Bab 23 : Seurat benang

5.5K 43 6
                                    

2 jam lepas 🤌🏻

"Mina? Amina. Jangan tutup mata." Pipi Mina ditepuk berulang kali.

Mina tersandar lemah. Dia kesejukan. Badannya lesu. Berbeza dengan bandar. Kawasan yang bergunung di kawasan pedalaman menjadikan sejuknya luar biasa.

Dingin malam menambahkan lagi kesejukan yang menyengat.

Khairi cuba menghidupkan enjin kereta.

Gagal.

"Kenapa time sekarang kau nak buat pasal." Stereng kereta ditampar. Bumper kereta dibuka mencari punca kerosakan.

Mina meniup tangannya untuk menambahkan haba. Dia masih tidak berdaya kerana kesan hampir lemas.

Hihihi~

Bunyi itu membuatkan Mina terkejut. Di tengah hutan waktu malam.

Ah sudah.

"Khairi." Panggil Mina perlahan. Tangannya mencari lelaki itu.

Suara Mina memanggilnya membuatkan Khairi berhenti membaiki punca kerosakan di keretanya.

Pintu kereta dibuka. Mina memegang perutnya yang terasa sakit.

Werk.

Dia memuntahkan isi perut bercampur sisa air sungai yang dia tertelan.

"Mina? Kau okey tak ni?" Wajah Mina yang lemah dipegang.

Wajah gadis itu pucat. Bibirnya putih kebiruan. Badannya menggeletar menahan dingin. Khairi memegang dahi dan tangan gadis itu.

Sejuk beku.

Jika dibiarkan pasti Mina akan mengalami hyporthemia. Bibir gadis itu menggeletar. Mata Mina separuh tertutup cuba menahan diri dari pengsan.

"Tak boleh jadi macam ni." Gumam Khairi.

Dia meniup tangan Mina berharap gadis itu terus hangat.

Perlahan Mina menutup mata. Sejuk yang dirasa semakin mencengkam. Pandangannya mula kabur. Perlahan dia terlentok ke dada lelaki itu.

"Mina! Jangan tutup mata!" Risau jika Mina pengsan atau mengalami konkusi kerana impak didalam sungai.

Sedar baju Mina masih basah kuyup dengan air sungai yang sejuk. Khairi cuba membuka butang baju gadis itu. Niatnya tidak mahu apa-apa yang buruk berlaku pada Mina.

Usai baju putih itu dibuka. Dia menelan liur melihat tubuh gadis itu. Laju dia menggeleng.

Tubuh Mina didakap erat untuk memindahkan haba dari badannya ke badan Mina.

Mina masih menggeletar menahan sejuk.

Khairi tersedar baju pengantin dibadannya turut basah kuyup.

Spontan tanpa membuang masa dia membuka butang. Baju songket biru itu dilepaskan. Dia kembali memeluk tubuh Mina.

Dia juga menggeletar menahan sejuk. Malangnya sejuk itu masih mencengkamnya. Perlahan dia membuka seluarnya.

Mina dikerling sekilas. Mujur Mina sudah tidak sedarkan diri. Skirt gadis itu turut ditarik dan dilempar ke tepi.

Walaupun imannya sangat teruji. Namun dia hanya berharap Mina tidak apa-apa. Dia bukan lelaki yang akan menyentuh wanita tanpa kerelaan.

Tubuh mulus itu kembali dipeluk. Kepala Mina diletakkan dibawah dagunya.

Seketika hidupnya terasa ironi. Jika dulu Mina cuba membunuhnya di sungai. Kini dia pula cuba menyelamatkan gadis itu juga di sungai.

°°°°

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now