Bab 34 : Dua Hati

1.7K 38 0
                                    


Tiga lampu cerah itu menyilaukan matanya. Gugup dan rasa takut mula menguasai dirinya. Rasa sejuk dewan bedah itu mula meresap ke dalam tulang hitam.

Dia menoleh merenung kearah isterinya,Mina yang terbaring lesu tidak sedarkan diri setelah dibius.

Berbaloikah berkorban demi orang yang pernah mengkhianati dirinya?

Air matanya jatuh ke sisi mata. Dia juga tidak faham mengapa cintanya pada gadis itu terlalu besar mengatasi segala amarahnya suatu masa dahulu.

"Saya pakaikan ya?" Soal jururawat mula menekapkan topeng bius ke muka.

Khairi mengangguk. Dia menatap kearah Mina lama. Mungkin ini kali terakhirnya melihat Mina di dunia ini.

Retak air mata mula membanjiri kelopak matanya. Lama kelamaan wajah Mina semakin kabur. Esakannya terlepas. Tidak mahu Mina menjauh pergi darinya.

Perlahan dia terlelap dalam khayal bius dan kesejukan dari besi pisau mula mengoyak isi kulitnya teliti.

°°°°

Mina mencelikkan mata setelah terasa tubuhnya dipindahkan ke katil wad.

Dia kaku tidak dapat bergerak. Kelihatan ramai figura berjubah putih  berlari ke sana sini.

"Cik dah sedar?" Tegur salah seorang doktor pelatih wanita.

Mina memegang perutnya lalu memandang kearah doktor itu meminta jawapan.

"Jangan risau anak puan selamat." Kata doktor itu menenangkan dirinya. Mina tersandar lega. Risau sesuatu buruk berlaku pada anak dalam kandungannya.

Mina melilaukan mata mencari kelibat Khairi sambil mendengar penerangan doktor pelatih itu. Perkara terakhir dia lihat sebelum semuanya kelam adalah Khairi mengangkat tubuhnya yang dipenuhi darah hitam pekat.

"Cik disahkan mengalami acute liver failure dan telah menerima transplan hati baru dari penderma dan-" kata-kata doktor itu dicantas Mina.

"Transplan hati baru? Jap. Apa maksud doktor?" Mina yang masih pening cuba mencerna bicara doktor itu.

"Ya disebabkan hati cik merosot dengan cepat akibat kesilapan doktor dalam pembedahan cik sebelumnya. Cik kehilangan banyak darah dan berada dalam keadaan koma. Kami terpaksa mencari penderma dalam masa yang cepat sebelum hati Cik rosak total. Hati Cik dah rosak 70% sebelum pembedahan." Doktor pelatih itu menerangkan segalanya dengan padat dan ringkas.

Mina menyentuh dadanya. Hati milik siapa yang kini mula menjadi sebahagian dari hidupnya. Siapa yang begitu baik mendermakan organ demi  menyelamatkan nyawanya?

"Siapa?" Soal Mina tanpa berlengah.

"Suami Cik.." kata doktor itu lagi.

Dunia seakan runtuh. Langit seperti menimpanya.

"Khairi?" Mina menggeleng kepala tidak mahu percaya apa yang disebutkan doktor itu.

"Ya." Jawab doktor itu pendek.

Mina memegang dadanya. Hati dahulunya sudah 70% rosak dalam masa singkat. Dia mula gusar. Kuku ibu jari digigit. Dia memeluk lutut.

Mengapa lelaki itu menyelamatkan nyawanya? Bukankah dia pernah menyakiti lelaki itu berbelas tahun dahulu?

"Mana suami saya?" Mina bingkas memijak lantai sejuk itu. IV drip ditangan dicabut begitu sahaja. Kakinya masih longlai. Dia berjalan bersama kaki yang bergetar hebat.

"Cik. Jangan bergerak. Luka masih baru!" Laung doktor itu lalu memegang lengan Mina.

Mina menepis tangan doktor itu dan meneruskan langkahnya berjalan mencari Khairi.

Hati didalam tubuhnya itu mula menjalarkan rasa pedih dan sakit. Bukan sakit kerana luka dan kondisi dalaman.

Tetapi sakit kerana kehilangan orang yang selama ini dirinya cintai.

"Khairi" lututnya yang lemah menyembah lantai. Tangisannya pecah. Matanya mencari suaminya di setiap katil hospital. Hati didalam tubuhnya itu seakan menangis turut sama dengannya.

