Mina mendiamkan diri. Dia termenung ke luar tingkap. Air matanya tidak berhenti mengalir."Ehem. Okey tak ni?" Khairi memegang lembut lengan Mina.
Mina hanya termenung melihat jalan raya.
Khairi gugup. Tangannya berpeluh menggenggam stereng. Dia cuba untuk fokus pada pemanduan.
"Kau dah ingat semuanya? Betul ke?" Khairi sudah tidak dapat menutup rasa ingin tahu.
Mina berubah mendadak dan spontan. Tidak lagi riang dan suka mengusik seperti sebelum ini.
"Saya nak tidur. Penat." Mina memejamkan mata. Hana sudah tidur di dadanya sambil menghisap ibu jari.
Khairi mula gelisah. Mina tidak seperti selalu.
"Aku cintakan kau Mina."Perlahan dia mencapai tangan Mina lalu dicium.
Mina tidak mempedulikan lagi. Memorinya sudah bercantum semuanya. Segala persoalan sudah terjawab.
Sakit sudah tidak rasa sakit lagi kerana sudah terbenam jauh didalam hati.
Mina mulanya cuba untuk tidak mempercayai memori sendiri. Rasa cintanya kepada Khairi kini berubah menjadi kecewa.
Rasa kecewa itu kemudian bertukar menjadi amarah yang mula membakar marak.
°°°°
Mina membuka almari. Dia melempar semua barang dan bajunya kedalam bagasi.
"Mina. Kau nak pergi mana ni." Khairi melihat hairan kearah Mina.
Tangan Mina cuba ditarik namun pantas Mina merentap.
"Mati." Jawab Mina tidak mahu melayan. Dia fokus mengemas barangnya.
"Apa yang kau ingat ni Mina? Bagitahu aku!" Khairi mendesak. Bahu Mina digoncang pula.
Mina tergelak kecil. Air matanya bergenang. Tidak tahu mahu ketawa atau tergelak.
"Semua Khairi. Dari mula kita kahwin sampai kali terakhir kita berjumpa di Amerika." Mina mengaku semuanya.
Khairi terpempan. Kini ketakutannya menjadi kenyataan.
"Mina. Kau tak boleh pergi! Kau isteri aku!" Khairi menggeleng tidak setuju.
"Awak yang minta saya berambus. Saya kan perempuan jahat." Mina menolak lelaki itu pergi.
Berang melihat Mina mengingkarinya. Khairi menolak Mina sehingga rebah ke katil.
Tubuh itu ditindih.
Cepat Khairi mencium bibir Mina. Tidak mahu membiarkan isterinya pergi.
Tautan terlepas. Mina menampar wajah Khairi.
"Awak dah ceraikan saya talak satu. Haram awak sentuh saya. Awak tak tahu hukum? Saya bukan isteri awak! Sanggup awak tiduri saya lepas apa yang awak dah buat kat saya!" Mina menampar dada lelaki itu berulang kali.
Khairi mula bangun dari menindih Mina.
Terpukul dengan kata-kata Mina. Terlupa bahawa dia pernah menceraikan Mina suatu masa dahulu.
Mina mengelap bibir yang dikucup lalu mengangkat bagasi dan menariknya keluar dari bilik.
"Aunty!!" Hana berlari mendepakan tangan. Mina menitiskan air mata lalu memeluk budak kecil itu.
Kali terakhir dia melihat Hana adalah beberapa jam selepas budak kecil itu dilahirkannya.
"Mina!! Jangan pergi. Dengar dulu. Aku minta maaf. Memang aku salah. Aku bodoh. Apa yang kau nak aku buat. Aku akan buat! Tolonglah. Jangan tinggalkan aku."Khairi mula berlari mendapatkan Mina. Lengan Mina ditarik.
YOU ARE READING
Dear Dictator [Completed] ✅
Romance[KARYA KEDUA] Language : Malay Fat and naive boy, Khairi is trapped in dangerous game which leads Mina,a popular girl and queenbee dared to be in relationship with him for one month. Khairi is deeply in love with Mina but when situation takes a tu...