Bab 55 : I'm yours • 16+

5.7K 52 10
                                    


Dalam sekelip mata, berita tentang Mina mula tersebar luas ke internet.

Topik tentangnya menjadi hangat semula.

"Pembunuh!"

"Kau cuba bunuh suami kau!"

Mina melepaskan peluknya.

"Betul saya cuba bunuh awak? Saya?" Mina menyoal. Berharap segala suara didalam minda berhenti.

Khairi terkelu. Sekarang bukan masa sesuai untuk menjelaskan semuanya.

"Semua tu dah lepas. Bukan salah kau. Diorang salah faham. Kau tak salah." Khairi menjelaskan perlahan kepada Mina berharap Mina faham.

"Kalau saya cuba bunuh awak. Itu maknanya saya jahat. Sebab tu awak jauhkan saya dari orang ramai. Betul?" Mina mahukan kepastian.

Khairi menggeleng.

Lelaki itu mula menarik lembut lengan Mina membantu isterinya untuk berdiri. Kaki Mina goyah.

"Nanti aku cerita. Semuanya. Kau rehatlah dulu." Khairi mula berdalih. Dia mula memanggil security untuk membantu Mina ke tempat duduk.

Mina mengetatkan pegangan tangannya kepada lengan Khairi. Dia tidak mahu berpisah dengan suaminya.

Dia takut tanpa lelaki itu disisi.

"Duduk dulu dan rehat. Kejap je. Japgi aku datang. Okey?" Khairi memujuk Mina.

"Takut" Mina memeluk Khairi.

"Jangan takut. Apapun suara dalam kepala kau atau apapun orang akan kata. Aku sentiasa ada. Pedulikan yang lain. Percayakan aku." Khairi memegang erat kedua bahu Mina.

Mina mengeluh perlahan lalu bersetuju. Dia tidak ingin melepaskan tangannya dari tangan lelaki itu. Perlahan Mina terpisah dari Khairi.

Hana mula merengek namun cepat Khairi mendodoi anaknya didalam dukungan lalu menunjuk kearah kamera untuk mengalih fokus Hana terhadap Mina.

°°°°

"Aduh nak terkencing pulak time ni." Mina memegang ari-arinya.

Kelihatan ramai yang berbisik melihatnya.

"Jangan takut. Apapun suara dalam kepala kau atau apapun orang akan kata. Aku sentiasa ada. Pedulikan yang lain. Percayakan aku." suara Khairi berputar dalam minda.

Mina menghembus nafas perlahan. Mengusir segala rasa tidak enak. Dia tidak mahu peduli akan pandangan orang terhadapnya.

Anggap sahaja dirinya itu cantik dan selebriti. Sebab itu ramai suka memandangnya. Mina berhusnuzon.

"Fuck it." Mina mula bangun lalu berlari anak mencari tandas.

Dress hitam membatasi pergerakannya.

Bbukk!!

Mina terlanggar seseorang lalu terjatuh.

"Aduh maaf-maaf!" Mina memegang kakinya yang terseliuh.

"Are you okay Miss?" Soal seorang lelaki lalu menghulurkan tangan.

Mina membetulkan cermin mata hitamnya. Dia perlahan menyambut tangan lelaki itu. Kakinya terseliuh.

"Okey. Terima kasih." Mina menjawab perlahan.

"Cik..kaki Cik..luka." kata lelaki itu.

"Ohh." Mina melihat kearah lututnya yang luka. Dress hitam itu juga terkoyak di bahagian paha.

"Kejap ya saya ambilkan plaster. Cik duduk situ." Lelaki itu mula berlari mendapatkan kotak kecemasan.

Mina duduk sambil mengurut kakinya yang sakit.

Dear Dictator [Completed] ✅Where stories live. Discover now