Dia bangkit lagi. Air mata diusap ke tepi. Suaminya masih dicari. Langsir biru setiap katil diselak.

Gagal. Khairi tiada disitu.

Dia mula melangkah cepat. Darah setitik demi setitik mengalir mencecah lantai.

Pandangannya tertancap kearah unit rawatan rapi (ICU). Kelihatan Khairi terbaring lemah bersama wayar yang berselirat di dadanya. Mulut lelaki itu dipenuhi dengan intubasi oksigen.

"Khairi.." Mina perlahan melangkah goyah ke cermin pintu wad itu. Matanya berkaca.

Mina tanpa berfikir panjang merempuh masuk ke dalam unit rawatan rapi itu. Ramai doktor yang terkejut melihat tindakan drastik Mina.

Mina mula berlari mendapatkan Khairi yang masih tidak sedarkan diri. Badan lelaki itu kaku statik tanpa reaksi.

"Khairi. Ini saya." Mina melekapkan tangan ke wajah lelaki itu.

"Cik..cik tak boleh ada kat sini!" Tegah doktor mula menarik lengan Mina.

"Doktor. Apa dah jadi kat suami saya? Kenapa dia ada kat sini?" Mina menggoncangkan tubuh doktor itu.

"Kita cakap kat luar. Cik tak boleh ada dalam ni!" Doktor itu berkeras. Unit rawatan rapi adalah satu ruang yang tak boleh dicemarkan bendasing luar dan perlu dipantau.

Kehadiran Mina menganggu persekitaran disitu.

"Suami saya..dia akan okey kan? Kenapa dia dalam wad ni!" Mina masih mengasak.

Doktor itu mendengus kasar.

"Suami Cik mendermakan sebahagian besar dari hatinya iaitu 80% dari hatinya kepada Cik. Melebihi dari yang dibenarkan. Dia kehilangan kebanyakan darah dan terdapat jangkitan kuman pada hatinya." Terang doktor itu.

Mina cuba menelan kata-kata doktor itu. Masih menangkap penjelasan doktor yang tidak berapa dia fahami itu.

"Dia akan selamat ke tak?" Mina mahukan kesimpulan.

Doktor itu mengeluh panjang.

"Dia dalam kritikal. 50-50. Nyawanya mungkin tak panjang. Sekarang bergantung harap pada tuhan agar dia selamat. Kami dah cuba sebaik mungkin. Tolong cik keluar dari sini." Doktor itu menggesa.

Mina berpaling. Tangisannya pecah. Dia tidak mahu Khairi hilang nyawa kerana dirinya.

Dia mendakap lelaki itu. Air matanya jatuh ke leher Khairi.

"Tolonglah jangan pergi. Saya cintakan awak. Tolong. Jangan tinggalkan saya." Mina merayu semakin tersedu sedan dalam tangisan.

Semakin ramai jururawat dan doktor mula menarik bahu dan lengan Mina memisahkan jaraknya dengan Khairi. 

"Khairi. Saya cintakan awak." Sekali lagi Mina menyatakan perasaan cintanya pada lelaki itu. Suaranya bergetar bercampur tangisan.

Bukan disebabkan fizikal sempurna lelaki itu. Bukan juga disebabkan harta kekayaan suaminya.

Cintanya kali ini tulus dan ikhlas buat lelaki itu.

Disaat dia mempunyai beribu kekurangan, Lelaki itu sanggup mengambilnya sebagai seorang isteri.

Tanpa mengira statusnya sebagai bekas juvana. Hutang sana sini. Tidak berpelajaran. Tidak berharta. Diludah dan dihina sebagai anjing kurap tatkala didalam juvana.

Khairi masih mencintai dan menerima segala cacat celanya.

Tetapi dirinya..

Hanya kerana bentuk fizikal Khairi yang tidak sempurna. Dia sanggup melukakan, mengkhianati dan menyebabkan lelaki itu kurang upaya. Semua disebabkan dirinya.

Air mata penyesalan jatuh ke lantai. Jika mampu diputarkan masa dia takkan menyakiti lelaki itu tidak mengira segala kekurangan lelaki itu.

Kini dirinya terpisah ditarik pergi oleh doktor memaksanya keluar dari unit rawatan rapi itu.

Perlahan dia terduduk. Wajahnya dilekapkan pada pintu wad suaminya dan menangis tanpa kesudahan.

-

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now