ke dada lelaki itu.

"Woi dah gila ke. Kau tak nampak ke orang tangkap gambar?" Khairi berkata perlahan.

"Lah kalau saya tutup muka pakai baju sendiri nampak macam buat salah pula. Baik tutup pakai baju Encik je. Biar perempuan-perempuan gatal tu tahu siapa saya..isteri encik!" Mina menjelir lidah kepada sekumpulan perempuan itu.

Khairi menggaru kepala. Dia juga bingung.

"Ikut aku. Dari duduk lama kat sini muka kau makin berlambak kat media. Lebih baik blah cepat." Tangan Mina ditarik. Mereka berjalan cepat dan berlari anak melintasi denyar kamera itu.

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now